Saturday, January 10, 2015

Today's experiment - Homemade tomyam pes

Dari semalam lagi sebenarnya berkira-kira nak buat tomyam, tapi nak sesuatu yg berbeza dari selalu. Dah bosan dgn makanan yg bercampur bahan perisa, MSG bagai. Sesekali nak jgk rasa masakan yg tulen dan asli...cheewahhhhh! SO, sambil2 baring sebelum tdo smlm tgk dkt google beberapa resepi pes tomyam. Wpun banyak pilihan kat sana, basically the ingredients are the same as below :

Bahan-bahannya:

2 biji bawang besar
4 biji cili merah
10 biji cili kering
2 inci lengkuas
4 batang serai
2 sudu udang kering
6 helai daun limau purut
2 inci belacan (dibakar)
air asam jawa, gula & garam

Cara-caranya:

1. Kisar kesemua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula bersama sedikit air.

2. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.

3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga pecah minyak n menjadi pes.

4. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Perencah boleh disimpan. Kalau nak guna boleh ambil.

Resepi ni ambik dari satu blog.

Tapi macam biasa, resepi ni terpaksa diderhakakan atas beberapa faktor. motif???? biasanya akan ada bahan yg x dapat nak cari pada hari kejadian........or nak disesuaikan dgn my taste bud :)
Hari ni kat market xdak la pulak daun limau purut. selalu tu ada jer depa jual berikat-ikat. Hai...hati dah berbolak balik, nak teruskan ke tak experiment ni? Tetiba teringat kata2 sorang chef kat AFC channel...kalau x silap nama dia Chef Michael.

"We cannot cook based on the recipe only, there's always a substitute for some ingredients"

Lebih kurang mcm tu la ayat yg dia selalu cakap. So, semangat terus aku nak memulakan experiment. Daun limau purut aku gantikan dgn bahan lain....yg aku rasa blh bagi effect yg sama....kot. Dan ada lagi 2,3 bahan yg aku tambah....sbb aku rasa sesuai..aku rasa la...orang lain aku x pasti.

Bismillah.......bahan2 kisar baru ditumis....aku letak sikit jer cili kering sbb takut pedas. kalau nak pedas lebih boleh tambah kemudian kan. ...nebes menunggu hasilnya.
tadaaaa....dah siap, tunggu sejuk dulu baru boleh simpan dalam peti.
dah siap pes barulah boleh masak tomyam. Aku cuma letak udang n ayam dan sayur2 yg ada tu mmg aku beli yg paket untuk buat tomyam. senang sbb dah potong semuanya.
Sebab pes buat sendiri, so boleh letak byk2, kuah pun pekat jer...aku cuma tambah perahan limau nipis dan garam sikit. Alhamdulillah, menghirup tomyam sambil menikmati titisan hujan di luar rumah. ....sambil memikir2 sama ada nak basuh baju or nak htr dobi??


Jika tidak ada bahu utk kita bersandar, ingtlah kita sentiasa ada lantai utk kita bersujud.

No comments:

Geng Makan PBU 2024 onward

 Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...