Memulakan semula hobi yg telah ditinggalkan sejak sekian lama. Lepas jer rayuan pindah x berjaya utk kali yg ke-7 hari tu, aku mula memikirkan alternatif lain untuk meneruskan lagi kehidupan di sini. Selain menambah koleksi ikan yg sedia ada, aku perlu juga xtvt lain.........pikir punya pikir, paling mudah berkebun kot.
Sejak seminggu yg lepas mission mencari tanah x berjaya. Cari sorang2 mmg la susah. Hari Jumaat lps baru terpikir nak tanya org2 di sini. Cepat jer la depa bgtau kat mana kan. Bila pi kelmarin (Sabtu), kedai tu tutup, terus ke pasar. Kebetulan si penjual bunga-bungaan ada menjual...so, banyakla tanah2 yg boleh dibeli! Suuuukaaaaaaaa sgttttttttt!!!!
balik jer rumah terus menanam tanpa berlengah. Kalau tangguh2 nanti takut x jadi pulak. Maklum la, aku ni kan cepat jer berubah minat dan pikiran....hehehehheee......
|
tanah ni sebungkus 8 ringgit |
|
pokok kunyit |
|
pokok bawang |
|
pokok cili dan halia |
|
tomato dan daun kesum |
Masih berbaki lagi tanah yg dibeli. Bercita-cita nak tanam daun sup pulak sbb itu antara daun yg selalu aku guna selain dari daun kesum.
Bila aku bgtau mak pasal tanam-menanam ni, tau apa feedback si ibu????
"Dah 3 tahun baru teringat nak menanam?"
Sabor jer la mak aku tu. Sinisnya makin menjadi-jadi......hai la mama....i love u sgt2 tau!!
No comments:
Post a Comment