Bingka Labu @ Bengkang Labu - My mom's style

1/9/2016

Semalam punya cerita. Adik Chelva bagi labu dah 2, 3 hari duduk dlm peti. Xtau nak buat apa. Kalau kat kg konpem dah suruh mrs.mama buatkan lepat labu, our favourite labu based kuih. Lagi pun smlm x masak utk dinner sbb nasi grg yg paginya masih ada. Panaskan jer, mkn dgn sayur bayam.
Dinner for TWO
nasi grg dan bayam merah +  radish masak air
labu + santan + gula
kacau sat atas api bagi pekat sikit
sebelum dibakar dlm oven
ada dua org puan belanja umai jeb hari ni
sambal yg memang always the best
terima kasih puan2 berdua
Resepi labu yg aku guna :

1. Rebus labu dgn sedikit saja air. Letak garam sikit dan gula mengikut kemanisan yg disukai. Dah empuk ketepikan sekejap biar sejuk.
2. Ambil tepung beras agak2 sesuai dgn kuantiti labu, dan bancuh dgn santan pekat. Agak2 tiada ketulan tepung baru tambah lagi santan. Kepekatan bancuhan mesti lagi cair dari mahu buat tepung goreng pisang. Ketepikan sekejap.
3, Lenyek labu dgn sudip (guna la apa yg ada, asal blh lenyek). Kalau ikut resepi2 yg search di google, kena blend jer semua bahan2. Tapi aku suka ada ketulan2 labu bila gigit nanti :)
4. Satukan bancuhan tepung + santan tadi dengan labu yg dilenyek. Kacau rata,
5. Masak sebentar adunan di atas api dan kacau selalu sehingga adunan agak2 pekat.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar menggunakan api atas bawah dgn suhu 180 - 200 darjah selama satu jam.
7. Dah siap masak, sejukkan baru potong.

Gambar dah masak lupa pulak nak snap. So, ni sebenarnya 1st try, Aku makan memang rasa mcm bengkang labu, so jadi la kot...hahahahaaaa....

Comments

Popular Posts