Saturday, January 30, 2016

"Nak masak apa ketam ni?"

29/1/2016

Hari ni dari pagi hujan selebat-lebatnya menyirami bumi Mukah. Dah seminggu sebenarnya mcm ni, tp bila beralih ke ptg matahari akan muncul dgn galaknya, mengeringkan semula bumi yg td dibanjiri air.

Biasanya hr jumaat adalah hari kami ke pasar. Dlm hujan yg agak lebat lebat kami berdua-duaan berpayung dgn gigih ke pasar jgk. Tapi....hampa, tiada ikan fresh....tiada seafood yg menarik. Aku hanya membeli buah limau saja kt situ. Akhirnya ayam juga mnjadi menu kami mg ni.

Petang mcm biasa jalan dgn chelva. Hari ni aku bwk duit sbb nk beli cili. Bekalan cili dh abis sbb aku jdkan cili tu sbg sayur...sdp sbb rangup dan x pds.
byk ni 2 ringgit saja
jauhhhhh.....beza dgn beli kat pasar
sambung jalan lagi lepas dpt cili
nampak student2 jke rasanya tgh berkebun
besarkan kebun depa...manfaatkan ruang yg ada
kangkung fresh ni pun 2 ringgit saja
bagi aku, student2 kat sini mostly mmg semulajadi pandai berkebun. Tau ajer nak buat mcm mana. X pyh nak bagi arahan sungguh2, masing2 tau jer keja sendiri. Dan....depa mmg minat buat benda2 ni. Sgt bagus kan.

T.hr tadi lps ke market aku blk rmh...tdo kjap. Boleh pulak aku mimpi masa tu. Dalam mimpi tu ada aku, mak dan sorang adik (tak pasti adik yg mana sbb x jelas). Aku tgh duduk bersantai dgn adik aku bila mak aku mai dkt kami. Dia ckp mcm ni:

"Kakak, ada ketam ni, nak mak masak apa?"

Dalam mimpi tu aku kata masak jer la apa pun. Aku makan ja. Tak kisah mana2. Jwpn standard sgt kan. Then mak aku tanya lagi soalan yg sama, ada la tiga empat kali dia tanya, aku masih lagi bg jwpn sama. Last2 aku diam ja.....x jwb pun soalan tu. Then mak aku jwb mcm ni :

"Mak buat asam pedas la ye".

Aku pun ok saja. Then mak aku terus pi masuk...masak la kot. Then aku terjaga.

Termangu seketika kat katil mengenangkan mimpi tadi. Mula la terpikir.....apa maksud yg tersirat di sebalik mimpi tu....atau pun hanyalah mainan tidur? Ke sbb aku x balik cuti CNY ni? Mak aku dah rindu sgt ke dgn aku?? Waaaaaaa.......terus stress...rasa nak nangis kuat2....

lagi satu yg tak logik...mana pernah mak aku buat ketam masak asam pedas!!

No comments:

Geng Makan PBU 2024 onward

 Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...