29/4 - 2/5
Kami ke Cultural Village tu hari Ahad. Lps jer bfast kat hotel terus jer ke sana berpandukan waze dan gps kereta si Fifah. Sesat jgk la sbb line kadang2 terputus. Sampai sana dah dkt pkl 11. Bayaran masuk untuk sorang ialah RM63.60 termasuk gst. Dah mahal dan tak dapat diskaun sbb hari tu kat sana ada sambutan "World Harvest Festival". Xper la...nk buat mcm mana kan, dah sampai pun. Kami terus menuju ke dewan persembahan sbb persembahan kebudayaan dah nak mula masa tu.
|
pintu masuk |
|
laluan menuju ke dewan yg berlatarbelakang gunung Santubung
cantik.... |
|
laju jer dua org tu menuju pintu masuk |
Dewan persembahan sgt penuh hari tu. Sampai ada yg berdiri di tangga kiri dan kanan. Kami masuk agak awal, so dapat la duduk kat belakang skali di barisan tengah. Senang nak snap gambar kata si Chelva. Sepanjang persembahan, pentas hanya diterangi dengan cahaya lampu berwarna-warni yg suram sahaja. So, dengan kamera hp aku ni mmg x berapa nak jelas la.
Persembahan tetap menarik mcm sebelum2 ni. Cuma yg aku perasan kebanyakan penari adalah pelapis2 baru. Dah xder sangat geng2 lama mcm yg aku tgk lbh kurang 2 tahun yg lalu. Persembahan pun byk dah yg bertukar. Paling seram persembahan dari suku kaum Melanau.....takutttt. Tapi yg paling best bg aku pun rasanya melanau jgk. Aku paling suka tarian yg dengan buluh tu. Yang lelaki siap blh duduk berpusing2 kat atas. Wahhhhhh.......mmg best la :)
|
kami duduk sebelah cik abang yg control lampu pentas |
Abis jer persembahan kami terus melawat kesemua rumah2 yang ada dlm cultural village tu. Kali ni aku dah bersedia dgn sebotol air dan satu tuala kecik. Panas sgt kot, confirm peluh meleleh-leleh nanti. Mcm dulu jgk, kali ni semua rumah kami naik.
|
cak! |
|
rumah Melanau ni. Dahla nak naik tu sgt tinggi tangga dia.
Dah naik tu ada 3 tingkat lg kat atas, mmg sgt tinggi
Aku seperti biasa, smpai tkt 2 saja
Tu pun dah bergegar kepala lutut.....gayat |
|
gembira.........ke??? hanya kami yg paham perasaan ketika ini |
|
bergambar kenangan dgn Gunung Santubung sebelum keluar |
|
kegayatan |
|
ini jer gbr kami bertiga kat sini...mntak org tlg snap |
|
mmg obvious sgt la kegayatan ku |
|
gambar kenangan dgn sebahagian penari2 kampung budaya
nampak tak sapa yg paling besar kat situ :) |
No comments:
Post a Comment