Showing posts with label Students. Show all posts
Showing posts with label Students. Show all posts

Monday, August 10, 2020

New norm in life

 Semua pun asyik cakap, discuss, posting benda yg sama......

- fizikal distancing

- facemask

- online class

- update cases everyday

- new norm....etc

for polytechnic, we have our very own procedures on teaching and learning, rules, ect....that are strictly applied for every students, staff, and lecturers included the visitors.

Officially, all the classes start today which for me its nothing to complaint esp on our sides coz everything is provided for us. From the laptop, internet, place, everything is ok i guess :) . 

Wednesday, January 25, 2017

Satu weekend di 2017

21/1/2017

Seawal pagi, dalam kehujanan yg kadan2 lebat kadang2 renyai, aku dgn Ernie semangat ke Pasar Oya. Xdak plan nak beli apa sgt pun, sekadar jenjalan berpayung dalam hujan, beli kepok lekor kegemaran, then terus ke kedai makan mee goreng udang kat Pekan Oya. Lama dah x mkn kat situ. Last time makan seingat aku mmg udang byk, besar2 dan harganya RM6 satu pinggan.
kepok lekor legen pasar oya
dulu, kini dan selamanya mmg sedap!!!

Sementara tunggu kedai mee udang bukak kami mkn dulu kepok lekor yg beli kat pasar tadi. Masa mkn tu ada la sekor kucing yg duduk melukut kat tepi meja. Terpaksa makan sama2. Menyesal pulak beli kepok tu 3 ringgit jer tadi. Lagi byk kucing tu mkn dari kami. Xper la...rezeki dia, lgpun dok pikir nak mkn mee grg lagi lps tu kan. OOppppsss.....nak cerita sebenarnya, mee grg tu dah naik harga. Rm10 sepinggan.......

Ernie kja masuk pkl 10 pagi hr ni. Balik tu sempat la lepak sekejap sebelum htr dia kat koop. Tinggal lah aku sorang2 kebosanan kat rmh. Siap maraton tgk movie smpai asar :) Berhenti t.hr utk masak n htr bekalan kat ernie jer. Aku masak pajeri nenas.
my lunch
nasi beras perang + pajeri nenas + ikan kukus goreng
bertambah jgk mkn nasik t.hr tu...huhuhuhuuuuuu
Lepas tu sambung balik. Marah si Hanan yg dtg htr laksa. Lama dia ketuk pintu baru aku bukak. X dgr maaaa.....aku kat bilik belakang, dengan sound movie yg agak kuat. Lega, xyah masak dah malam tu. Makan laksa.....sedapppppp.

22/1/2017

Hari Ahad yg sejuk.....lps subuh dua2 org tdo balik smpai pkl 9++. Skali skala bangun lambat. Bgn jer terus lapar. Siap2 mandi semua terus keluar cari makanan. Pegi pasar......ptg ni ada pot luck dan jemputan tahlil. Dua2 kena pi.
cempedak grg dibawa ke pot luck
durian grg kudapan kami petang tu sebelum ke mana2 jemputan
 Lepas beli2 barang tetiba ter survey basikal untuk si Ernie. dan terus jer ter beli tanpa sengaja. Paling best tokey tu boleh htr ke poli. Xyah la aku nak kena mencari geng2 Hilux utk tolong amik.
Hello......my name is Violet :)
loceng ni beli kat DIY
kami beli lampu jugak :)
 Kami mmg dah plan utk beli basikal tu. Bukan sebab aku malas nak htr or amik Ernie dari koop. Masalahnya bila dia keja shif petang. Balik pkl 10++ mlm. Ada skali tu smpai dkt 10.30 mlm baru balik. Aku ni mmg spesis penakut x kira masa. Nak kluar srg2 dari pintu rmh ke parking keta tu pun dah meremang bulu roma semua. Mcm2 dok terbayang. So, utk kemudahan kedua2 pihak, maka terbeli lah basikal ni :)

