Sunday, January 4, 2015

10 tahun lalu.....

26 Dis 2014

Rutin sejak cuti ni pagi2 lepas subuh terus bukak tv. Tgk berita banjir di sana sini. Kesian....sedih....dlm hati memikir mcm mana la kl nasib yg sama menimpa diri sndiri. Susahnya yang ada anak kecil dan org tua. Nak basuh rumah lagi nanti.
Hurmmm...semoga dipermudahkan segalanya.
10 thn lalu, pagi2 bersiap nk ke batu feringgi berkelah. Sambil tunggu yg lain2 bersiap, sambil2 tgk tv. Tiba2 rasa kusyen bergoyang, kepala rasa pusing. Ingatkan adik kat sebelah yg goyang kerusi, bersungguh dok marah si adik. Lps tu baru perasan mmg bumi bergoyang. Emak kat dapur dah menjerit kata gempa bumi...jiran sebelah menyebelah pun sama. Semua dok kalut xtau nak buat apa. Masing2 takut.....1st time berlaku mcm tu. Tapi Alhamdulillah sat saja. Lps tu elok balik :-)
Plan nak berkelah diteruskn mcm biasa. Sampai penang lbh kurang pkl 12 t.hr.....sbb hari cuti orang sgt ramai. Dari pantai miami sampailah teluk bahang, baru dpt parking. Perut masing2 dah lapar, terus hampar tikar dan buka bekalan yg dibawa. Sambil mkn nampak buih2 putih dari kejauhan di tgh lautan. Masing2 membuat andaian sndiri. Selesai mkn, main2 ayaq kat tepi pantai, malas lg nak mandi sbb dh panas.
Aku dan pantai memang susah nak dipisahkan......DI Pantai Teluk Bahang masa cuti Aidilfitri yang lalu. 
Tiba2 bot2 pengawal pantai berderu deru mai kat tmpat kami. "jauhi pantai!", "jauhi pantai!"....apa kes ni? Semua terpinga-pinga. Aku pun tertgk kat sebelah kiri...Allahuakbar......ombak ke tu?? sangat tinggi dan bergerak laju ke arah pantai....sapu bersih semua yg ada di sebelah teluk di kiri kami!! Semua yg ada bertempiaran lari...makanan, pelampung, semua brg berteraburan. Masing2 cuba untuk ke tempat yang lebih tinggi.......jalan raya. Dalam masa x sampai 2,3 minit air dah smpai ke paras gigi jalan. Aku mula nebes, org lain pun aku rasa pikir benda yg sama. Mcm mana kalau air naik lg tinggi??? nak lari kat mana???seberang jalan satu lagi adalah bukit batu....dan jugak gaung..waaaaaaa......mengucap...mengucap.....adakah ini pengakhiran utk kami??
susah sebenarnya nak bayangkan ombak yg datang masa tu. Masa tgk ombak yg tinggi tu hati tiba2 terdetik pada kisah Nabi Musa A.S membelah lautan dengan tongkatnya semasa menyelamatkan diri dan kaumnya dari kezaliman firaun. Rasa takut yg bukan sedikit....ngeri....bergetar seluruh tubuh badan. 
Tapi, Alhamdulillah....wpun ombak masih menghempas, air hanya naik sikit jer smpai ke jalan. Pantai yg tadinya putih bersih sudah menjadi lautan yang keruh. Pinggan-mangkuk, periuk belanga, kenderaan, semua tertimbus di dalam air. Kami bernasib baik kerana meletakkan kereta di atas jalan, Yang mana x sempat nak alih knderaan terpaksa berputih mata dgn kejadian yg tidak disangka-sangka.
Bila keadaan sudah agak reda, kami memulakan perjalanan turun ke bawah. Rupa-rupanya di kawasan pantai sepanjang perjalanan memang sudah terjejas teruk. Kami yg di bahagian atas agak bernasib baik kerana hanya kena sebahagian sahaja. Itu pun aku dah rasa teruk sgt dah.
Sepanjang perjalanan ke bawah memang huru hara. Ambulans bersilih ganti, wartawan juga tidak kurang sibuknya. Perasaan yg ditahan dari tadi pecah jgk dgn air mata bila tgk mayat2 mangsa yg bertutup diletakkan di tepi jalan sementara menunggu ketibaan ambulan. Paling menyayat hati melihat seorang ibu yg basah dgn air mata meriba mayat si anak. Ada juga mayat2 yang hanya ditutup dgn alas meja, dan di sebaliknya terserlah sepasang kaki comel yg menunjukkan itu adalah mayat seorang budak. Ya Allah, sungguh dahsyat pemandangan itu, aku mmg x sanggup, tapi perasaan ingin tahu membuak-buak.
Bila sampai sahaja ke bawah, banyak jalan2 yg sudah ditutup. Kami terpaksa mengikut lencongan2 sementara yg dikawal ketat oleh pihak berkuasa. Bot2 nelayan tersadai di atas jalanraya. Rumah2, kenderaan dan jugak kedai2 yang berhampiran semuanya bersalut lumput dan ditenggelami air selut. Allahuakbar!! Pengalaman seumur hidup yg memang akan diingat selagi masih waras.

"Jika semua tali telah tiada untuk kamu bergantung, ingatlah bahawa tali Allah akan senantiasa bersama kamu.....tali yang paling kukuh untuk kamu bergantung selamanya"

No comments:

Geng Makan PBU 2024 onward

 Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...