Sunday, May 6, 2018

Spring Korea 2018 - Part 2

23/4/2018 - 28/4/201

Kami semua bangun awal untuk ke Nami Island. Kena naik feri, so mmg x dpt nak agak masa untuk sampai ke sana. Kami naik train dulu ke sana. Kalau x silap 3 kali kot tukar train. Aku mmg follow jer depa dlm bab2 mencari jalan ni. Mmg x study langsung. Si Nenny la yg paling expert.
posing depan guest house
nampak x jalan yg mendaki tu
Last transport sebelum menyeberang ke Nami Island ialah bus. Harga tiket KRW6000 round trip untuk satu hari. So, tiket kena simpan untuk ke destinasi seterusnya dan untuk balik nanti.
Kat Nami mmg menguji daya tahan kaki masing2. Dari start perjalanan smpai la round2 kat sana mmg berjalan dan berlari-lari anak saja kami semua. Mana taknya, nebes jgk aku kalau tersangkut kat pintu train....Nauzubillah, seram.
Nami island ni sangat cantik....Subhanallah...cantikkkkm sgtttt. Xtau nak gbrkan mcm mana cantiknya. Walaupun kami pi dah di hujung2 spring, masih byk bunga2 berkembangan, mencuri pandangan setiap pengunjung. Kami la yg paling lambat bergerak sbb asyik snap gbr ja. Gumbira sungguh masing2.

Kat sini ada satu restoran halal iaitu "Asian Cuisine"

 Balik dari Nami Island kami terus ke Petite France pulak sbb satu jalan jer dan mmg x jauh dari jeti ke Nami.

Saturday, May 5, 2018

Spring Korea 2018 - Part 1

23/4/2018 - 28/4/2018

Trip ni kami dah plan sejak semua masih lagi berada di PMU. Bermula dgn cadangan suka2, akhirnya semuanya menjadi nyata bila semua yg terlibat begitu bersungguh. Tak sangka.....akhirnya kami menjejakkan kaki ke Korea.....Thank you Allah.
berkampung di airport pada malam sebelum keberangkatan
1st time bincang face to face
sebelum2 ni bincang dlm wa jer :)
Flight kami pukul 7.50 pagi. Aku mmg dah ada di KL sejak jumaat malam. Trip bersama sisters. So, mlm tu dlm pkl 12.30 am baru bertolak ke airport dari rumah adik aku. Suka sgh dapat jumpa dgn my Kajol dan si merah delima dan si cantik nenny. Rindu sgh dengan depa.

Kiranya ini adalah perjalanan pertama aku ke luar negara naik flight. Sebelum ni cuma pernah ke Singapore dgn Thailand ja. Itu pun naik kereta. Excited + nebes. Semua perasaan bercampur aduk.
kena isi borang ni masa dlm flight
ada 2 borang....lebih kurang sama ja, tp utk tujuan yg berbeza
1st time jgk naik flight dalam masa yang lama iaitu 6++ jam. Alhamdulillah flight ok saja dalam 5 jam yg pertama. Jam yg berikutnya is a total disaster! Cuaca x elok di Seoul....kami mengharungi turbulance dkt sejam sampai la flight landing. Kepala dah rasa nak pecah sbb terlalu mabuk dan sakit. Terketaq2 cari ufamol dalam bag. Dapat ja terus telan wpun baru tgh dok ambik ayaq. Lekat rasa kat dada....huhuhuhuuuuu.....
boleh senyum lagi masa ni :)

