Showing posts with label Cerita Best. Show all posts
Showing posts with label Cerita Best. Show all posts

Tuesday, January 5, 2016

penang dis2015 - kenduri

26/12/2015

Hari ni ada dua knduri. satu kat kg, satu lagi dekat dgn rumah aku di spg. 4. Pagi2 lagi aku dgn wawe dh merempit ke pasar kemboja. Nak borong tudung dan baju keja. Tapi x byk pun yg dapat....org ramai, cuaca mcm biasa panas membahang. Balik dh dkt t,hari...hampir pkl 12. Perut dh mendidih lapar sbb hanya bfast kuew teow sup kat pasar tadi...mana ckup beb, brp jam kami round situ.

Balik terus siap2 nak pegi kenduri yg dkt kg dulu. Perut tgh lapar, makanan kat knduri pun semua sedap. Dari nasi, laksa, cendol....semua aku pulun. Kalau x ingtkan ada lg satu knduri lagi nak pi, nak jer aku tambah nasi lagi sepinggan...heheheeee.....
bersedia ke kenduri seterusnya
kami sedondon pink :)

kat jalan parit buntar tu ada satu kedai kepok
semua pun dari tganu....fresh and sgt sdp
kami selalu beli di sini...
blh la aku beli bwk balik mukah nanti :)
Hari Ahad aku pegi memancing lagi. Kali ni dpt x berapa byk, tapi masih berbaloi. Muka dah abis hitam sehitam-hitamnya. xtau la sempat ke tak nak normal sblm balik mg dpn. Kena la tepek krim tebal sikit nak pi keja nanti....huhuhhuuuu.....

Wednesday, December 30, 2015

muka sama

28/12/2015

Peristiwa berlaku di sebuah klinik di Bukit Tambun. Aku dan kinah bersama-sama masuk ke klinik. Kebetulan En. Doktor pun ada di kaunter masa tu. Mcm biasa aku terus bagi ic kat doktor. Doc tu tgk ic aku, then tgk kat aku, tgk pulak kat kinah....tgk aku dan kinah berulang kali. Then dia tanya...

"you..sal***?". 

"ya", bersungguh aku jawab.

Lepas jer semua procedure kat klinik tu selesai, masa sblm kluar dari bilik doctor, smpat la sembang2 dgn doc tadi. Dia tanya aku keja mana, yg mai dgn aku tu sapa.....dan mcm2 lagi. Masa bkk pintu nk kluar doctor tu follow skali.....sambil berkata :

"you dua org muka sgt serupa, saya pun confuse tadi. Make sure jgn pakai baju sama yer, susah mau beza."

dan doc tu tambah lagi "saiz pun sama pulak tu".

Ngeeeeeee........boleh pulak doctor tu komen mcm tu kat kami. Malu chek!

kami berdua mmg org slalu confuse. Nak kata muka sama sgt tu xla.....tp bg org yg 1st time jmpa akan rasa sama kot......

Monday, December 28, 2015

penang dis2015 - starwars

Salah satu mission balik cuti kali ni ialah nk tgk kesinambungan starwars. Sejak dok tgk gezek kat tv mmg x sabar2 dah tg masa balik nak serbu panggung wayang. Wpun kami pi weekdays, tp mmg fully booked panggung. Xder lagi seat yug best, so kami amik jer la couple seat...hahahaaaaa 
Semua yg duduk di barisan couple seat tu adalah pasangan2 muda yg hangat bercintan-cintun. Sedang asyik kami menonton, depa pulak dok buat wayang sesama sendiri. Pasangan lain ok lagi, tp kebetulan yg disebelah kami ni terlebih asmara agaknya. Aku buat2 x nampak, tp skali skala jeling2 jugak tgk scene apa yg depa tgh buat. Sabar jer la.....
aku x suka mkn popcorn lain
popcorn wayang jer aku rasa sdp
ke psycho je?????

