Friday, January 27, 2017

Steamboat thursday night

25/1/2017

1st steamboat kat rumah. Gara2 xmo mkn nasik dan xder idea dah nak mkn apa. Nak kluar malas....dan mengantuk. Maka jadilah steamboat yg serba sederhana di rumah sendiri :)
aneka bebola steamboat + siput buluh + sayur + maggi kosong
kami buat kuah tomyam
Alhamdulillah....kekenyangan sangat kami mlm tu. x abis pun semua bahan2 tadi. Next time blh buat lagi.

Wednesday, January 25, 2017

Satu weekend di 2017

21/1/2017

Seawal pagi, dalam kehujanan yg kadan2 lebat kadang2 renyai, aku dgn Ernie semangat ke Pasar Oya. Xdak plan nak beli apa sgt pun, sekadar jenjalan berpayung dalam hujan, beli kepok lekor kegemaran, then terus ke kedai makan mee goreng udang kat Pekan Oya. Lama dah x mkn kat situ. Last time makan seingat aku mmg udang byk, besar2 dan harganya RM6 satu pinggan.
kepok lekor legen pasar oya
dulu, kini dan selamanya mmg sedap!!!

Sementara tunggu kedai mee udang bukak kami mkn dulu kepok lekor yg beli kat pasar tadi. Masa mkn tu ada la sekor kucing yg duduk melukut kat tepi meja. Terpaksa makan sama2. Menyesal pulak beli kepok tu 3 ringgit jer tadi. Lagi byk kucing tu mkn dari kami. Xper la...rezeki dia, lgpun dok pikir nak mkn mee grg lagi lps tu kan. OOppppsss.....nak cerita sebenarnya, mee grg tu dah naik harga. Rm10 sepinggan.......

Ernie kja masuk pkl 10 pagi hr ni. Balik tu sempat la lepak sekejap sebelum htr dia kat koop. Tinggal lah aku sorang2 kebosanan kat rmh. Siap maraton tgk movie smpai asar :) Berhenti t.hr utk masak n htr bekalan kat ernie jer. Aku masak pajeri nenas.
my lunch
nasi beras perang + pajeri nenas + ikan kukus goreng
bertambah jgk mkn nasik t.hr tu...huhuhuhuuuuuu
Lepas tu sambung balik. Marah si Hanan yg dtg htr laksa. Lama dia ketuk pintu baru aku bukak. X dgr maaaa.....aku kat bilik belakang, dengan sound movie yg agak kuat. Lega, xyah masak dah malam tu. Makan laksa.....sedapppppp.

22/1/2017

Hari Ahad yg sejuk.....lps subuh dua2 org tdo balik smpai pkl 9++. Skali skala bangun lambat. Bgn jer terus lapar. Siap2 mandi semua terus keluar cari makanan. Pegi pasar......ptg ni ada pot luck dan jemputan tahlil. Dua2 kena pi.
cempedak grg dibawa ke pot luck
durian grg kudapan kami petang tu sebelum ke mana2 jemputan
 Lepas beli2 barang tetiba ter survey basikal untuk si Ernie. dan terus jer ter beli tanpa sengaja. Paling best tokey tu boleh htr ke poli. Xyah la aku nak kena mencari geng2 Hilux utk tolong amik.
Hello......my name is Violet :)
loceng ni beli kat DIY
kami beli lampu jugak :)
 Kami mmg dah plan utk beli basikal tu. Bukan sebab aku malas nak htr or amik Ernie dari koop. Masalahnya bila dia keja shif petang. Balik pkl 10++ mlm. Ada skali tu smpai dkt 10.30 mlm baru balik. Aku ni mmg spesis penakut x kira masa. Nak kluar srg2 dari pintu rmh ke parking keta tu pun dah meremang bulu roma semua. Mcm2 dok terbayang. So, utk kemudahan kedua2 pihak, maka terbeli lah basikal ni :)

Monday, January 23, 2017

Farewell n welcoming party jtmk

20/1/2017 (Jumaat)

Keputusan pemangkuan ke DH44 & DH48 baru keluar setelah sekian lama batch tersebut menanti. Tahniah......blh dikatakan semua berjaya naik gred. Yang dapat penempatan baru juga tahniah, yg x dapat, sama2 la kita berdoa dan berharap semoga diberi kesempatan berkhidmat di tempat yang dihajati secepatnya.

Hari ni jtmk buat farewell utk sorang staf yg naik gred dapat dapat berhijrah ke Penang. Juga untuk menyambut KJ dan PO baru ke jtmk. Mcm tu lah kami kat sini, staf keluar masuk sudah jadi perkara biasa. Seronok meraikan kawan2, dan seronok juga dapat makan2...heheheheee....

penantian satu penyiksaan
sedap semuanya.....Alhamdulillah
ok.....mijol dpt tupperware
lps ni giliran i pulak
i nak set hidang tupperware kaler purple tu :)
Allah selamatkan kamu.........
kek sedap
muka x puas hati sbb kena amik gbr sendiri
Selamat maju jaya di tempat baru wahai si mijol
ko org srwk ke Penang, Aku org Penang masih di Srwk
Permainan apakah ini?
Apa2 pun doakan utk kami yg masih di sini yer
Mijol.....ko tunggu aku datang :)

Sunday, January 22, 2017

Pajeri Nenas

Bahan-bahan
1. Nenas
2. Rempah kari daging Babas
3. Santan
4. Kerisik
5. Gula kabung/gula merah/gula pasir
6. Ikan bilis dan udang kering
7. Air asam jawa.

