Tuesday, May 17, 2016

Kuching 2016 - Waterfront

29/4 - 2/5

Masa kat Kuching tu hari2 kami jenjalan kat waterfront. Hari2 dok lintas kat kucing besaq ni. Bergambar di dalam panas terik matahari. Mmg sunburn abis la muka aku. Bangunan2 kat situ juga dah banyak lukisan mural yg cantik2. Apa lagi kami pun tak melepaskan peluang untuk bergambar. Tak kisah dah dengan kenderaan dan org lalu lalang yg bersimpang-siur. Tak jugak peduli dgn kepanasan yg membahang. Masing2 hanya berusaha untuk meng happy kan diri sndiri.....
Tugu kebanggaan Bandar Kuching
muka menahan panas
knapa aku rasa pelik sgt aksi muka aku kat sini?
Mereka di seberang sana





Si peminat kucing tegar
peace :)
Happy mothers day to my beautiful mom
my heart and my soul
Semoga dipanjangkan umur dan bahagia selamanya
we love u sooooo much!
aksi di dalam kereta
most of the time aku yg drive sbb aku pening kl x drive
love u all my gojes friends


iklan gigi semua ni
layan captain america masa 1st day tu
smpai ter tdo2 aku dalam wayang
citer best, tapi tetap nak lena jugak
si gadis ayu....hahahaaaa.....


tunggang langgang kami dok lintas jalan sbb tukar2 nak bergambar
nasib selamat jer semua x kna langgar







Memang puas hati la jalan2 kat kuching kali ni. Memang byk berjalan pun. Aku smpai putus sandal sbb terpelecok. Xder alasan lagi untuk beli sandal baru. Kaki pun sampai berbelang dgn corak sandal menunjukkan stress sbb byk berjalan.

Kami semua x dpt result +ve untuk pertukaran kali ni.....lagi. Tak tau la alasan apa lagi nak bg. Bukan kami mereka-reka alasan, semua yg dinyatakan adalah BENAR belaka. Kami bukan palsu, kami bukan plastik mcm depa di atas sana yg dok bagi mcm2 alasan. Janji 3 tahun, skrg dah 4 thn, ada yg 5, 6 tahun. Xpa.....janji manusia mmg mcm tu kan. Yang pasti janji Allah itu pasti. Doa org2 teraniaya tiada hijab. Semoga diperkenankan suatu masa nanti, Amin.
jom pakat baca ramai2....xmo baca tlg aminkan pun jadi la
Hanya kita yg rasa tahu bagaimana pedihnya perasaan
Depa??? Mmg dah tiada lg kemanusiaan dan juga kebinatangan.....

Monday, May 16, 2016

Selamat Hari Guru 2016

hari pertama masuk sekolah
tak pandai membaca mengira
tetapi cikgu begitu tabah
mengajar kami dengan gigih
bermula ABC sampai Z
hitung 1 sampai 10
dari ejaan dan kira-kira
kami belajar dengan lancar
berkat kesabaran
guru bijaksana
memberi pelbagai petunjuk
hari demi hari
kami pun mengerti
pelajaran nilainya tinggi
kami ingat setiap masa
jasa guru mendidik bangsa
sambutlah kini ucapan kami
TERIMA KASIH CIKGU
SELAMAT HARI GURU.......
Bila hari guru saja aku akan berada di kampung sbb bulan mei mmg cuti sem utk poli2 seMalaysia. Ada la beberapa org yg wish kat aku, yg masih ingat kat aku. Ok la tu kan drp xdak langsung. Tapi.....kalau xdak langsung pun no hal sbb kita bkn mengajar utk dikenang, biar ilmu yg kita bagi tu berguna untuk depa sampai bila-bila.....Amin.
Skrg ni kan trend parent akan sedia hadiah untuk hari guru. Bukak jer fb, dari semalam lagi penuh dgn post2 psl hari guru. Yg mem baking, menghias reben segala bagai, wahhhhh...bagus sungguh parent skrg kan. Sampaikan aku rasa mcm pertandingan pulak..... "Hadiah sapa paling win untuk cikgu masing2?" Semua pun post kat wall fb, seronok sungguh tgk dgn dekorasi yg cantik2, yg mampu mmg agak mewah la hadiahnya, yg kreatif dgn bunga bagai, yg pndai msk siap dgn cupcake yg comel2. Wahhhhh...bestnya jadi cikgu kan. Knapa la aku jadi pensyarah kan.........
Apa2 pun x kisah la mcm mana. Kita mmg tahu tugas cikgu tu mmg mulia. Depa la yg didik kita dari mula kenal kehidupan, esp bagi parent yang berkerjaya. Ada sesetengah parent yg biar 100% tugas mendidik tu tergalas di bahu seorang guru. Anak failed tanya cikgu knapa, anak dpt 98/100 pun tanya cikgu knapa x dpt fullmarks, smpaikan anak bercinta pun tanya cikgu jgk.....hahahaaaa...xtau la kan, ckp lebih2 satgi kena pulak. Hang tu anak pun xdak, tau apa.....takut aku kalau org kata mcm tu kat aku. Bagi aku tidak semestinya ada anak baru blh mendidik @ menegur anak, sbb pembelajaran bkn dari pengalaman sendiri 100%, ia juga dr pemerhatian dan kehidupan kita seharian. Ramai sgt yg aku tgk skrg ni jadi hamba anak2 sendiri. Semua kata anak dia ikut, bila kita tegur, sanggup salahkan org lain sbb nak menangkan jgk anak dia....suka hati hampa la. Jgn susahkan aku sudah! Kalau dh dari kecik tak blh tegur, xkan nak tunggu smpai berjambang baru nak didik??? Lu pikir la sndiri....kata Nabil, bkn aku yg kata.
Kesimpulannya, aku juga seorang guru wpun student x panggil aku cikgu. Masih cuba menjadi pendidik yg baik, masih berusaha memberi yg terbaik untuk semua pelajar dan juga tanggungjawab lainnya. Walaupun aku cikgu, aku juga manusia, yg seringkali diuji dgn pelbagai situasi. Kadang2 aku kuat seperti badang, tetapi selalunya aku sgt lemah bak buih2 di lautan.....yg perlukan pergantungan untuk terus berjuang. Please......fahami aku seadanya aku. Doaku semoga semua guru2 terus tabah mendidik anak2 bangsa walau di mana anda berada.
Selamat Hari Guru Untuk Semua :)
**Alfatihah kepada guru2 yg telah tiada.....
Hanya untuk kamu seorang.........

