Tuesday, October 29, 2024

MAMU DAUN PISANG

 Menjadi kebiasaan, ada ja kedai makan yg viral kat medsoc, kna la try, x tgk dh review. Aku mmg suka rasa sndiri dulu, baru judge.....bukan judge dari review....

Aku mkn signature dish dia, semua pun dihidangkan atas daun pisang. x pyh basuh pinggan kan
                    Teh tarik sedapppp, tp lupa mintak kurang manis, so manis leting jadinya

Kawan aku mkn nasi kandar biasa. Pun sdp juga. Mmg jenis nasi kandar yg aku suka ni. Dari segi harga standard harga kedai nasi kandaq la kan. Kebersihan mmg A lah. Xdak kuah yg biasa meleret2 tu. Yang paling best adalah service, dilayan mcm VVVIP. Tempat mkn pun ada ac. Mmg blh repeat!

Thursday, September 12, 2024

Pondok Mama

 nak cerita 1 kedai pastry kat kg aku. mula2 dikenali dgn kelazatan donut saja (even sampai skrg). dh diperluaskan menu smpai mcm2 ada kat situ. aku Dia tutup Ahad dgn Isnin, so, hr sabtu ja aku blh beli, smlm cuti, amik darah, mmg akan sgh la.

kedai kaler pink, cantik. hiasan semua pink and berkonsepkan "hello kitty". ada donut biasa iaitu gula dan susu, dan juga mcm2 perisa ala2 big apple, tp version lg lembuttttt.
ni pandangan dari kaunter depan. order and bayar sebelah kanan, amik order belah kiri. ayaq, kepon, lasagna, pizza, semua ada. tp aku mmg suka donut dia, mmg sgt sdp.


semalam aku ada la beli beberapa flavor. donut susu, tiramisu, cheese dan salju. ni mmg flavor kegemaran aku. donut susu 1 set ada 5 biji, rm4 saja. konon nak amik 3 set, tp abih dh wpun baru pkl 2++ ptg. so dapat 1 ja.

Monday, September 9, 2024

Makan apa mg ni

 minggu ni x blk kg, selasa PENA nk mai. konon nak study.....tp hujan sepanjang mg, weekend siap ribut dua2 hari....takut aku.

dr minggu lps dok cari pisang....x jumpa2. nak cari di kedai2 lain x sempat, mmg kat simpang ja la biasa beli. Jumaat tu turun bawah, tukaq tayar si merah kat sg tiram. masa blk ternampak pisang bergantungan di kedai kat teluk kumbaq, apa lfg, berenti la beli. dgn pisang grg, pisang mentah dua2 aku borong. Puas hati. Baliknya jadila cekodok.....
ni supper aku, x ingat mlm bila, tp dlm minggu ni la. resepi tgk kat tiktok, meleleh2 cheese, mana x sdp....bersungguh-sungguh mkn. lps tu lena, zzzzzzzzz......
ni asam rebus ikan kembong dgn timun. lama jgk dh nak mkn x x terbuat2. ada kacang buncis ckit, aku letak jer, xnak membazir. sdppp sgt bila hirup, mcm mkn laksa. hehehheee,,,
ni menu terlebih ghajin. weekend kan x balik, nak pi mna2 pun hujan sepanjang hati. ada ayam dlm peti. mula2 nak buat nasi ayam, lps tu teringin ayaq asam kerisik, mcm x kena pulak mkn dgn nasi ayam. maka jadilah mandy ayam version malas mcm aku. yg penting sdp!! sambal pun amik yg lebih ayam pak sheikh punya. aku masuk bawang, cili hidup , dan tomato ja.....licin nasi seperiuk kami 2 mkn...
wpun hujan renyai2 tgahari ahad tu, turun jgk teluk kumbaq sbb terjumpak 1 kedai mkn kat tiktok. menu dia mmg byk. yg penting ada ulam paku rawan, lama dh cari akhirnya jumpak hr tu. dengan sambal petainya, ulam petai pun amik....berpeluh la mkn hari tu.
Ahad mlm back to basic, balik teluk kumbaq singgah kedai beli udang, kentang and daun soup. mlm mkn bubur.....sekiannn utk mg ni.

