Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Friday, September 5, 2014

Cerita Merdeka 2014 - kisah dan tauladan

1st time balik dari Sibu ke KL flight malam.
1st time jugak stay di airport semalaman sbb flight ke Penang pagi.
rasa macam mereng sekejap sbb x tdr mlm sementara tunggu flight pagi wpun ada tempat tdo kat situ.
dan 1st time jgk mkn sandwic + teh o panas = RM20+++
waaaaa.....mahalnyer.....nyesal pun ada...gara2 nak buang2 masa akhirnya aku membuang duit juga!
Pengajaran, lain kali tgk dulu harga baru beli yer :(

kisah 1
Berlaku di waktu subuh sebelum boarding flight pagi ke Penang.
Semua pun berasak-asak utk solat subuh dalam surau yg x berapa nak besar.
Aku malas nak berebut-rebut, hanya berdiri menunggu giliran untuk mengambil telekung dan tempat.
Dalam hati berfikir,"flight aku sejam lebih lagi, xper la bg depa solat dulu".
Kemudian masuk lagi sorang yg aku rasa umurnya baru awal 20-an, aku memandang dan hanya tersenyum kepadanya yg juga tercari-cari ruang utk solat.
Aku memberi ruang untuknya berdiri menunggu di sebelah aku (wpun aku terus terhimpit ke dinding).
Selesai geng pertama solat, semua pun masih jgk berebut2 tempat dan telekung.
AKu cuma memerhati dgn malas.....masih lagi berkira2 utk solat selepas geng ke-2 pula.
tiba-tiba terasa seperti diperhatikan, aku mengangkat kepala....rupa2nya si adik yg berdiri di sebelah tadi melambai sambil menunjukkan telekung di tangan. Ya Allah, rupa2nya dia tlg ambil satu telekung utk aku dan simpan ruang utk aku solat di sebelah dia. Aku terus melangkah dan mengambil telekung tersebut dgn rasa yg amat terharu.....dlm hati terfikir...baiknya adik ni, aku cuma senyum jer pun kat dia tadi, tu pun senyuman + mengantuk.....x sangka pulak dapat balasan mcm tu...terima kasih dik...x sempat nak berkenalan lebih lanjut......tiba2 teringat satu cerita tentang "The Power of Sedekah"

Kisah 2
Berlaku keesokan harinya di sebuah kenduri kawin sepupu.
makanan semua sedap...tapi aku paling berahi dgn cendol, sampai bangun utk ambik kali ke-2.
Masa tu org tgh ramai berkerumun utk ambil cendol.
DI bahagian depan penuh dgn budak2 yg aku rasa baru sek.rendah.
kami2 yg veteran ni kat belakang...
dalam dok menunggu tu terpandang kat sorang pakcik tua yg terketar2 memisahkan sudu plastik yg disediakan utk mkn cendol tu....aku mmg cepat rasa kesian...rasa sayu jer tgk dia yg begitu bersusah payah memisahkan sudu dan terpaksa pulak menunggu turn dalam keadaan panas yg membahang.
malas nak layan rasa syahdu lama2, mata terus beralih kat org yg mengagihkan cendol tersebut.
semua org pun aku tgk mmg akan ambil 2 mangkuk sekaligus....aku pun sama jgk, satu utk aku, satu utk emak.....masa tgh tgk tu, sorang drp budak2 tu tgh tunggu cendolnya yg ke-2. dapat jer cendol tu, dia terus beralih ke belakang. AKu ingtkan dia nak terus pergi....tapi dia terus menghampiri pakcik yg di sebelah aku tadi sambil berkata "Pakcik ambik la cendol ni", dan dia terus berlalu dgn semangkuk cendol shj. maknanya dia menunggu cendol yg ke-2 hanya utk diberi kpd pakcik tersebut!....Subhanallah, baiknya akhlak budak tu...anak sapa lah yer?? AKu cuma rasa kasihan saja dalam hati, tapi budak tu terus bertindak dgn sewajarnya.....semoga Allah merahmati budak itu sehingga ke akhirnya...Amin.

Kesimpulannya, kadang2 kita tak sedar....sebenarnya banyak pengajaran yg Tuhan berikan dlm kehidupan seharian. Cuma kita perlu melihatnya dengan mata hati, menilai dengan akal dan fikiran. Aku pun selalu jugak lalai, lumrah manusia mudah lupa....so sama2 lah kita mengingati sesama kita. Wallahualam.

Saturday, June 28, 2014

Salam Ramadhan

Assalamualaikum semua.....

Ramadhan tiba lagi
Di sini saya ingin menyusun jari memohon maaf di atas....


  • Kata-kata yang terlanjur
  • Janji yang terabai
  • Hati yang berprasangka
  • Semua sikap yang menyakitkan
Ampunkan segala kekhilafan selama ini...

Moga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna untuk kita semua.

Selamat Berpuasa :)

Monday, October 14, 2013

Solat Sunat Aidil Adha

Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha dua rakaat adalah sunat muaakkad, yang dilakukan pada waktu pagi 10 Zulhijah. Ia merupakan penghormatan dan kesyukuran kepada umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji di Tanah Suci Makkah. Solat Sunat Aidil Adha (Hari Raya Korban) digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan haiwan koban.

 A.  Cara Melaksanakan Solat Aidil Adha

1.  Niat:

اُصَلِّىْ سُنَّةَ عَيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ (إِمَامًا / مَأْمُوْمًا) لِلَّهِ تَعَالَى

Daku bersolat sunat Aidil Adha, dua raka’at (imam / makmum) kerana Allah Ta’ala.
.