Thursday, December 15, 2016

Kenduri Hainah & Apis

23/10/2016
Dewan masjid Larkis, Sibu, Sarawak

Si Hainah ni aku ajar dia web programming. Cantik orgnya dan mmg byk cakap la. Student projek si ilham jgk dia tu. Dah lama x mkn kenduri org sarawak....x sabar nak ke sana sebenarnya. Seawal 7.30 pagi kami dah bertolak dari stesyen shell mukah.
muka senyum separuh
Masa kami sampai pengantin blm sampai lagi. Adat knduri di sini, tetamu tidak boleh makan selagi pengantin blm sampai (biasanya la). Kami mmg lapar sbb hanya bfast keropok saja masa dlm kereta tadi. Sabar jer tunggu dgn makanan terhidang depan mata.
meja kami
pelamin....dari tempat duduk kami
ni pun student aku jugak.....dari sabah dia trun ke sibu ni
student web dan juga budak projek aku
Lepas jer kenduri, bermula lah sesi merayau dan makan2 yg biasa2 kami buat bila berjalan2 ke mana2 sahaja.

Tuesday, October 11, 2016

Battle of the dance

8/10/2016 - Sabtu
8.30 mlm
DSG, PMU

Pertandingan menari antara blok2 di kamsis. Kategori lelaki dan wanita. Tema mlm tu ialah "Flashmob"

mc mlm tu
yg perempuan tu student sem 5 jtmk

aku jadi juri malam tu
mantap2 semua persembahan
rasa pekak sekejap telinga dgn jeritan depa 

Wednesday, August 17, 2016

My student :)

16/8/2016 - Selasa

Semalam buat latihan topik 3. Semua budak suka sbb x payah nak dgr aku membebel. Semangat jer bila suruh buat kat depan, sampai berebut-rebut. Yang x dapat tu redha jer. Ada jugak yg terpaksa redha sbb kena panggil nama lebih dari sekali. 
comei jer tulisan dia
mcm orgnya jugak
cantik sungguh budak ni lukis
aku x bagi depa padam sampai abis kelas :)
appreciate usaha dia kan....
dah knapa pulak sorang tu
elok2 jer menulis kat depan tetiba terpusing ke belakang
macam mana depa tau aku gemuk????

Tuesday, August 16, 2016

our weekend looks like

13 & 14 August 2016

Weekend yg di tunggu2. Plan asal pagi sabtu tu nak ke pasar sabtu oya, tapi malasnya ler nak bgn dari katil. Bangun utk solat subuh jer, then tdo balik. Lepas tu dlm 7.30 pg bgn lagi...basuh baju, sidai, kemas ruimah, sapu sampah, buat bfast, tgk tv and....ZZzzzzzzzz tdo lagi. Ada la dkt sejam jgk aku tdo lps tu. Bangun tu dah lapar balik, biasa la kan. Baru la masak, mandi semua dan lunch. Orang yg x tdo tu siap dah msk maggi sbb lapar.....sian dia. Sapa suruh x masak nasik...hahahahaaaa.

Lepas solat zohor, beramai2 satu kereta kami ke DIY yang baru jer bukak kat Mukah ni. Org lain dari hari pertama lagi dah serbu. Sebab busy dgn segala mcm benda, malam of coz dah terlalu penat, baru hari ni dapat berjalan ke sini. Aku beli vacuum kereta, chelva beli iron board yg besar gedabak (the next day dia bgtau dah iron baju separuh almari), fifa beli hanger, ilham dan chelva jgk beli surfing board untuk berenang tu......
Lepas asar kami keluar lagi utk dinner. Kali ni kami ulang tayang lagi asam pedas melaka di Restoran Tebingan Bakong Oya. Dah lama x pegi situ. Masih terasa-rasa asam pedas daging yg best tu. Mcm biasa, aku dgn ernie order set asam pedas daging. Air of cof kelapa muda, ernie coconut shake. Rasa masih sama, cuma kepekatan kuah asam pedas tu mmg dah kurang byk la. So, xder la pds menyengat mcm dulu dah. Anyway, tempat ni masih lagi menjadi antara tempat makan dan lepak yg best. Until the next time........Inshaallah.
kekenyangan sudah kami....
Malamnya pulak kami keluar lagi sebab ada karnival kat Mukah. Si Ernie nak sgt gi funfair. Lepas cari barang, kami terus ke sana. Orang mcm biasa la mmg ramai. Kami bernasib baik sbb dpt parking yg agak dkt dgn tapak funfair tu. Bersungguh ilham dgn ernie nak naik ferris wheel, tapi dah ramai sgt yg beratur. Kalau tunggu jgk mau dlm 2 jam baru dapat. Akhirnya kami hanya jalan2 tgk segala permainan yg ada. Dah abis terus balik.