Incheon Airport
kesejukan mula menggigit sejak flight landing lagi
masing-masing mcm x percaya dah sampai KOREA :)
Sampai Incheon Airport hari dah agak petang. Jauh jgk la menapak sementara nak lepas imigresen bagai. Standard procedure la kan bila dah pi negara org. Sangat teruja dengan teknologi depa yang canggih. Airport yang cantik dan bersih. And of coz semua benda yg hidup bergerak laju sgt. Kami ja sesekali berlenggang menikmati pemandangan dan berposing.
Sejukkkkkkk
Solat time......
Perkara utama sebelum ke guest house, kami membeli T-Money. T-money ni adalah smart card yang boleh di top-up untuk bayar transportation seperti bus, train dan teksi. Daripada blog2 yang disurvey, kami top-up KRW20,000 dulu. Dah settle semua baru la kami cari jalan keluar untuk cari bas ke guest house.
Harga satu card ni KRW4000
tiket bas ke Myeongdong KRW14000
Guest house kami ialah "Namsan Guesthouse 3" yang terletak di area Myeongdong, kawasan shopping paling best dan popular. Semua teruja masa dah kat luar airport sbb bukak mulut ja keluar wap....hahahahaaa...best2.
Dalam bas ke guest house
dkt 2 jam jgk la perjalanan sebab hujan dan of coz jammed
Dari bus stand kena jalan jgk la dalam 5 minit lebih kurang untuk sampai ke guest house. Jalan yang mendaki yer, bukannya sekata mcm kat Malaysia. Tapi sebab cuaca sejuk, so xder la rasa penat sgt. Lepas rehat sekejap, malam tu kami jalan2 kat Myeongdong Market ja dulu. Survey2 apa2 yang nak beli nanti. Masing2 plan nak shopping bila dah dkt nak balik nanti sbb takut terover belanja. Selain try street food, kami jgk try mkn kat satu restoran halal korea area situ "BUSAN JIP"


Abalone ramen
fishcake and anchovies
ikan bakar
kimchi yang sangat sdp!!!
sweet potato korea yang sgt manis dan creamy
aku lupa dah nama makanan ni
ada banyak pilihan inti yang ada
ni stok makanan kami kat bilik
Dekat guest house mmg ada pantry yang lengkap semua benda. Hari2 dan setiap masa ada air kopi, roti dgn pelbagai jam serta mentega, dan maggi. Dapur dan segala peralatan memasak juga disediakan. Tapi kami berani minum air kopi saja sbb x pasti status halal nya. Tapi Alhamdulillah, stok makanan kami siap berlebih-lebihan. Tinggal semua kat guest house masa check out.

Actually, mana2 tempat kami jalan kat korea ni akan ada ja orang2 dari Malaysia, especially kat Myeongdong market tu. So, most of the time x rasa pun jauh dari Malaysia. Dekat pukul 2 pagi jgk kami tdo malam tu. Esok nak ke Nami Island.......x sabar sgh!

Wednesday, March 14, 2018

The Old Rich Man, the Young Man and the Apples

A young man asked an old rich man how he made his money. 
 
The old guy fingered his expensive wool vest and said, "Well, son, it was 1932. The depth of the Great Depression. I was down to my last nickel." 
"I invested that nickel in an apple. I spent the entire day polishing the apple and, at the end of the day, I sold the apple for ten cents." 
"The next morning, I invested those ten cents in two apples. I spent the entire day polishing them and sold them at 5:00 pm for 20 cents. I continued this system for a month, by the end of which I'd accumulated a fortune of $9.80." 
"After that," the old rich man continued, "I invested the $9.80 into a market stall so I could polish and display a lot more apples. I began making about $50 a month from then on." 
"Then my wife's father died and left us two million dollars."

Tuesday, February 6, 2018

Kisah SIP - Aku dan skuter

Start 2nd week sip aku dah pi keja dgn skuter. Best jer rasa blh mencilok2 di antara jammed. Rasa cpt jer smpai tempat kja :). Awal2 tu kluar rmh dlm 7.20++....awal giler smpai! Opis pun blm bukak. So, bila dah 2, 3 hari naik skuter dah blh la budget masa. 7.40++ mcm tu baru kluaq rmh. tu pun mmg akan smpai dlm pkl 8.00 jgk lebih kurang.

So, far ada la 2 kali aku hampir2 accident. Tu pun sbb kecuaian org lain.....betullll. Mak slalu pesan:

"Hati2 bwk motor, wpun dkt, mak dok teringat jer", luahan hati si emak.

Aku jwb mcm ni jer.... "Kakak mmg dah hati2 mak, tapi kalau org lain yg x hati2 nak buat mcm mana?", blh kan aku jwb mcm tu. Terus mak aku diam.....