Bahan menumis
1. Bawang merah
2. Bawang putih
3. Halia
4. Kulit kayu manis
5. Bunga lawang
6. Bunga cengkih
7. Buah pelaga

Cara membuat
1. Tumis bahan tumis sampai naik bau dan sedikit garing.
2. Masukkan rempah dan air secukupnya. Masak sehingga pecah minyak atau rempah cukup masak.
3.Masukkan santan, nenas, kerisik, air asam jawa, ikan bilis dan udang kering. Tambah air sikit kalau kuah terlalu pekat.
4. Masukkan gula kabung dan garam secukup rasa.
5. Masak sehingga mendidih dan nenas agak empuk.

Sunday, January 15, 2017

Jom Balik..........Apam balik

Bila duduk jauh2 ni, slalu dok mengidam nak makan mcm2. Lagi parah bila yg diidamkan tu xder jual kat sini. Kalau ada pun resepinya sik sama ya. Dah seminggu lebih aku dok usha resepi2 apam balik kat beberapa blog. Barang2 pun dah beli, semangat sungguh! Tapi.........nak membuatnya belum ada kerajinan yg jitu. Kacang dah goreng penuh satu bekas. Jadi peneman di depan tv. Akhirnya smlm aku abiskan dgn jayanya :)

Tetiba ptg ni rajin pulak aku. Ambik resepi paling senang, dengan doa dan harapan semoga menjadi..heheheheeeee....maka jadilah apam balik utk minum petang hari ni. Rasa 99.9% sama mcm yg dok beli kat pasar malam, even i think the adunan is tastiest (is this word exist? who care....). Sebab kacang goreng dh abis, dan aku mmg malas nak goreng lagi, so aku letak jagung ja. Adunan tu byk jugak, tapi aku buat 2 keping ja. Kepingan pertama isi jagung + gula perang. Yg ke-2 aku letak jagung + susu pekat cap junjung. Nyemmssss.....sedappppppp dua2.
ini yg ke-2...nampak tak bubble2 tu?
syok tgk bila usaha menjadi
satu kehitaman sikit sbb xtau lagi nak ejas api dapur...tapi xder la menjejaskan rasa
kejap jer abis aku ngap dua keping ni
xper......malam satgi aku sambung lagi.....
Ni resepi yg aku guna :

1. Blend 1 biji telur + fullcream milk (suka hati nak guna susu apa) + secubit garam sampai agak2 kembang. Aku blend dlm 2++ minit mcm tu.
2. Masukkan tepung gandum + soda bikarbonat + baking powder dan smbung lagi blend dlm 1++ minit ja. Kuantiti tepung agak2 sendiri yer.
3. Biar adunan satu jam, then baru masak. Ikut suka nak letak filling apa yg korang suka :)

Tq kpd tuan punya resepi.

Friday, January 13, 2017

Selamat Tahun Baru 2017

31/12/2016 - Ahad

Rasanya ini kali pertama aku x balik sempena tahun baru. Tak sempat nak kumpul fulus sebab baru jer balik bulan November lalu. So, kita kumpul duit utk balik Chinese New Year nanti yer. Mood kerja masih belum datang2 wpun dah beberapa hari balik dari Kuching hari tu. Pegi opis pun xdak semangat, dengan opis yg x berapa nak ramai, lagi la rasa sunyi.

Malamnya aku, Sya dan Iqa ke Dewan Suarah Mukah meraikan tahun baru bersama-sama masyarakat di sini. Ada persembahan nyanyian oleh "Mukah Buskers" dan juga bergendang oleh dua anak dara jelita :) Bersungguh Yb yang datang berdansa sambil berpantun dgn depa. Usik mengusik smpai berjam lamanya. Ada juga cabutan bertuah. Tapi biasalah, aku mmg sokmo x bertuah. Si Iqa tu dpt jugak satu hamper besar.

Permulaan tahun baru yg biasa2 jer. Azam baru??? Selagi aku kat sini, azam aku mmg nak pindah ke Penang setiap tahun. Tak jemu menadah tangan meminta, merayu, bersabar menunggu doa diperkenankan oleh Yang Maha Esa. Inshaallah, suatu hari nanti.......
3/1/2017 - Selasa

Permulaan hari kerja di tahun 2017 dikejutkan dengan pemergian seorang staf pmu yg dikasihi. Seawal 3++ pagi menerima msg dari group, semua berdoa semoga berlaku "miracle". Aku pun dah x blh nak tdo lepas baca msg tu. Tapi......perancangan Allah tiada siapa hambaNya yang mengetahui. Hanya mampu menahan sendu tatkala berita pemergiannya disahkan oleh si adik, yang juga satu opis dengan kami. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman.....Amin. Kepada keluarga arwah, kami doakan semoga tabah dan sabar menghadapi dugaan ini. Sesungguhnya kami juga sgt terasa kehilangannya :(

11/1/2017

Belum lg hilang kesedihan dengan kehilangan sahabat di pmu, hari ini kami dikejutkan lagi dgn berita kematian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan bin Satem. Mcm tak percaya......baru jer tak smpai 3 tahun berada di bawah pemerintahan Allahyarham....Innalillahiwainnailaihiraajiun. Kepergiannya ditangisi semua golongan esp rakyat sarawak. Kami yg sudah berada di sini hampir 5 tahun, juga begitu terasa, apatah lagi rakyat2 sarawak. Hilangnya seorang pemimpin yang begitu dekat dgn rakyatnya, teguh membela nasib orang2 di bawah pemerintahannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.....Amin.

Permulaan tahun baru 2017 yg begitu berwarna-warni. Kejutan demi kejutan yang membawa berbagai rasa. Alhamdulillah, aku masih punya perasaan walaupun tidak sedalam dulu lagi. Doaku semoga aku masih kuat bertahan emosi dan fizikal selagi masih diperlukan di bumi borneo ini.

Geng Makan PBU 2024 onward

 Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...