Pagi Ahad.......berenang-renang di kingwood. Dah lama x bersenam dan berenang. Lenguh abis kaki tangan wpun baru start jer. Akhirnya kami lagi banyak berendam berbanding berenang. Main2, kacau2 org, kagum tgk org yg begitu pandai berenang :)
sesi bergambar dah di hujung2 berenang
kecut abih dah satu badan masa ni
lepas berenang semua kelaparan
masing2 meng order set roti naan di Nazia Khan
besar bapak roti naan nyer....x abis pun mkn
kari daging kat situ best tau :)
Kononnya lps bfast roti naan tu nak la jalan2 sambil beli barang. Tapi sbb kekenyangan yg melampau, mata pun dah layu sgt. Cancel semua beli barang terus balik rumah. Sampai rumah sempat salin baju jer, terus tertido semula sampai la azan pun z bangun2 jugak. 
late lunch
lepas solat terus masak daging goreng + lada hitam dan sayur air petola
sedap sgt makan, petola is 1 of my fav sayur
lepas mkn tu lagi sikit jer nak asar
lepas asar baru la keluar beli barang...heheheheeee......
gbr ni tiada kaitan dgn weekend
ada satu hari teringin nak mkn aiskrim
kami beli perisa yg berbeza utk test mana yg best
for us.....Taylor Swift is the WINNER

Tuesday, August 9, 2016

Majlis Ramah Tamah jtmk 2016

297/2016 - Jumaat

Mcm tahun2 lepas jugak, majlis ramah-tamah peringkat jabatan dibuat mengikut kelas. Setiap kelas dapat budget sebanyak rm100 dari Kelab IT. Kalau lebih kena top up sendiri budget tu. Menu terpulang kepada kelas itu sendiri. Kelas kami decide utk buat desert seperti puding, agar-agar dan kek. Sejak petang Khamis lagi busy membeli barang. Menjelajah dari satu kedai ke kedai yg lain mencari-cari barang yg x semuanya ada di satu tempat saja. Memang sangat penat la ptg tu.

Malamnya beberapa org anak PA berkampung di rumah untuk memasak segala menu yg telah dirancang :

1. Kek Lapis
2. Puding oreo
3. Agar-agar koktel
4. Agar-agar milo
5. Kek coklat

Paling lama untuk dimasak adalah kek lapis. Oleh sebab oven kat rmh aku tu kecik saja, adunan kek tu terpaksa dibahagi 2. Sampai pkl 7 pagi depa membakarnya. Aku yg bangun utk subuh terkejut bila dgr dentingan oven. Ingatkan semua dah tdo....rupa2nya tgl sorang yg menjaga pembakaran kek. Yang lain2nya masing2 bergelimpangan di ruang tamu :)
puding dan agar2 menunggu sejuk utk dimasukkan ke dalam peti
our booth.....baru dok memotong-motong nampaknya
sebahagian drp anak2 dara ku
melaram sakan depa......as always
ada beberapa lecturer yg tiada di dalam gambar
Kiki yg comel
x kisah pun bila dipakaikan segala perhiasan
eh...azam????
malu2...tapi mau jgk bergambar
sementara menunggu untuk makan....kita selpie dulu
kembangggggg hidung dia...hahahahaaaaaa