But, seriously, mmg best la rasa naik skuter ni. Xyah nak hadap jammed bagai. Nak pi mana2 pun senang jer, dan mudah nak parking.
my new baby scoot
Tarikh keluar : 20 jan 2018
Bila duduk kg ni, boleh la menjalankan hobi memancing aku pada hari weekend. Skali dgn si Ernie dah pandai mengail skrg. Seronok dia bila asyik dok dpt ikan. Dan.......yg paling mengejutkan blh pulak dia suka mkn ikan sungai kat sini. Padahal sblm ni dia ckp x suka mkn ikan sungai...ehhh!! Dah tersuka tanpa sengaja ke???
ni ikan paling besar yg kami dapat pada hari tersebut
kinah yg pancing
tau x ni ikan apa?
Sebenaqnya nak cerita pasal lain hari ni. Hari ni birthday si kinah. Dia sorang jer lahir bulan genap. 

Selamat hari lahir kinah yg ke-????.....rahsia. Semoga pn principle tabah menjalani hari2 mendatang. Semoga murah rezeki, panjang umur, dan sihat sentiasa. 

Jom sama2 kita doakan semoga Allah memberi kesembuhan kepada adik saya yg srg ni. Kesian dia.....
kek pre-celebration skali dgn abgnya
sedap pulak kek tu
Yang paling susah hati bila ddk kg ni adalah makan x pernah x cukup....dan semuanya sdp2 belaka...hihihihiiii....takut aku nak timbang. Dah la kja ddk dpn komputer jer kan. Kalau ngajar tu ada jgk turun naik ke kelas bagai. Kesian la body......jahat sgh nafsu......

Thursday, January 25, 2018

Sangkutan Industri Pensyarah

Minggu pertama sip berlalu dengan jayanya. Aku pegi keja dengan keta adik aku sbb dia mmg x guna keta pi keja. Waktu keluar pagi tu mmg sama la dgn budak2 nak ke sekolah. Dengan yang berbasikal, motor, mak2 dan ayah2 htr anak lagi, mmg jalan sgt busy la. Tu x campur lagi yang berenti tepi2 jalan beli nasi lemak, roti canai dan jugak mcm2 jualan sepanjang jalan. Pilih jer nak gerai yang mana, semua ada.
gambar pinjam dr google
lebih kurang gerai2 mcm ni la sepanjang jalan tu
Aku yang dah lama sgt x memandu dalam situasi begitu terpaksa la pencen skjp dari drift kereta. Paling laju blh pi pun sekadar 60km/jam. Tu pun jarang2 berlaku, dan kalau berlaku pun x sampai seminit dah kena slow balik. Paling kena hati bila ikut motor mak2 or atok2 yang hantar anak or cucu ke sekolah dengan motor. Kalau tgk dia bg signal kanan tu, blm tentu dia akan belok kanan. Kalau bg signal kiri pulak tak pulak belok ke mana2. Paling menakutkan kalau x bg signal langsung! Fuhhh, mencabar sgh nak agak depa akan pi ke arah mana. Aku yang dlm keta pulak dok mem bab* srg2 sbb selalu salah mentafsir arah tujuan depa.
pinjam gambaq google lagi....heheheheeee.....
Tapi....mcm tu lah suasana di kampung. Drive ni mmg kena byk tolak ansur. Satu bnda aku perasan kalau nak konpem depa belok mana, tengok arah yg depa pandang, tgk kiri kanan mana yg ada gerai jualan. Inshaallah......ke situ la arah tujuan depa :)
amacam? ok x hakak?
jaket pinjam......
Masuk minggu ke-2, aku dah start jadi minah skuter. Buat pakatan PBB dgn adik aku "Puan Principle" beli sebijik lg skuter untuk kegunaan aku sepanjang sip. Lps tu dia pulak guna nanti. Lagi best rupanya dari naik kereta. Menyesal pulak amik lesen motor lambat2. Lagi luas pandangan aku sepanjang jalan. Mula lah aku pun buat aksi singgah2 gerai di pagi hari. Mmg dah plan, berazam utk test semua gerai2 yang ada di sepanjang jalan tu. Siap dah hafal, kat mana ada gerai, senang nak plan berenti kat mana utk hari2 seterusnya.
nak sama bsq dgn ayong dah
tapi ada hati nak ddk depan naik skuter
abis, aku kena bwk skuter berdiri la?
Satu lagi tugas aku sepanjang sip ni ialah menghantar abg hariz ke sekolah sbb sek dia terletak di laluan perjalanan aku ke tempat sip. Suka dia, hari2 nak pi dgn aku. Siap jer pakai baju semua, mula la mai kat bilik tg aku bersiap.
ni lunch semalam
bak kata miss contractor aku ni pi sip ka pi makan
siap mengadu lagi kat mak, aku ni dok citer pasal makan jer
nak buat mcm mana, hobi makan, terima lah seadanya yer
Lama lagi perjalanan sip aku. Mudah-mudahan berjalan lancar dan dipermudahkan sehingga ke akhirnya. Aminnnn.

