Thursday, September 15, 2016

Donut Kinah yg gebu gebas

Bahan-bahan

2 sb gula pasir
2 sb susu pekat manis
1 sk soda bikarbonat
secubit garam
1 paket mauripan (yis)
1 cawan air suam
4 cawan tepung gandum
2 sb marjerin / butter

Cara buat :

1. Masukkan susu pekat, gula dan air suam. Kacau sebati, then masukkan yis mauripan. Kacau dan biarkan yis mengembang selama 20 - 30 minit.
2. Masukkan marjerin, tepung gandum, soda bikarbonat dan garam ke dalam bekas. Gaul dan ramas bahan2 tersebut sampai tiada ketulan.
3. Masukkan yis yg sudah kembang sedikit demi sedikit sambil uli tepung tersebut sehingga tidak melekat di tangan. (seperti gambar di atas)
4. Rehatkan doh selama 40 - 1 jam @ sehingga doh mengembang.
5. Canai doh dan buatkan bentuk seperti donut. (Seperti gambar di bawah)
ini doh yang telah dibiarkan selama 1 jam
so, mesti jarakkan kedudukan donut supaya tidak melekat antara satu sama lain
6. Rehatkan doh selama lebih kurang 1 jam sebelum digoreng.
7. Salut donut dgn gula @ susu tepung mengikut selera masing2.

Thursday, September 8, 2016

Rose butter cake

6/9/2016

Minggu akhir sebelum balik raya haji seminggu. Misi menghabiskan barang2 dapur yg biasanya akan berkulat bila ditinggalkan. Balik jer dr opis terus keluarkan butter dari peti sejuk. Xtau lagi sebenarnya nak buat kek apa. Even masa dok whisk butter dgn gula pun masih lagi dok pikir2.

Akhirnya setelah bincang2 dgn si ernie, aku buat warna merah dan kuning. Yg merah tu aku masukkan perisa rose utk bt air tu. Satu adunan lagi biarkan kaler asal. Best jer bau sirap rose tu bila dicampur dgn adunan kek.
selepas di layer, sebelum masuk oven
masih panas2 ni
xtau knapa atas tu merekah....
setelah dipotong.....
cantikkan dalam dia
Kek ni bila dah masak sgtlah harumnya. Manis pun sedang elok jer. Resepi ni aku agak2 jer sukatan dia...

1. Pukul 150gm butter dgn 10 sudu gula putih sampai agak2 kembang. (Gula x hancur abis pun xper sbb nanti akan hancur juga bila dh masuk telur).
2. Masukkan 5 biji telur.(masuk satu2 yer, whisk setiap kali masuk telur). Pukul smpai semua gula hancur.
3. Masukkan tepung gandum/ self-rising flour + baking powder satu sudu. Kuantiti tepung agak2 sendiri ikut kesesuaian adunan kek. Kacau sebati.
4. Boleh masukkan 1/2 cawan full cream milk atau santan pekat. (Optional)
Aku masukkn santan sbb susu xder.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan sekejap dgn suhu 180-190 darjah selama lebih kurang 40 minit.

Senangkan. Aku yg x pandai membaking ni pun jadi elok jer kek nya. Kek ni sangat wangi tau sbb letak perisa sirap rose tu. X payah nak letak esen vanila bagai lagi. Try la.......

Wednesday, September 7, 2016

Durian Cream Puff

Semalam ada org bagi rasa cream puff durian. Aku 1st time makan benda ni. Ingatkan ada crepe durian saja, rupa2nya cream puff durian pun ada. Sambil2 marking tutorial exercise, sambil2 google resepi. Dah makan rasa sedap kan, haruslah tahu mcm mana nak buat. Walaupun sudah ku tahu, aku sgt susah dan x pernah buat menu2 mcm ni :)
Dapat resepi ni dari satu blog. Senang nak ikut sbb arahannya bergambar.
Separated the durian flesh from the seed
If not using on the same day, double or triple cling wrapped it in individual containers in the exact weight needed for your recipe. For extra protection against the strong durian odour, seal the container in a ziplock bag. Keep in the freezer. To use, transfer from freezer to fridge the night before to thaw. You can freeze durian flesh for bakes throughout the year.
Making Choux Pastry (Cream Puff Shells): In a bowl, sift or whisk flour, sugar and salt. Set aside.
In a heavy saucepan, add cubed butter and water.
Bring to a boil over medium heat, and let the butter melt fully. Take the pan off the heat and add flour mixture.
Stir with a spatula until the flour is fully mixed in.
Return saucepan to the heat and stir constantly with a spatula until the dough comes away from the sides of the pan and forms a thick smooth ball, about 1-2 minutes.
Let the dough cool to lukewarm temperature. Add beaten egg slowly.
Beat using a mixer or hand blender.
Continue to mix until you have a smooth thick paste.
This is the consistency of the dough (it will fall from a spoon in a thick ribbon).
Spoon or pipe 12 small mounds of dough onto the baking sheet, spacing about 5 cm (2 inch) apart.
Dab your fingers in water and gently flatten the tops of each dough. If you like a golden glazed finish, brush the tops with beaten egg instead.
Bake for 15 minutes at preheated oven of 200°C (400° F). The dough will puff up like a ball as shown. Continue to bake for a further 20-30 minutes (mine took 20 minutes) or until the shells are a nice amber color.
When the shell is split, it is hollow and almost dry inside.
The three puffs on the left are moistened with water, while the four on the right, with a more glazed look, are brushed with egg wash. If you intend to dust with icing sugar, you probably don’t need egg wash.
Making durian cream filling: In a mixer, add whipping cream and beat just until stiff peaks form.Stir in the durian flesh and continue beating at medium speed until the paste is smooth.
Cut the pastry shells in half and fill or pipe with durian cream.
Dust with icing sugar before serving, if preferred.