antara menu di meja pensyarah
kuih bongkol nang wajib every occasion
mehou jinih :)
dari sudut pandangan i-phone 6 :)
ko dah knapa..... ?
Banyak sungguh makanan hari tu. Setiap booth sedia makanan yg sedap2 belaka. Disebabkan aku yg ulser x baik2 lagi, maka makannya pun terpaksa dipilih. Yg lembut2 dan bukan manis antara pilihan utama. Geram rasa x blh nak mkn bersungguh.

Wednesday, August 3, 2016

Miri 2016 - makan makan

Asal gi jenjalan benda paling utama adalah MAKAN. Pegi la mana2 pun, yg 1st dicari adalah tempat2 makan paling best. Siap Google n tanya sesiapa yg pernah pi lagi. Antara tempat2 makan yg sempat kami rasa di Miri dlm masa yg sgt terhad.......

1. Tandoori Corner
2. Muara Restoran
Muara Restoran ni terkenal dgn Nasi Lalapan yg pelbagai jenis. Kami try 2 jenis saja. Aku amik Set Lalapan Keli, depa yg lain tiga3 amik Set Lalapan Ayam. The best part bagi aku ialah sambal dia. Memang sgt sedap, pedas, masam2 manis yg menyengat seluruh deria rasa. Aku sorang jer x cukup sambal tu. Siap amik si Fifah punya....best oooooo....
Aku sorang jer amik set lalapan ikan keli
sedap!

Itu jer la yg kami sempat makan di Miri dalam masa x sampai pun 2 hari tu. 1st day sampai kitaorg mkn kat Marry Brown jer. Semua pun dah lapar sgt, malam pulak tu. Malas nak jalan2 cari makan dah. Pegi jer Bintang Mall dan makan jer kat mana2 tempat yg jumpa dulu....

Thursday, July 21, 2016

Syawal 2016 - puasa 6

Ada sorang tanya saya mcm ni :

"Posa 6 tu apa ya? Posa yg mcm mana?"

Aku dengan skemanya menjawab :

"Puasa sunat di bulan syawal selama 6 hari......kanapa tny? mmg x tahu ke?"

Dia jawab, "saya keliru....ingatkan puasa 6 tu puasa sunat pada 6 syawal...."

Sabar jer la aku. Ko ni betul2 x tahu or saja nak uji saya ni.......ter "confuse" aku seketika.
Salah satu menu berbuka puasa 6
sambal bilis, ikan bawal grg, papadom, jemput2 ikan bilis + sosej, bihun grg lebih sahur
sedap kami berbuka hari tu.......tergolek kekenyangan lps mkn :)

Tuesday, June 21, 2016

Bermula nya semester Jun 2016

20/6/2016 - Isnin

Secara official nya sesi Jun 2016 bermula hari ni. Sem ni aku mengajar 4 kursus dan 5 kelas. Satu kelas tu akan di take over bila pensyarahnya cuti bersalin. Kalau tgk jadual mmg sgt penuh la.
my jadual waktu for this semester
yg tulis tgn tu subjek baru ditambah sbb ada budak carry
Wpun hari2 ada kelas pagi petang tapi yg best JUMAAT XDER KELAS
boleh reserve utk buat kelas ganti...... :)
Pagi2 lagi kelam-kabut bt preparation utk kelas pertama 8.30 pagi. Abis jer kelas sambil2 jugak buat FRP, print mana2 yg rasa dah ok, edit mana2 yg rasa perlu. Masa tu jgk la nk kna handle student2 yg daftar lambat, kena jgk layan mentee yg carry module di sana sini. Ermmmmm....mmg penat la hari ni. Baru jer nak panas enjin, terbakar terus nampaknya ni.

Selamat Mengajar Semua.......semoga pNp sem ni lebih baik dari yg sebelumnya, Amin.