Sementara tunggu wayang start kami ke popular dulu. Nak cari buku Ramli Awang Murshid yg baru. Wahhhhhh....tebal giler buku dia kali ni. Xtau la berapa lama pulak aku nak abiskan membacanya kali ni....huhuhuuuuu....
Hanna dan nasi kosong
dan ayam grg
esoknya plan nak tgk "Dilwale"....tp hanya ada tayangan di Queensbay saja. Area sini xdak :(

Thursday, May 21, 2015

Reading, Writing & Romance

Melayan hari cuti sepuas-puasnya. Hari ni ada cerita psl cikgu di channel 702. Sempena hari guru kot. Kalau sblm ni aku review psl filem "Teacher's diary". Tapi cerita kali ni mcm ada kena sikit dgn aku. Kena tang mana??? Haaaaaa....mcm mana aku terjerumus ke dalam profesion ni mmg sama dgn cerita ni :)

Struggling actor Wayne still needs financial help from his worried parents as major parts are hard to find. Father finally convinces him to make some use of his teaching degree and accept at least an interim as high-school English teacher, for which he proves more adequate then the present staff. When model student J.D. also makes his class's Shakesepeare project an exciting success, Wayne, who also has a budding affair with a helpful school colleague, is offered a dream part in a major commercial, so he must choose.

Yang atas tu sinopsis dari internet. Mai aku cerita sikit lagi dalam. Si hero ni pelakon teater yg dah x laku sgt. Berlakon iklan pun yg biasa2 saja, org pun x berapa nak kenal. Mula masuk jd cikgu high school sbg cikgu ganti sbb ada cikgu yg bersalin. Kiranya terpaksa la sbb dah xdak income lain yg masuk. Kena pulak ajar pasal Shakespear yg mmg sgt boring.....cerita sejarah la katakan. Tapi sbb dia ni pelakon teater, maka dia berjaya menarik minat pelajar untuk belajar. Siap buat lakonan lagi untuk scene2 dalam cerita2 Shakespears tu. So, mmg sgt menarik la kan. Nak tau lagi.....kna tgk sendiri la kot.
ada budak ponteng sekolah sbb nak amik ayong kat airport. Ada hati lg nak stay kat rmh atok...hahahaaa...kamu tu dah sekolah cik.hanna...dulu2 boleh la....

Wednesday, February 25, 2015

Teacher's Diary

Masa cuti CNY hari tu terlayan ler satu filem Thai...actually my laptop tinggal kat Mukah, so pnjm laptop adik. Dia suggest la satu cerita ni...tajuk dia "Teacher's Diary". tak pasti adakah motif dia suruh aku tgk citer tu sbb berkaitan dgn kerjaya aku ataupun sesaja.
Cerita ni mmg best, lebih kurang mcm "Laskar Pelangi" (ni cerita psl cikgu jgk, tp filem indon), tentang cikgu yg kena posting jauh ke pendalaman. Terus berjuang demi anak2 didik wpun bermacam-macam dugaan yg datang. Saat yg paling manis adalah apabila pelajar2 tersebut berjaya, satu kepuasan yg x dapat diungkap dgn kata2. ...kat bwh ni ada sikit sinopsis aku copy dr internet :

It follows the story of two lonely teachers, a male and a female. They were assigned at the same rural school but a year apart. The girl being assigned first, attempted to write her thoughts on a diary, being stuck out in boonies. One day she has to be transferred to another school and left the diary. The male teacher came by as a substitute and saw the diary, thus, falling in love with the unacquainted writer. He also wrote his thoughts on it. The guy also left and the lady returned and saw that there are added articles on the diary. She also fell in love with him but now having a hard time looking for the boy. Will the two ever meet?

link dari youtube :


Scene dalam citer ni pun sangat cantik.....berlatarbelakangkan lautan luas yang membiru airnya. Rumah2 terapung yg comel dan cute, sekolah tu pun dibina atas air jgk.... mmg sgt cantik lah. Tak percaya?? tgk ni...




 cantik kan...... :)

Tganu lagiiiiii

 aku amik cuti jumaat lepas gara2 nak pi support anak menakan masuk pertandingan peringkat kebangsaan. Maktok pun dh berbunyi nak pi tgk kat...