Sunday, January 22, 2017

Pajeri Nenas

Bahan-bahan
1. Nenas
2. Rempah kari daging Babas
3. Santan
4. Kerisik
5. Gula kabung/gula merah/gula pasir
6. Ikan bilis dan udang kering
7. Air asam jawa.

Bahan menumis
1. Bawang merah
2. Bawang putih
3. Halia
4. Kulit kayu manis
5. Bunga lawang
6. Bunga cengkih
7. Buah pelaga

Cara membuat
1. Tumis bahan tumis sampai naik bau dan sedikit garing.
2. Masukkan rempah dan air secukupnya. Masak sehingga pecah minyak atau rempah cukup masak.
3.Masukkan santan, nenas, kerisik, air asam jawa, ikan bilis dan udang kering. Tambah air sikit kalau kuah terlalu pekat.
4. Masukkan gula kabung dan garam secukup rasa.
5. Masak sehingga mendidih dan nenas agak empuk.

No comments:

Geng Makan PBU 2024 onward

 Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...