Monday, April 18, 2016

Kuih Cara Manis

Bahan-bahan

Tepung gandum
Daun pandan
Kelapa parut
Garam
Gula pasir (filling)
Telur 1 biji
minyak (untuk menggris acuan)

Cara membuatnya

1. Blend kelapa parut + daun pandan dengan air secukupnya dan tapis.
2. Bancuh tepung menggunakan air blend tadi sehingga bancuhan menjadi sederhana pekat. (Tidak boleh terlalu cair, nanti kuih lembik)
3. Masukkan telur dan secubit garam sekadar memperasakan adunan.
4. Letakkan acuan di atas dapur dengan api kecil. 
5. Sapukan dengan sedikit minyak
6. Masukkan adunan separas acuan seperti di dalam Gambar 1.
7. Masukkan sedikit gula di bahagian tengah seperti di Gambar 1.
8. Tudung dengan penutup yg sesuai seperti di Gambar 2.
9. Biarkan selama lebih kurang 1 minit @ sehingga masak. Angkat.
10. Ulang langkah 5 - 9 sampai adunan habis.

Gambar 1
Abaikan brown effect pd acuan tu yer....
Itu adalah dari minyak + gula merah yg xnak hilang
Gambar 2
saya tutup dgn penutup rice cooker, senang tgk bila dah masak
kuih yg baru masak
Bila dah agak suam telangkup kan mcm ni yer...baru comei :)
** Nanti nak try buat Cara Berlauk pulak.....

No comments:

Geng Makan PBU 2024 onward

 Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...