Monday, May 9, 2016

Cuti backup

7/5/2016 - Sabtu

Hari ni Sarawak mengundi, hari ni jugak flight akubalik ke Penang. Tiket backup yg dibeli sekiranya permohonan pindah x berjaya.......so, bila dah balik ni paham2 jer lah yer. Tapi kami2 masih belum berhenti berharap, semoga rayuan membawa berita bahagia :)

Sesudah subuh, kira2 5.30 pagi aku dah bertolak dari pmu. Bertolak awal sbb takut jammed di hari mengundi. Malam sabtu tu 1st time tdo sorang kat rmh slps peristiwa si ular jatuh kat sliding door. Tawakal hanya pada Yang Satu.....tapi sepanjang malam rumah aku cerah dengan semua lampu dipasang. Takut  daaaaa.....

Wpun aku kluar awal, tapi kenderaan dah ada di jalanan. Takdak la byk pun, tapi dah cukup sebagai peneman sebelum hari betul2 cerah. Lega rasa.....
sampai airport sibu dlm 7.40 setelah menghantar kereta di tempat biasa
Dalam perjalanan tadi perut dah berbunyi2
Ini la menu fav aku di sugar bun....hanya di Sarawak...best!
my ride.......flight Sibu - KL
Flight Sibu - KL pada awalnya ok saja. Tapi dalam 1/2 jam nak landing tu mula bergoyang2, bergoncang agak kerap. Aku yg masih demam suam2 kuku terus sakit kepala pening semua mai balik. Basah baju dan tudung dgn peluh sejuk. Kluar jer dari kapal terbang terus ke toilet basuh muka rambut semua. Pegi nak amik luggage conveyer dah stop, tinggal beg aku jer terbongkang kat situ.

Ramainya org hari ni. Berjalan pun asyik berselisih bahu. Lepas amik beg aku terus ke Jaya groceries mencari buah untuk menahan pening dan loya. Siap beli semua terus jer ke tempat drop luggage. Demam semakin melampau, tahan jer diri dari jatuh. Jalan pun bergantung kat troly beg tu. Ya Allah....x laratnya.

Boarding di gate K18....haru, mmg sgt jauh. Lepas imigresen check terus ke tempat menunggu buggy car. X larat sgt dah ni, biaq la org nak kata apa pun. Smpai jer ke sureau pertama di gate K terus jer masuk. Lepas solat terus mkn ubat demam, salinb baju semua and rehat kejap sebelum jalan ke gate K18. Dugaan sungguih bermusafir di kala sihat itu diambil seketika. Dalam flight aku mmg tdo jer smpailah pilot umum nak landing.

Sampai Penang airport dalam pkl 5 ptg. Adik smpai lbh kurang 15 min lps tu. Mcm biasa jalan yg sgt jammed mmg x dapat nak elak. Senang cerita dkt pkl 8 mlm baru kami smpai rumah. Seharian aku dalam perjalanan...PENATTTTTTTTTTT.....
Si Amanda ni mcm biasa la. 1st time nampak ayong dia mmg akan meraung dulu. Sama mcm si Hanni yg bersungguh2 menangis bila jaga tdo tgk aku jer dalam kereta. Esoknya terus jer mcm xdak apa2 yang berlaku. Tak paham aku..... :)

No comments:

Geng Makan PBU 2024 onward

 Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...