Thank you tuan punya resepi :)

Tuesday, September 6, 2016

Aidilfitri 2016 - Birthday + open house

10/7/2016 - Ahad

Majlis yg dirancang sebelum puasa lagi, Alhamdulillah berjalan lancar. Semua menu yg disediakan pun habis secukupnya. Tetamu yg dtg juga x putus2 sampai ke malam. Sampai kami semua pulak rasa kaki tangan pinggang hampir putus kepenatan. Tapi, semua pun happy :)

Menu utama pada hari tersebut of coz lah Laksa utara. Ada jgk bihun grg yg sgt lah sesuainya di match kan dgn kuah laksa. Yang lain2 menu biasa hari raya selain segala nugget dan fries utk kanak2 dan org dewasa juga....hahahahaaaa....
semua makanan dihidangkan ala2 bufet
labah2 tu terpaksa letak sbb si hariz suka beno mengacau
Nasib ada jgk benda yg dia takut
birthday boy dipaksa tdo
kalau tak semakin byk onar yg berlaku nanti
tgk la.....tdo pun masih bergaya melampau
sapa yg tak geram kat dia ni
sepupu hariz sebelah mama dia
bam bam sungguh
dua pupu hariz sebelah mama dia jugak
mata cantik tu
comei sangat budak ni...gerammmm
My 1st mentee datang beraya
rumah tok n tokwan dia kat kg aku
Terima kasih....dah lebih 10 tahun pun berlalu
mereka2 masih ingat kita
best kan jadi cikgu...... :)
2nd Celebration

weekend bersama pokemon dan mon2

Weekend ni ada bazaar jtmk kat kantin. Start dr petang jumaat lagi, sampai Hari Ahad tengahari. Kalau bab2 berniaga ni, mentee aku mmg sgt berminat. Kelas aku join smpai 3 kumpulan. Walaupun sepatutnya pensyarah tidak terlibat, tapi kat mana lagi depa nak tuju kan? Satu group tu dah siap awal2 booking nak stay kat rumah sepanjang bazaar tu. Yang lain2 pulak datang sekejap2 dengan pelbagai urusan. Tetiba jer dah ada depan pintu rumah...

 "Miss.....kami nak tumpang perap ayam.....miss kami nk pinjam dapur utk goreng nasi...miss..bla...bla...bla...."

Begitu lah akhirnya aku juga terlibat secara tidak sengaja.
salah satu menu dr group menjual tu
kimbab
bendera berkibaran sepanjang jalan ke tapak kaul
Ptg sabtu tu lepas zuhur aku keluar dgn ernie. Bosan sebenarnya bila cuti2 ni duduk di rumah saja. Lepas beli barang kami pusing2 pasar dan tapak kaul sambil menangkap pokemon. Agak teruja nak tangkap sbb baru install game tu semalamnya. Berguru jgk la dgn si ilham sbb aku mmg malas nak explore :)


sayup jer nampak pantai kaul :)
4 ketul crepe ni RM16
PRICE MENGIKUT HARGA PASARAN DURIAN
durian dari Miri kata si penjual crepe
nampak tak isi durian tu...nyemmssss
Cerita petang Ahad lepas buang sampah
ada org teringin nk makan aiskrim
pelangi yg cantik :)
Hari Ahad buat laksa. Last buat sebelum balik raya haji minggu depan. Si Ernie pun sangat suka laksa utara ni. Aku selalu kata dia dah murtad Melanau. Gelak besaq pompuan tu!!!

Friday, September 2, 2016

Bingka Labu @ Bengkang Labu - My mom's style

1/9/2016

Semalam punya cerita. Adik Chelva bagi labu dah 2, 3 hari duduk dlm peti. Xtau nak buat apa. Kalau kat kg konpem dah suruh mrs.mama buatkan lepat labu, our favourite labu based kuih. Lagi pun smlm x masak utk dinner sbb nasi grg yg paginya masih ada. Panaskan jer, mkn dgn sayur bayam.
Dinner for TWO
nasi grg dan bayam merah +  radish masak air
labu + santan + gula
kacau sat atas api bagi pekat sikit
sebelum dibakar dlm oven
ada dua org puan belanja umai jeb hari ni
sambal yg memang always the best
terima kasih puan2 berdua
Resepi labu yg aku guna :

1. Rebus labu dgn sedikit saja air. Letak garam sikit dan gula mengikut kemanisan yg disukai. Dah empuk ketepikan sekejap biar sejuk.
2. Ambil tepung beras agak2 sesuai dgn kuantiti labu, dan bancuh dgn santan pekat. Agak2 tiada ketulan tepung baru tambah lagi santan. Kepekatan bancuhan mesti lagi cair dari mahu buat tepung goreng pisang. Ketepikan sekejap.
3, Lenyek labu dgn sudip (guna la apa yg ada, asal blh lenyek). Kalau ikut resepi2 yg search di google, kena blend jer semua bahan2. Tapi aku suka ada ketulan2 labu bila gigit nanti :)
4. Satukan bancuhan tepung + santan tadi dengan labu yg dilenyek. Kacau rata,
5. Masak sebentar adunan di atas api dan kacau selalu sehingga adunan agak2 pekat.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar menggunakan api atas bawah dgn suhu 180 - 200 darjah selama satu jam.
7. Dah siap masak, sejukkan baru potong.

Gambar dah masak lupa pulak nak snap. So, ni sebenarnya 1st try, Aku makan memang rasa mcm bengkang labu, so jadi la kot...hahahahaaaa....

Geng Makan PBU 2024 onward

 Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...