Showing posts with label Al-Fatihah. Show all posts
Showing posts with label Al-Fatihah. Show all posts

Friday, January 13, 2017

Selamat Tahun Baru 2017

31/12/2016 - Ahad

Rasanya ini kali pertama aku x balik sempena tahun baru. Tak sempat nak kumpul fulus sebab baru jer balik bulan November lalu. So, kita kumpul duit utk balik Chinese New Year nanti yer. Mood kerja masih belum datang2 wpun dah beberapa hari balik dari Kuching hari tu. Pegi opis pun xdak semangat, dengan opis yg x berapa nak ramai, lagi la rasa sunyi.

Malamnya aku, Sya dan Iqa ke Dewan Suarah Mukah meraikan tahun baru bersama-sama masyarakat di sini. Ada persembahan nyanyian oleh "Mukah Buskers" dan juga bergendang oleh dua anak dara jelita :) Bersungguh Yb yang datang berdansa sambil berpantun dgn depa. Usik mengusik smpai berjam lamanya. Ada juga cabutan bertuah. Tapi biasalah, aku mmg sokmo x bertuah. Si Iqa tu dpt jugak satu hamper besar.

Permulaan tahun baru yg biasa2 jer. Azam baru??? Selagi aku kat sini, azam aku mmg nak pindah ke Penang setiap tahun. Tak jemu menadah tangan meminta, merayu, bersabar menunggu doa diperkenankan oleh Yang Maha Esa. Inshaallah, suatu hari nanti.......
3/1/2017 - Selasa

Permulaan hari kerja di tahun 2017 dikejutkan dengan pemergian seorang staf pmu yg dikasihi. Seawal 3++ pagi menerima msg dari group, semua berdoa semoga berlaku "miracle". Aku pun dah x blh nak tdo lepas baca msg tu. Tapi......perancangan Allah tiada siapa hambaNya yang mengetahui. Hanya mampu menahan sendu tatkala berita pemergiannya disahkan oleh si adik, yang juga satu opis dengan kami. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman.....Amin. Kepada keluarga arwah, kami doakan semoga tabah dan sabar menghadapi dugaan ini. Sesungguhnya kami juga sgt terasa kehilangannya :(

11/1/2017

Belum lg hilang kesedihan dengan kehilangan sahabat di pmu, hari ini kami dikejutkan lagi dgn berita kematian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan bin Satem. Mcm tak percaya......baru jer tak smpai 3 tahun berada di bawah pemerintahan Allahyarham....Innalillahiwainnailaihiraajiun. Kepergiannya ditangisi semua golongan esp rakyat sarawak. Kami yg sudah berada di sini hampir 5 tahun, juga begitu terasa, apatah lagi rakyat2 sarawak. Hilangnya seorang pemimpin yang begitu dekat dgn rakyatnya, teguh membela nasib orang2 di bawah pemerintahannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.....Amin.

Permulaan tahun baru 2017 yg begitu berwarna-warni. Kejutan demi kejutan yang membawa berbagai rasa. Alhamdulillah, aku masih punya perasaan walaupun tidak sedalam dulu lagi. Doaku semoga aku masih kuat bertahan emosi dan fizikal selagi masih diperlukan di bumi borneo ini.

Monday, May 19, 2014

Pergilah sayang...

16 mei 2014
Hari ni hari guru
biasanya beliau merupakan antara org terawal yg akan wish "Selamat hari Guru Cik...."
tapi tahun ni sudah x sama lagi
tiada lagi juga utk tahun2 yg akan datang....selamanya sudah tidak ada :(

Di hari Jumaat yg mulia, beliau telah kembali kepada Yg Maha Pencipta
Pergi yg xkan kembali lagi..... :(
Sungguh aku sangat terkejut dgn berita itu
walau pun dari awal aku sudah bersedia..
ayaq mata turun x blh berenti
terus call k.ct.....terpaksa la hamba Allah tu dengaq aku menangis..
Ya Allah, shida dah xder....Innalillah...
aku tau dia sakit masa mula2 kena pindah ke mukah dulu
walaupun sakit, masih mampu memujuk aku yg tengah sedih
x pernah mengeluh pun
sentiasa memberi semangat dan perangsang
tak pernah putus bertanya khabar
selalu ingat tarikh2 penting cik dia ni
sentiasa ketawa bila telefon wpun masa tu ada kat wad
shida....saya sgt rindu kamu yg dulu..
Tapi.... Allah lebih sayangkan kamu
Saya redha.... smoga syurga tempatmu sayang...Amin.
senyuman di hari bahagianya....semoga suami dan keluarga kamu tabah.
shida mmg seorang yg sangat baik
sentiasa ada bila2 masa kita perlukan dia
sanggup dtg rmh malam2 bila kita call mintk teman
sanggup dtg tlg masak bila kita teringin nk mkn sesuatu
sentiasa memujuk cik dia yg mmg cepat panas ni

ayat yg selalu dia bagi
"sabaq cik...."
"xper cik, shida ada..."
"xper cik, shida blh tolong"
"sabaq cik..biaq org buat kita, jgn kita buat org"

Dan banyak lagi la benda2 yg dia ckp, semua yg baik2 belaka
bagus kan budak ni???
sejuknya hati seorang guru dapat student mcm ni
Bak kata seorang kawan
orang yg baik2 ni Tuhan sayang
sebab tu Dia ambik cepat :)

masih ingat lagi satu malam di polimas
masa tu si adik demam panas...smpai meracau-racau, si kakak blurr xtau nak buat apa
terus jer shida datang rumah bila dibagi tahu
hampir semalaman dia menjaga si adik smpai la panas dah turun
sanggup teman ke klinik malam2, mandikan si adik malam2...
sampai aku terpikir.....sapa yg student, sapa yg cikgu ni???
hahahaaaa....mmg lawak masa tu..aku mmg cepat panik.

Lepas ni saya xmo sedih2 lagi
kenangan kita bersama akan tersemat smpai bila2...
Al-Fatihah.

Wednesday, June 26, 2013

Al-Fatihah....

24/6/2013, 1.10 t.hari..

perginya seorang lagi bapa sedara sebelah mak ke rahmatullah...pergi yg xkan kembali lagi..:(
pagi tu dah dpt panggilan dr adik aku mengatakan yang pakndak dah tenat, bercakap pun dah x blh, hanya menggunakan isyarat tangan dan mata sahaja. adik beradik semua dah disebarkan beritanya...lps dpt panggilan tu aku mmg dah x sedap hati. rasa dan2 tu jgk nak terbang balik kg....teringat2 lagi sembang dgn pakndak seminggu sblm aku balik ke cni....arwah mmg dah lama x brp sihat, dgn diabetes dan darah tinggi yg kadang2 naik, kadang2 turun, tp masih lagi boleh bwk motor ke masjid sendiri..masih blh dtg ke rmh adik beradik lain dgn motor dia tu lah... :)
smlm tel mak, mak kata arwah tiba2 jer tenat, padahal sebelum tu ok saja...yer la kan, semuanya kuasa Allah..mana kita nak tahu bila Dia nak ambik nyawa kita....arwah pakndak mmg seorang yg sgt baik...selalu bantu adik beradik, anak2 sedara...dgn keluarga kami x pyh ckp la..apa jer hal yg jadi, mmg sampai la dpn pintu rmh (sama mcm arwah paklong dulu)...
semoga arwah pakndak aman di sana...bersama orang2 yang beriman....Amin.

Tganu lagiiiiii

 aku amik cuti jumaat lepas gara2 nak pi support anak menakan masuk pertandingan peringkat kebangsaan. Maktok pun dh berbunyi nak pi tgk kat...