Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Saturday, March 30, 2019

viva vs KL Mac 2019

20 mac tu majlis epict 6.0 jtmk. Ala2 viva utk budak2 sem akhir. Ada pameran, booth2 jualan, pertandingan ict segala. Kali ni aku kna handle pertandingan ict. So, pikir punya pikir buat pertandingan poster jer la. Tema adalah IOT :)
sedang tengok2 booth budak2 projek....
ni la group projek aku
tapi aku sv ke-2 jer
Alhamdulillah...Gangsa
syabas anak2 projek semua :)
stress tgk tudung sndiri.....dah mcm minah indon apa jer
 Lepas thumb 4.30 tu aku terus pecut ke airport Bintulu. Skrg ni ke Bintulu lg senang sejak2 pan borneo ni dalam pembikinan. Kalau dah terpaksa sangat baru la ke Sibu. !st time nak tinggal myRayan kat airport Bintulu ni. Moga2 selamat lah dia dalam jagaan Yang Maha Esa.
Parking 5 hari 4 malam RM50 sahaja
Sebagai langkah keselamatan :)
 Flight aku malam tu pkl 8.25 malam. Tapi dkt2 pkl 9 mlm jgk la baru take off. Sampai klia2 lebih kurang pkl pkl 11. Sementara nak cari tempat mkn, drive dari airport ke rmh adik aku...dlm pkl 2 pagi jgk la baru dpt landing atas tilam....penattt!

Esoknya sebelum aku ke hotel, adik aku bwk mkn kat kedai mkn area situ. Mkn mknn org nogori 9 den tgh hari tu.
Gulai Omak Den
Sedap2 jgk makanan sini. Depa hidang mcm kita mkn kat rumah zaman aku kecik2 dulu tu. Pinggan mangkuk pun old school. Rasa2nya geng2 poli Nilai tau jer tu tempat ni. Masa kami smpai pun ada student poli nilai tgh makan situ. Gambaq mknn xdan la pulak nak ambik. Sedaq2 dah nak abih..hahahahaaaa.....nampak tak kesedapannya di situ.
This is Bobo
Aku stay sini
Highly recommended bg yg ada transport sbb hanya ada 1 kedai mamak saja area sini
Hotel cantik dan kemas
Harga yg sgt berpatutan dan termasuk bfast
Even aku check in srg ja, tp PERCUMA utk org kedua juga bfast

Malam tu Ernie sampai dari Penang. Aku ajak dia teman untuk ke Rawang nanti. Nasib la dia blh cuti. Kalau x mau menggagau jgk aku drive srg2. Yang pasti asyik tersalah simpang wpun guna waze. Haru sungguh.

Date : 23 Mac 2019
Venue : Rumah Haney
Program : Mini reunion kelas matrikulasi 1.47, uum

Bak kata shaja, xper kita start dgn 5 dulu, nanti2 lps ni ramai la....... :)
Memang seronok jmpa balik kawan2 lama ni. Ada la dkt 20 tahun jgk x jumpa. Mcm2 gossip kluar balik. Ada yg aku x pernah tau pun. Ada yg terusik juga dengan kenangan lama. Getaran letrik tetap terasa katanya...hahahahahaaaa.....yg penting masing2 dah move on. Umur masing2 pun dah suku abad. Syahdu pulak rasa memikir masa depan. Entah sempat ke idok ke next reunion...Wallahualam.

Dari Rawang kami terus balik ke rumah adik aku. Jammed nak matiiiii. Maklumlah dah start cuti sekolah. Sakit abih semua pinggang dan kaki menekan minyak yg x seberapa.
posing before subuh
mata serupa x blh nak bukak dah
hasil tangkapan di Jaya Grocer KLIA2
sedap gilerrrr
menyesal beli 1 saja....huhuhuhuuu....
nak kirim....

Program dan dejaavu

Program : Towards 3 Pointer
Date : 9 Mac 2019
Venue : DKU, PMU

Kena handle satu program sem ni. Program biasa2 sajer, tapi melibatkan org2 yg luar biasa. Orang2 lain maybe xder hal la kan handle program2 kat poli ni. Tapi bg aku yg mmg sgt jarangggggggg nk jd ajk mana2 program selagi tak wajib, mmg byk hal jugak nak kena pikir. Nasib baik la mmg dah plan program yg seakan2 sama tapi tak serupa dgn mentee sem ni, so blh la copy paste mana2 yg sesuai.

