Monday, April 4, 2016

Family Day DNS5A Dis2015

2/4/2016 - Sabtu
Pantai Kingwood resort

Jumaat tu, dari petang sampai ke malam kami busy utk preparation bbq esoknya. lps abis keja gi cari barang2 basah utk diperap. Balik terus operasi membersih dan memerap. 3 org student tolong aku kat rmh. Sambil2 depa memproses segalanya, aku menyiapkan dinner ala kadar. Bertambah deme mkn wpun hanya berkuahkan kicap lemak masin adabi sahaja....hahahahaaaa....

Esoknya pagi2 lagi ke Pasar Sabtu Oya utk mencari udang. Malangnya xdak pulak minggu ni. Mg lepas berkoyan2 smpai jatuh 3 kilo 10 ringgit jer. Lps bfast kami pecut semula ke market Mukah. Ada la dpt 1 tompok 15 ringgit. Boleh la nak buat kawan dgn meehoon aku nanti.

Sampai poli dah pkl 11++.....budak2 tu nak start ke sana 12.30. official start jamuan 2.30. Bersilat aku dgn ernie kat dapur memasak segala-galanya yg dirancang. Alhamdulillah, on time semua siap dgn jayanya.
antara menu yg ada :
ayam panggang, hotdog, bebola, kabut ayam, fries
nasi goreng, meehoon grg singapore, tiramisu cake


selesai makan, ke kolam pulak depa2 tu
aku bg sejam jer utk depa mandi....x larat wei nak tunggu lama2
Sementara menunggu depa2 tu mandi, kami yg malas nk mandi ni lepak2 jer kat gazebo dpn resort tu. Apa lagi....semua pun selpie bersungguh. Tak senonoh sungguh gaya duduk ku sebagai seorang pensyarah...heheheeeee.....

1st xtvt dengan anak2 mentee setelah mereka sem 5. Tetiba jer sem ni terasa nak buat bbq dgn depa. Sebelum2 ni kalau kelas2 lain buat x rasa nak buat pun. Adakah ini petanda positif utk aku??? Sama2 doakan yer utk kami2 di sini.

No comments:

Geng Makan PBU 2024 onward

 Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...