Monday, November 2, 2015

Masak jintan @ berlada

Resepi ni mak aku yg ajar. Sesuai utk org dlm pantang sbb ia blh memanaskan badan dan membuang segala angin. Boleh guna apa saja lauk yg disukai mengikut kegemaran masing2. Tapi kalau nk msk utk org dlm pantang, make sure guna ikan yg betul lah yer.

Bahan A
Halia
Bawang merah
Bawang putih
Serai (kalau masak utk org pantang jgn letak serai!)

Bahan B
Jintan manis
Jintan putih
Biji ketumbar
Lada hitam/putih

Bahan C
Ayam/daging/ikan/udang/sotong.
Kalau guna ikan/ayam, mesti goreng separuh masak dahulu.

Sukatan semua bahan2 tu ikut kesesuaian portion yg korang nak masak. Agak2 kuah tu boleh pekat dan menyeliputi bahan C. Aku mmg x pandai nak agak byk mana, masak pun sokmo main campak2 ajer....heheheeee.....

Cara membuatnya.
1. Bahan A di blend halus dan tumis sampai naik bau.
2. Bahan B juga di blend halus. Masukkan bahan B setelah bahan A naik bau dan kekuningan.
3. Tambah air secukupnya dan masak hingga pecah minyak.
4. Masukkan bahan C dan masak sehingga empuk dan perasakan dgn garam dan sedikit gula.

Kalau guna daging/ayam, tambah lebih air. Masak sehingga daging betul2 lembut dan kuah menjadi pekat.

Selamat mencuba!

yg ni aku buat guna ikan nyok-nyok
dah makan separuh baru imgat nak snap
sedap sgt makan nasik...bertambah....huhuhuuu....
ps : boleh juga kalau nak guna ikan kering.....pun sodappp!!!

No comments:

Geng Makan PBU 2024 onward

 Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...