Asam Pedas Melaka ikan pari

Bahan A (untuk menumis)
1. Bawang merah 7 ulas
2. Bawang putih 5 ulas
3. Halia 1.5 inci

Bahan B (kisar halus)
1. Cili kering 15-20 tangkai @ 1 mangkuk cili kisar.
2. Jintan manis 1 sudu kecil
3. Jintan putih 1 sudu kecil
4. Biji ketumbar 1 sudu kecil
5. Halba 1 sudu kecil
6. Lada 2 sudu kecil. (Blh alter ikut kepedasan masing2)
7. Belacan secukupnya.
8. Sedikit kunyit hidup

Bahan-bahan lain
1. Ikan pari @ apa2 jenis ikan yg sesuai
2. Kacang bendi @ timun @ terung @ sayur yg sesuai dimasukkan ke dlm asam pedas.
3. Bunga kantan.
4. Daun kesum.
5. Air asam jawa.
6. Asam keping.

Cara membuatnya :
1. Kisar halus Bahan A. Tumis dgn minyak seperti nk buat kari sehingga naik bau dan kekuningan.
2. Masukkan Bahan B dan asam keping dan masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan buah tomato yg di blend dgn sedikit air dan air asam jawa. Biarkan mendidih seketika.
(Tujuan dimasukkan buah tomato kisar ialah untuk memekatkan lagi kuah. Kalau x suka x pyh letak ok)
4. Setelah mendidih, masukkan ikan dan biar sehingga mendidih dan ikan tu lembut. Masa ni kena masak dgn api sedikit kecil. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Setelah ikan empuk, masukkan timun, daun kesum dan bunga kantan. Biarkan mendidih sehingga timun separa masak.
6. Sila lah rasa masin, manis dan masamnya biar seimbang. Tadaaa.....dah blh makan.
My asam pedas sdg mendidih atas dapur
Harum baunya :)

Comments

Popular Posts