2.  Pada rakaat pertama:

   a.  Selepas mengucapkan lafaz Takbiratul-ihram dan membaca doa Iftitah, bertakbirlah (اَلله ُ اَكْبَرُ) sebanyak 7 X dan diselangi bacaan Tasbih:

سُبْحَانَ اللهِ  وَالْحَمْدُ لِلَّهِ  وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ  وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ

Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.
.
b.    Setelah bertakbir dan bacaan tasbih ke-tujuh, bacalah surah al-Fatihah dan surah al-Qaf atau al-A’laa atau Al-Khafiruun.
.
c.      Lakukan rukun seterusnya seperti solat biasa.
.
.
3.  Rakaat ke-dua:
a.     Bangun dari sujud, bertakbir (اَلله ُ اَكْبَرُ) sebanyak 5 X, diselangi lagi tasbih seperti rakaat pertama.

سُبْحَانَ اللهِ  وَالْحَمْدُ لِلَّهِ  وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ  وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ

Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.
.
b.    Membaca Al-Fatihah dan Al-Ghaasyiyah atau Al-Ikhlas.
.
c.     Teruskan sebagaimana solat yang lain sehingga selesai salam ke-dua.

KHUTBAH AIDILADHA

Khatib membacakan dua Khutbah Hari Raya Korban selepas solat Aidiladha yang mengandungi pengertian sambutan Aidiladha, pengajaran penyembelihan korban dan ibadat Haji.
Khutbah pertama didahului dengan 9 kali takbir ( اَلله ُ اَكْبَرُ )  manakala pada permulaan khutbah ke-dua 7 kali takbir dan pada kedua-dua takbir itu diikuti dengan bacaan:

لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَالله ُ أَكْبَرُ، اَلله ُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala kepujian.

TAKBIR

Suasana hari Tasyrik bersamaan Hari Raya Korban ini hendaklah dihiasi dengan takbir, tasbih, tahlil, tahmid, beristighfar dan perbanyakkan membaca al-Quran serta memperhatikan maknanya, terutama selepas setiap solat fardu.
Takbir adalah slogan seluruh umat Islam. Umat Islam boleh bersatu jika mereka benar-benar mengamalkan apa yang terkandung dalam takbir ini. Mereka disatukan oleh kalimah tauhid. Dengan takbir (Allahuakbar), dapat membina keagungan dan kehidupan. Slogan ‘Allahuakbar’. turut dapat menakutkan musuh dan kaum Muslimin telah mencapai kemenangan dalam peperangan Badar.

Ketika mula menyembelih binatang atau berkorban disunat mengucapkan juga ‘Allahuakbar’.
Pada Hari Raya Haji terutamanya disunatkan bertakbir setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh pada Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada 13 Zulhijjah.

Takbir Raya

 اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ 

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ   




Allah Maha Besar sebenar-benar agung, segala pujian bagi Allah. Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan yang disembah melain-kan Allah. Dan kami tidak menyembah melainkan kepada-Nya dengan ikhlas hati. Baginya agama walaupun dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa. Ia membenarkan janji-Nya, membantu hamba-Nya, memuliakan tentera-Nya dan Dia sendiri menewaskan pakatan musuh.
.
Banyakkan membaca doa Nabi Yunus:

لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِيْنَ

Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.

Adab Solat Sunat Hari Raya

1.  Pada Aidil Adha, disunatkan tidak makan terlebih dahulu sampai selesai Solat Aidil Adha.
2. Pada Hari Raya Aidil Adha, boleh dikumandangkan takbir  sejak Subuh hari Arafah (9 Dzul Hijjah ) hingga akhir hari Tasyriq ( 13 Dzulhijjah ).
3.  Makmum yang ‘masbuq’ harus menyempurnakan sendiri solatnya sesuai sifat Solat Hari Raya itu. Iaitu bagi mereka yang terlambat tiba di tempat solat dan mendapati jemaah sedang solat, ia jangan pulang pula, tetapi bergabunglah dan ikutilah, kemudian tambahilah sebanyak rakaat yang tertinggal.
4.  Apabila mereka mendapati jemaah telah selesai solat, maka kerjakanlah Solat Hari Raya Aidil Adha sebanyak dua rakaat; jangan ragu, jangan malu dan kerjakanlah hingga selesai.  Bila selesai Solat Hari Raya Aidil Adha, duduklah dan dengarlah khutbah dengan khusyuk.
5. Disunatkan mendengar khutbah dengan penuh minat dan jangan meninggalkan lapangan masjid sebelum khatib turun dari mimbar, kecuali kerana hal-hal yang sangat memaksa.
6.  Bagi kaum wanita yang dalam keadaan haid, mereka dianjurkan ikut ke lapangan, ambil tempat di bagian pinggir, lalu mendengar khutbah Aidil Adha, demi syiarnya Islam.
7.   Bila hari raya bertepatan dengan hari Jumaat, kewajipan solat Jumaat gugur bagi yang telah Solat Hari Raya sehingga cukup mendirikan Solat Zuhur sahaja.
8.  Adapun imam dan orang yang tidak Solat Hari Raya diharuskan solat Jumaat.

HIKMAH AIDILADHA

  1. Hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan.
  2. Meninggalkan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah seperti maksiat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya.
  sumber : http://shafiqolbu.wordpress.com/

Tganu lagiiiiii

 aku amik cuti jumaat lepas gara2 nak pi support anak menakan masuk pertandingan peringkat kebangsaan. Maktok pun dh berbunyi nak pi tgk kat...