Tetiba jer datang idea nak jemput BFF dari polimas dulu. Alhamdulillah dipermudahkan, si dia dpt dtg dengan PERCUMA. Tq so much dear...i am very appreciate ur concern. Semoga Allah membalas yg terbaik untukmu wahai sahabat.


Agak lama jgk aku x jumpa kawan aku yg srg ni. Dulu ke kl aku gagahkan jgk turun Putrajaya, alang2 dh sampai sana kan. Nak jd cerita aku dmm mcm apa ja. Bwk keta pun antara sedar dan tidak. Bila jumpa mcm xdak perasaan sbb otak dok fokus ke sakit yg menggila..huhuhuuuu......sembang pun sekadar memenuhi kesunyian ruang.. :)

But this time, i am really waiting for....nak sembang, membawang sungguh2. Priority program dah jd no 2..hahahahaaa...Start dari jumaat, sampai la Ahad tu, rasa puas jgk la sembang wpun rasa x cukup masa ja. Rasa syg ja nak lepas dia balik pagi Ahad tu. Harap2 blh jmpa lagi, blh sembang2 lagi, ohhhh...how i miss our time back there in polimas.....

persediaan hari sebelumnya...AJK semua superb!
pensyarah n student - part 1
pensyarah n student - part 2

baru la akau nampak kecik kat sini....i like...
mee udang Balingian
siang terbayang malam merindu
bye meow :)


                                             

Sunday, May 6, 2018

Spring Korea 2018 - Part 2

23/4/2018 - 28/4/201

Kami semua bangun awal untuk ke Nami Island. Kena naik feri, so mmg x dpt nak agak masa untuk sampai ke sana. Kami naik train dulu ke sana. Kalau x silap 3 kali kot tukar train. Aku mmg follow jer depa dlm bab2 mencari jalan ni. Mmg x study langsung. Si Nenny la yg paling expert.
posing depan guest house
nampak x jalan yg mendaki tu
Last transport sebelum menyeberang ke Nami Island ialah bus. Harga tiket KRW6000 round trip untuk satu hari. So, tiket kena simpan untuk ke destinasi seterusnya dan untuk balik nanti.
Kat Nami mmg menguji daya tahan kaki masing2. Dari start perjalanan smpai la round2 kat sana mmg berjalan dan berlari-lari anak saja kami semua. Mana taknya, nebes jgk aku kalau tersangkut kat pintu train....Nauzubillah, seram.
Nami island ni sangat cantik....Subhanallah...cantikkkkm sgtttt. Xtau nak gbrkan mcm mana cantiknya. Walaupun kami pi dah di hujung2 spring, masih byk bunga2 berkembangan, mencuri pandangan setiap pengunjung. Kami la yg paling lambat bergerak sbb asyik snap gbr ja. Gumbira sungguh masing2.

Kat sini ada satu restoran halal iaitu "Asian Cuisine"

 Balik dari Nami Island kami terus ke Petite France pulak sbb satu jalan jer dan mmg x jauh dari jeti ke Nami.

Saturday, May 5, 2018

Spring Korea 2018 - Part 1

23/4/2018 - 28/4/2018

Trip ni kami dah plan sejak semua masih lagi berada di PMU. Bermula dgn cadangan suka2, akhirnya semuanya menjadi nyata bila semua yg terlibat begitu bersungguh. Tak sangka.....akhirnya kami menjejakkan kaki ke Korea.....Thank you Allah.
berkampung di airport pada malam sebelum keberangkatan
1st time bincang face to face
sebelum2 ni bincang dlm wa jer :)
Flight kami pukul 7.50 pagi. Aku mmg dah ada di KL sejak jumaat malam. Trip bersama sisters. So, mlm tu dlm pkl 12.30 am baru bertolak ke airport dari rumah adik aku. Suka sgh dapat jumpa dgn my Kajol dan si merah delima dan si cantik nenny. Rindu sgh dengan depa.

