boleh tayang banner jer yer...yg lain2 semua p&c. |
Dah selamat balik ke pmu....baru blh cerita pasal mg lepas punya event. Kami semua berkumpul di Melaka bukan setakat berbengkel, tapi semua kena kuarantin atas dasar keselamatan dan juga terikat dgn akujanji menjaga keselamatan item2 peperiksaan. 1st time join bengkel ni menggantikan "boss" yang tidak dapat pergi.
Resort ni mmg jauh dari airport KLIA...kira2 2 jam setengah kalau x jammed. Masa sampai utk check in tu traffic dari klia ok jer, berhenti hanya bila traffic light merah. Tapi masa balik hari Jumaat tu mmg sgtlah jammed nya. hampir 4 jam baru sampai ke klia. separuh jalan boleh lagi aku sembang2 dgn driver teksi tu. Lepas tu aku terus layan mata sampai airport...hahahahaaaa...dah la duduk dpn, xtau la mcm mana keadaannya ketiduran aku itu :)
pandangan di luar bilik dan tempat menunggu lif. Aku suka design lampu tu....ala2 planet zuhal.. |
layan mee udang di airport...saja2 nak buang masa dan tambah lemak...bukan lapar sgt pun, teringin ajer. |
Bengkel di sini sampai malam. Group aku kena handle paper jtmk, mmg sgt kena lah kan. Aku amik paper network, lg dua org amik paper programming, Bersungguh kami mem "proof read" semua course sampai berbalam dan berpinar semua mata. Malam 1st ketua pengarah bpn turun, bersungguh aku menahan mata dr tertutup. Malam2 seterusnya mmg aku adalah org yg awal meninggalkan bilik bengkel. Pkl 10 dah stop, org lain dkt pkl 12 baru naik kot.....tapi xper, jgn risau boss...semua siap sebelum due.
Sebenarnya ini kali pertama aku turun klia. Selalu tu transit jer sebelum connecting ke penang. So sbb balik dgn flight malam, puas la aku merayau sorang2 kat situ. 1st time naik ke anjung tinjau masa nak ke surau. survey abis semua kedai2 yang ada, akibatnya bertaburanlah sisa2 duit yg tinggal sampai akhir bulan ni...huhuhuuuu.....tapi puas hati sbb dpt benda yg diidamkan sekian lama.
No comments:
Post a Comment