Tuesday, January 23, 2018

[FunOnTheNet] Surgery On A Butterfly

Rupa2nya kat rama-rama pun blh buat surgery. Baru aku tau bila baca email hari ni......

Monarch Butterfly Wing Transplant By A Costume Designer Turns Out To Be A Surprising Success

Depending what time of year they’re born, Monarch butterflies can live from 2 weeks to about 5 months, but this guy’s time was threatened to be cut ever shorter. Romy McCloskey committed to raising these creatures some time ago, and after one of them came into this world with a wing defect, she knew something had to be done. McCloskey turned her home into an operating room and used common household items to perform a wing transplant.
“I am a professional costume designer and master hand embroiderer,” she said. “This was right up my alley.” Her supplies included a towel, a wire hanger, contact cement, a toothpick, a cotton swab, scissors, tweezers, talc powder, and an extra butterfly wing from one of her little girls that died a few days before.
According to McCloskey, there’s no need to drug the butterflies when performing such a procedure. She compared their wings to human nails or hair: “They do not have pain receptors.”
“The patient: this 3-day-old little boy was born with torn upper and lower wings. Let’s see how we can help!”

“The operating room and supplies: towel, wire hanger, contact cement, toothpick, cotton swab, scissors, tweezers, talc powder, extra butterfly wing”

“Securing the butterfly and cutting the damaged parts away. Don’t worry it doesn’t hurt them. It’s like cutting hair or trimming fingernails”

“Ta-da! With a little patience and a steady hand, I fit the new wings to my little guy”

“The black lines do not match completely and it is missing the black dot (male marking) on the lower right wing, but with luck, he will fly”

“FLIGHT DAY! After a day of rest and filling his belly with homemade nectar, it is time to see if he will fly”

“With a quick lap around the yard and a little rest on a bush, he was off! A successful surgery and outcome! Bye, little buddy! Good luck”

Monday, January 22, 2018

Sepetang di pantai Mukah

15/10/2016

X cukup2 kepenatan ke Balingian pagi smpai t.hr, lepas asar kami ke pantai Mukah pulak. Bermain2 air laut dan bubble.




rezeki terpijak

Lempeng kelapa + oats

Bahan-bahan :

Kelapa parut
tepung gandum / tepung linut
oats
gula (ikut nak manis mana)
secubit garam

Cara membuatnya :

Gaul jer semua bahan-bahan di atas. Jumlah kelapa = tepung + oats. Kalau nak sedap lg kurangkan tepung. Adunan akan agak2 basah. Kalau kering sgt tambah air ckit jer nak bagi bahan2 yang digaul bersatu dan sebati. Dah sebati semua blh sapu minyak ckit kat kuali dan letak sedikit adunan. Leperkan seperti gambar di bawah. Masak kedua-dua belah hingga kekuningan. Siap. Boleh makan begitu saja or cicah dgn sambal/kari/madu....atau apa2 sahaja ikut selera masing2.

Geng Makan PBU 2024 onward

 Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...