Hello Kuala Lumpur

17/10/2015 - sabtu

Outstation lagi.....
Wpun keja2 sgtlah banyaknya, tapi cuba siapkan secepat mungkin demi untuk keluar dan berehat sebentar dari rutin biasa. Dalam kepala dh mcm2 plan yg terbayang, especially makan....makan....dan makan!
Tapi AirAsia buat gempaq pulak flight kali ni. Kira2 setengah jam sblm landing flight bergegar seperti ekor pesawat di libas2 ke kiri dan kanan. Kami passengers kat dalam pun terhoyong-hayang ke kiri dan kanan. Seperti digoncang2 jer. Kalau tak pakai seatbelt mau terpelanting dari kerusi. Waaaaaaa......takutnya aku! Rasanya org sebelah pun dengar aku mengucap berulang-ulang kali. Yg lain2 ramai terjerit2 ketakutan. Tapi nasib sekejap saja. Sampai dh touch down pun jantung aku masih berdegup kencang. Lemah jer kaki dan badan nak melangkah menelusuri gate menuju ke pintu keluar. Mmg sgt dahsyat lah kali ni. Moga2 flight balik nanti ok.....
ayam, daging, arnab, kambing & perut

Sampai di rumah adik aku hampir maghrib. Lps jer rehat sekejap, mandi and solat, terus kluar mencari sate. Aku mmg dh bgtau siap2 kat dia aku nak mkn sate mlm tu. So, kami ke Kajang. Bersungguh2 mkn sate yg pelbagai jenis. Alhamdulillah, tercapai hajat yg dipendam dari Mukah lagi.

Esok Ahad, adik aku cuti......jom jalan lagi!
KL masih jerebu teruk. Tawakal jer ke sana ke mari tanpa facemask.

Comments

Popular Posts