Monday, September 2, 2024

fifah dtg Penang

 Baru2 ni one of my adik from kuantan, dulu sama2 kja kat mukah dtg penang. Kursus PPK di Kepala Batas. Dapat la jumpa sekejap setelah 1++ years x jmpa. sama jer dia, maintain comei, muda belia mcm dulu2 jgk.

kami dating kat sini..."senja by the sea"....aku puin x pernah pi lagi sini sebelumnya. tgk kat tt jer. menu2 best bagi aku. ada nasi lemak, mcm2 jenis CKT, sup2, dessert....dan mcm2 air. so, sukati nk mkn apa. tp kebanyakan org yg mai aku tgk mmg utk view yg cantik tu, terutama ptg2 hingga ke senja, Siap bwk tripod bagai...
Aku mkn nasi lemak udang goreng celop tepong. Udang besar2, sambal pun x pds sgt, sesuai la dgn tekak senior mcm aku ni. kna repeat sbb nak try menu lain jgk. Dont worry, xkal lps solat maghrib sbb sini dkt dgn masjid.
Selain pondok mcm kat atas tu, ada lg pondok2 lain yg jual mcm2 tadi. Semua ada di sekeliling ja mengadap ke laut. Keluar ja keta dh bau ayag laut.
Ni view masa 1 flight tgh take off ke...ntah x pasti. td ada satu, lg rendah, tapi masa tu kami tgh order, xdan nk record. Lps2 ni kl pi kna ready sentiasa la....
Esoknya fifah dh blk ke KL, aku pun sibuk dgn rutin harian. 10/9 audit PENA. ketaq satu badan dh ni.....hopefully berjaya ditempuh dgn cemerlang. Aminnnnnn....

kenduri dan jalan2

 Ada panggilan kenduri di hari merdeka.....plan reramai adik beradik nak pi sbb nsemua mmg suka mkn nasi kenduri. yg mak buyong pun ikut walaupun br 2 hari kluaq spital. jalan2 sebelum bersalin katanya. nantikan lama kna pantang.

Kluar dkt2 pkl 9 pagi sbb nak singgah MADAD. Lama dah si ibu dok berbunyi nak pi sana. So alang2 kenduru belah sana, kami pun singgah.



Dalam sejam jgk la kami kat MADAD ni. katanya si drebar buggy, depa agihkan makanan percuma setiap sabtu sbb ada ceramah agama tiap2 mi nggu. so, orang mmg ramai mai cni. Kami ni otw nak pi kenduri ja, kalau x mmg tunggu smpai mkn. menu mmg menarik, daging kicap n ayaq asam.....kecuq liuq dgq saja pun.
Abih ja dari MADAD kami terus shoot pi knduri di aloq setaq. Perus dh mula berkeroncong sejak masuk kereta. Alhamdulillah traffic lancar.



Makanan kenduri hari tu semua sedap. Dari nasi, mee kari, laksam, kuih muih.....mcm2 lagi la, semuanya memenuhi selera. Aku 2X amik ABC....sedap...sejuk......hai la.....cekang perut haihhhh. Masa ni la blh jmpa adik beradik, beramah mesra. Lama jgk kami kat situ, sampai la pengantin mai. Lps tu terus ke kuala perlis pulak. Tujuan 1 ja, nak mkn laksa ksu kuala perlis.
Nak mkn laksa ja, mai sejauh tu. Aku nk bg depa rasa ja, sbb slalu aku ja dok pimkn dgn geng2. Mak aku lama dh x mkn......
Lepas tu terus lah bertolak ke homestay yg dh sebulan++ booking. Masa nak smpai lg 1/2 jam tu, jammed yg sgt teruk. patutnya 1/2 jam ja, ETA dlm pkl 4 ptg. Tapi tiba2 jam, kami smpai dlm pkl 5.30 mcm tu. PENAT.