Friday, June 17, 2016

Ramadhan 2016 - panggilan selepas terawih

15/6/2016

Lepas bukak posa tu ada sorang mentee msg, mintak tolong nak amik brg yg dia simpan di rumah aku nak htr ke rumah sewa dia kat Mukah. Aku pun ok la, tp lepas terawih la sbb mana smpat nak amik lepas maghrib tu. Abis terawih pkl 9.15++ aku terus msg depa. Sbb mlm maka berduaan dgn ernie aku ke sana. Amik depa 3 org, patah balik semula ke poli utk amik brg2. Bersungguh depa nak bwk 3 luggage besar naik montel. Bonet muat satu beg saja. Bersila depa di blkg dengan 2 bijik beg besar...hahahaaaaa....nak sgt kannnn. Lepas sgh beli mknn terus jer htr depa balik, dan kami pun balik. Di awangan jer aku bwk keta sbb dah ngantuk sangat. Tot, tet, tot, tet, 12.30++ jgk kami tdo smlm.......sekian...coretan Ramadhan smlm :)

Tuesday, April 26, 2016

Cerita Hari Ahad mg Ini

Hari Ahad bangun awal. Hari ni nak htr ernie balik kampung dia dah. Tak tau la lps ni bila dia nak mai lagi. Mentee dari Sabahan mintak tlg tgk kan rumah yg depa nak sewa sem depan. Lepas jer bfast n isi minyak montel terus pegi cari rumah sewa tu. Berpusing-pusing byk kali jugak sebelum jumpa rumah sebenar.....sampai ada org tu menangis la bila aku yg mmg jenis tak sabar ni tinggikan suara...heheheeee...sorry yer, sy mmg mcm ni kan :)
rumah tu kaler pepel....ada 3 bilik
besar rumahnya....fully furnished
rumah bersebelahan dengan dewan
ptg2 mmg ramai la yg main kat situ
jalan di hadapan rumah
kejiranan berdekatan
nak jgk kita amik gbq dia...layankan jer la.....
Sblm balik tu masing2 tapau mknn. Ernie tapau kfc, aku tapau laksa penang K.Pah. Sampai rmh mmg dah lapar. Roti canai x dpt bertahan lama. Bersungguh kami berdua makan hasil tapau masing2.

Tadi kat pasar ada beli pisang muda. Dah lama tgk resepi ni kat FB. Ernie kata dia pndai buat, so aku mntak tlg dia yg leperkan pisang tu. Aku tlg goreng (mengikut arahan si ernie jgk). Sambal belacan pun aku yg buat. Mak aiii...pedas nak mati! Last2 mmg sgt x tahan, aku cecah jer dgn gula..hahahaa.


Bahan-bahan
  • Pisang muda (terpulang nak banyak mana)
Cara-cara
  1. Kopek kulit pisang muda.
  2. Goreng bulat2 semua pisang sekejap.
  3. Ambil hulu lesung batu dan penyek2 kan pisang hingga leper
  4. Goreng semula sehingga agak kekuningan. Angkat dan hidang bersama sambal belacan.
Sambal belacan
  • cili padi
  • 1 biji tomato
  • 1 biji limau kasturi
  • belacan
  • garam 
  • gula
Cara-cara
  1. Tumbuk cili padi bersama garam dan belacan.
  2. Masukkan tomato yang telah dihiris2.
  3. Masukkan gula dan juga perahkan limau kasturi.siap..
Ambik resepi kat blog ni
Petangnya dlm pkl 3 baru bergerak ke Dalat.... bersiar-siar kami di Dalat dengan Bot yg dipandu si ernie. Dalam panas2 pulak tu....abis burn muka ku....waaaaa.....

Tganu lagiiiiii

 aku amik cuti jumaat lepas gara2 nak pi support anak menakan masuk pertandingan peringkat kebangsaan. Maktok pun dh berbunyi nak pi tgk kat...