hari pertama masuk sekolah
tak pandai membaca mengira
tetapi cikgu begitu tabah
mengajar kami dengan gigih
bermula ABC sampai Z
hitung 1 sampai 10
dari ejaan dan kira-kira
kami belajar dengan lancar
berkat kesabaran
guru bijaksana
memberi pelbagai petunjuk
hari demi hari
kami pun mengerti
pelajaran nilainya tinggi
kami ingat setiap masa
jasa guru mendidik bangsa
sambutlah kini ucapan kami
TERIMA KASIH CIKGU
SELAMAT HARI GURU.......
Bila hari guru saja aku akan berada di kampung sbb bulan mei mmg cuti sem utk poli2 seMalaysia. Ada la beberapa org yg wish kat aku, yg masih ingat kat aku. Ok la tu kan drp xdak langsung. Tapi.....kalau xdak langsung pun no hal sbb kita bkn mengajar utk dikenang, biar ilmu yg kita bagi tu berguna untuk depa sampai bila-bila.....Amin.
Skrg ni kan trend parent akan sedia hadiah untuk hari guru. Bukak jer fb, dari semalam lagi penuh dgn post2 psl hari guru. Yg mem baking, menghias reben segala bagai, wahhhhh...bagus sungguh parent skrg kan. Sampaikan aku rasa mcm pertandingan pulak..... "Hadiah sapa paling win untuk cikgu masing2?" Semua pun post kat wall fb, seronok sungguh tgk dgn dekorasi yg cantik2, yg mampu mmg agak mewah la hadiahnya, yg kreatif dgn bunga bagai, yg pndai msk siap dgn cupcake yg comel2. Wahhhhh...bestnya jadi cikgu kan. Knapa la aku jadi pensyarah kan.........
Apa2 pun x kisah la mcm mana. Kita mmg tahu tugas cikgu tu mmg mulia. Depa la yg didik kita dari mula kenal kehidupan, esp bagi parent yang berkerjaya. Ada sesetengah parent yg biar 100% tugas mendidik tu tergalas di bahu seorang guru. Anak failed tanya cikgu knapa, anak dpt 98/100 pun tanya cikgu knapa x dpt fullmarks, smpaikan anak bercinta pun tanya cikgu jgk.....hahahaaaa...xtau la kan, ckp lebih2 satgi kena pulak. Hang tu anak pun xdak, tau apa.....takut aku kalau org kata mcm tu kat aku. Bagi aku tidak semestinya ada anak baru blh mendidik @ menegur anak, sbb pembelajaran bkn dari pengalaman sendiri 100%, ia juga dr pemerhatian dan kehidupan kita seharian. Ramai sgt yg aku tgk skrg ni jadi hamba anak2 sendiri. Semua kata anak dia ikut, bila kita tegur, sanggup salahkan org lain sbb nak menangkan jgk anak dia....suka hati hampa la. Jgn susahkan aku sudah! Kalau dh dari kecik tak blh tegur, xkan nak tunggu smpai berjambang baru nak didik??? Lu pikir la sndiri....kata Nabil, bkn aku yg kata.
Kesimpulannya, aku juga seorang guru wpun student x panggil aku cikgu. Masih cuba menjadi pendidik yg baik, masih berusaha memberi yg terbaik untuk semua pelajar dan juga tanggungjawab lainnya. Walaupun aku cikgu, aku juga manusia, yg seringkali diuji dgn pelbagai situasi. Kadang2 aku kuat seperti badang, tetapi selalunya aku sgt lemah bak buih2 di lautan.....yg perlukan pergantungan untuk terus berjuang. Please......fahami aku seadanya aku. Doaku semoga semua guru2 terus tabah mendidik anak2 bangsa walau di mana anda berada.
Selamat Hari Guru Untuk Semua :)
**Alfatihah kepada guru2 yg telah tiada.....
Hanya untuk kamu seorang......... |
No comments:
Post a Comment