Laksa Sarawak in da house

11 Jan 2015 

Haaahaaahaaaaa.....akhirnya berjaya jgk membuat laksa sarawak. Bukan readymade pes yer....yg ni originally homemade. Sebabnya????Balance ingredients utk pes tomyam semalamnya masih banyak lagi. SO, tambah jer beberapa lagi bahan, maka jadilah pes laksa sarawak ku.....bahan2nya lebih kurang sama jer.....tgk kat bawah ni.....

Bahan-bahan untuk di blend basah :

cili kering 10-12 tangkai (ikut tahap kepedasan masing2)
bawang merah 13 biji
bawang putih 1 labu
serai 5-7 batang (nak letak lebih pun ok)
lengkuas 2-3 ketul sederhana
belacan 2 inci (dibakar)
udang kering 1 senduk besar
halia 3-5 cm

Bahan-bahan utk blend kering :

*biji ketumbar 3-5 sudu
*jintan manis 3 sudu
*jintan putih 3 sudu
*bijan 5 sudu
buah keras 3-5 biji
kacang tanah setengah cawan (goreng dulu tanpa minyak dan blend asing)

Bahan2 bertanda * hendaklah digoreng bersama tanpa minyak sehingga berbau wangi, kemudian baru di blend. (masa menggoreng dalam 3-5 minit)


Bahan-bahan lain :

asam keping
air limau
santan
ayam
udang / sotong
Bihun (celur dengan air panas)
garam dan gula secukup rasa.


Bahan-bahan hiasan :

telur dadar (dipotong halus)
timun (dipotong halus)
daun sup & daun bawang
bawang goreng (jika suka, aku mmg x suka...hahahahaaaaa)

Cara membuatnya :

1. Masukkan setengah cawan minyak ke dalam periuk.
2. Tumis semua bahan-bahan yang di blend dan tambah air secukupnya.
3. Masukkan asam keping dan air limau sesedap rasa.
4. Masak sehingga pecah minyak dan menjadi pekat.
5, Jika pes terlalu banyak boleh asingkan dan simpan di dalam peti.
6. Masukkan ayam, udang/sotong, dan santan. Seimbangkan rasa masin, manis dan masam.
7. Masak lagi sehingga ayam dan udang masak (lebuh kurang setengah jam),
8. Setelah masak bolehlah dihidangkan dgn bihun yg dicelur dan bahan2 hiasan yang disukai.

ni la rupanya laksa sarawak ku yg dah siap. Aku letak udang dan ayam saja. Hiasan hanya telur dadar dan timun. Tu jer yg ada pada hari kejadian. Isi ayam tu sebenarnya kena carik2 isi sahaja dan tulang dibuang siap2. Tapi aku mmg malas la keja2 remeh mcm tu. So, biar jer ayam tu seketul2 dalam kuah....jgn marah yer org2 sarawak....ini la jadinya bila org Penang yg buat laksa sarawak! :)

Comments

Popular Posts