Kiranya ini adalah perjalanan pertama aku ke luar negara naik flight. Sebelum ni cuma pernah ke Singapore dgn Thailand ja. Itu pun naik kereta. Excited + nebes. Semua perasaan bercampur aduk.
kena isi borang ni masa dlm flight
ada 2 borang....lebih kurang sama ja, tp utk tujuan yg berbeza
1st time jgk naik flight dalam masa yang lama iaitu 6++ jam. Alhamdulillah flight ok saja dalam 5 jam yg pertama. Jam yg berikutnya is a total disaster! Cuaca x elok di Seoul....kami mengharungi turbulance dkt sejam sampai la flight landing. Kepala dah rasa nak pecah sbb terlalu mabuk dan sakit. Terketaq2 cari ufamol dalam bag. Dapat ja terus telan wpun baru tgh dok ambik ayaq. Lekat rasa kat dada....huhuhuhuuuuu.....
boleh senyum lagi masa ni :)

Incheon Airport
kesejukan mula menggigit sejak flight landing lagi
masing-masing mcm x percaya dah sampai KOREA :)
Sampai Incheon Airport hari dah agak petang. Jauh jgk la menapak sementara nak lepas imigresen bagai. Standard procedure la kan bila dah pi negara org. Sangat teruja dengan teknologi depa yang canggih. Airport yang cantik dan bersih. And of coz semua benda yg hidup bergerak laju sgt. Kami ja sesekali berlenggang menikmati pemandangan dan berposing.
Sejukkkkkkk
Solat time......
Perkara utama sebelum ke guest house, kami membeli T-Money. T-money ni adalah smart card yang boleh di top-up untuk bayar transportation seperti bus, train dan teksi. Daripada blog2 yang disurvey, kami top-up KRW20,000 dulu. Dah settle semua baru la kami cari jalan keluar untuk cari bas ke guest house.
Harga satu card ni KRW4000
tiket bas ke Myeongdong KRW14000
Guest house kami ialah "Namsan Guesthouse 3" yang terletak di area Myeongdong, kawasan shopping paling best dan popular. Semua teruja masa dah kat luar airport sbb bukak mulut ja keluar wap....hahahahaaa...best2.
Dalam bas ke guest house
dkt 2 jam jgk la perjalanan sebab hujan dan of coz jammed
Dari bus stand kena jalan jgk la dalam 5 minit lebih kurang untuk sampai ke guest house. Jalan yang mendaki yer, bukannya sekata mcm kat Malaysia. Tapi sebab cuaca sejuk, so xder la rasa penat sgt. Lepas rehat sekejap, malam tu kami jalan2 kat Myeongdong Market ja dulu. Survey2 apa2 yang nak beli nanti. Masing2 plan nak shopping bila dah dkt nak balik nanti sbb takut terover belanja. Selain try street food, kami jgk try mkn kat satu restoran halal korea area situ "BUSAN JIP"


Abalone ramen
fishcake and anchovies
ikan bakar
kimchi yang sangat sdp!!!
sweet potato korea yang sgt manis dan creamy
aku lupa dah nama makanan ni
ada banyak pilihan inti yang ada
ni stok makanan kami kat bilik
Dekat guest house mmg ada pantry yang lengkap semua benda. Hari2 dan setiap masa ada air kopi, roti dgn pelbagai jam serta mentega, dan maggi. Dapur dan segala peralatan memasak juga disediakan. Tapi kami berani minum air kopi saja sbb x pasti status halal nya. Tapi Alhamdulillah, stok makanan kami siap berlebih-lebihan. Tinggal semua kat guest house masa check out.

Actually, mana2 tempat kami jalan kat korea ni akan ada ja orang2 dari Malaysia, especially kat Myeongdong market tu. So, most of the time x rasa pun jauh dari Malaysia. Dekat pukul 2 pagi jgk kami tdo malam tu. Esok nak ke Nami Island.......x sabar sgh!

Tganu lagiiiiii

 aku amik cuti jumaat lepas gara2 nak pi support anak menakan masuk pertandingan peringkat kebangsaan. Maktok pun dh berbunyi nak pi tgk kat...