Sunday, May 15, 2016

Kuching 2016 - Cultural Village

29/4 - 2/5

Kami ke Cultural Village tu hari Ahad. Lps jer bfast kat hotel terus jer ke sana berpandukan waze dan gps kereta si Fifah. Sesat jgk la sbb line kadang2 terputus. Sampai sana dah dkt pkl 11. Bayaran masuk untuk sorang ialah RM63.60 termasuk gst. Dah mahal dan tak dapat diskaun sbb hari tu kat sana ada sambutan "World Harvest Festival". Xper la...nk buat mcm mana kan, dah sampai pun. Kami terus menuju ke dewan persembahan sbb persembahan kebudayaan dah nak mula masa tu.
pintu masuk
laluan menuju ke dewan yg berlatarbelakang gunung Santubung
cantik....
laju jer dua org tu menuju pintu masuk
Dewan persembahan sgt penuh hari tu. Sampai ada yg berdiri di tangga kiri dan kanan. Kami masuk agak awal, so dapat la duduk kat belakang skali di barisan tengah. Senang nak snap gambar kata si Chelva. Sepanjang persembahan, pentas hanya diterangi dengan cahaya lampu berwarna-warni yg suram sahaja. So, dengan kamera hp aku ni mmg x berapa nak jelas la.

Persembahan tetap menarik mcm sebelum2 ni. Cuma yg aku perasan kebanyakan penari adalah pelapis2 baru. Dah xder sangat geng2 lama mcm yg aku tgk lbh kurang 2 tahun yg lalu. Persembahan pun byk dah yg bertukar. Paling seram persembahan dari suku kaum Melanau.....takutttt. Tapi yg paling best bg aku pun rasanya melanau jgk. Aku paling suka tarian yg dengan buluh tu. Yang lelaki siap blh duduk berpusing2 kat atas. Wahhhhhh.......mmg best la :)






kami duduk sebelah cik abang yg control lampu pentas
Abis jer persembahan kami terus melawat kesemua rumah2 yang ada dlm cultural village tu. Kali ni aku dah bersedia dgn sebotol air dan satu tuala kecik. Panas sgt kot, confirm peluh meleleh-leleh nanti. Mcm dulu jgk, kali ni semua rumah kami naik.




cak!
























rumah Melanau ni. Dahla nak naik tu sgt tinggi tangga dia.
Dah naik tu ada 3 tingkat lg kat atas, mmg sgt tinggi
Aku seperti biasa, smpai tkt 2 saja
Tu pun dah bergegar kepala lutut.....gayat










gembira.........ke???
hanya kami yg paham perasaan ketika ini
bergambar kenangan dgn Gunung Santubung sebelum keluar
kegayatan
ini jer gbr kami bertiga kat sini...mntak org tlg snap




mmg obvious sgt la kegayatan ku




gambar kenangan dgn sebahagian penari2 kampung budaya
nampak tak sapa yg paling besar kat situ :)

















Geng Makan PBU 2024 onward

 Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...