Cantik, murah, tenang, dikelilingi sawah padi, dekat dgn pantai......mmg berbaloi2. Harga pun murah bg aku yg golongan B40 ni. 4 bilik aircond, dapuir luas, ada kolam utk budak2, halaman besar....mmg la aku suggest utk sapa2 yg family ramai mcm kami.
Malam tu depa sambut birthday si Hanna yg ke 15, anak merdeka. Aku dh masuk bilik masa tu. Adik aku siap bwk set karaoke, so dr bilik dgq la suara2 sumbang dok nyanyi lagu birthday dan mcm2 lagi la dok layan.

Gbq ni ja ada....yg lain2 aku xtau hp sapa. tu pun bangun pagi baru tgk message......
Sebelum check out kami bergambar dulu sbg kenang kenangan.

Balik tu sgh tanjung dawai nak top up ikan bilis dan segala bagai yg berkaitan. Aku beli la ikan terubuk bakar dgn ayaq asam utk bwk balik kat mak mkn nasi mlm tu. Singgah jgk solat dan makan kat Masjid AlBushra. dah dkt kan.....
Sampai rumah aku terus tdq wpun dkt nak asar dh. mata mmg dh barai dari dalam keta lg. Nasib baik adik aku yg drive. Bagung tdq terus bersiap balik ke liklau.......

Monday, August 26, 2024

Kenduri Haziq dan Aina

 smlm bertiga2an kami ke ipoh. aku membawa 2 bini2 org skali.....tujuan utama nak pergi kenduri, tujuan kedua nak pi karnival makan2 kat ipoh.....ada la benda nak beli.

kami sampai awai, dlm pkl 11.15 mcm tu. pi karnival yg kononnya start pkl 11 pagi, tp peniaga masing2 baru nak mula masak. ada yg tgh masah, yg x bkk lg pun ada. so kami pun pi la kenduri dulu. lgpun dkt ja dua2 tempat tu.

canti sungguh kedua2 mempelai. yg kami pi ni sebelah lelaki. so, dkt layar dan dinding ditayangkan gambar2 sebelah perempuan sblm ni. cantikkkkkkkk.....
nk tunjuk pelamin sebenarnya. tapi bgq x center sbb susah nak amik betul2. dengan nak elak orang2nya, jurugambarnya, maka ni la saja yg mampu aku snap. pelamin GAH di situ bertemakan putih.
Makanan pun sedap. paling best dia punya teh tarik, ummphhhh! 2 cawan aku amik. kl x ingatkan aku ni kna kawal gula, dah pi amik skali lagi.....heheheeeee
balik tu athirah drive. aku jd copilot saja. kami berenti kat bukit gantang utk solat dan mkn durian. durian yg dicari xdak, so aku mkn yg lain, biasa saja, xbest sgt.

awan cantik balik tu kat J2. wpun mendung, tp langit cerah ja.....layannnz...

Wednesday, August 21, 2024

marjeena cafe parit buntar

 mg lps pi byq bil telepon kat p. buntar. tiba2 nampak 1 cafe yg pernah lalu kat tiktok aku. tersinggah la kan nak rasa.

gambar dari google. kebetulan mmg ada parking kathujung skali wpun weekend. sgh la dgn mak aku kat situ. mak aku order ayam gepuk.....aku amik nasi goreng petai seafood, tp xdak petai....xtau la silap ka, lupa ka, mcm mna ka. tp aku dh mkn nasi tu baru perasan xdak petai. patut pun x bau.
Makanan ok la, sdp...tp yg aku nk highlight kat sini dessert depa, sdp2 nampak semua. boleh la kalau nk try beli dessert saja nanti

aku beli pavlova jer nak rasa hari tu. sedap....x manis sgt, sesuai la dgn aku yg x suka mkn manis, tp tetap kna mkn ubat. yg lain2 aku akan try nanti2, dr semasa ke semasa.
mg lps jgk aku buat mashed potato. byk sgt potato kat rmh mak aku, sampai ada yg dh buruk. adik aku pulak bakaq kambing dan ayam.....sesuai la kan....sdp jgk kejadiannya,

MAMU DAUN PISANG

 Menjadi kebiasaan, ada ja kedai makan yg viral kat medsoc, kna la try, x tgk dh review. Aku mmg suka rasa sndiri dulu, baru judge.....bukan...