Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts

Tuesday, April 11, 2017

Dont judge a book by its cover


An old lady handed her cheque to a bank teller and said, 
“I would like to withdraw ₹500..”

The female teller told her, “For withdrawals less than ₹5,000, please use the ATM”.

The old lady then asked, “Why?” The teller irritably told her, “These are rules. Please leave if there is no other matter. There is a queue behind you.” She then returned the card to the old lady.

The old lady remained silent. But she returned the cheque to the teller and said, “Please help me withdraw all the money I have.”

The teller was astonished when she checked the account balance. She nodded her head, leaned down and said to the old lady, “My apologies Granny, you have ₹3.5 billion in your account and our bank does not have so much cash currently. Could you make an appointment and come again tomorrow?"

The old lady then asked, “How much am I able to withdraw now?”

The teller told her, “Any amount up to ₹300,000.”

The old lady then told the teller that she wanted to withdraw ₹300,000 from her account. The teller did so quickly and handed it to the old lady respectfully. The old lady kept ₹500 in her bag and asked the teller to deposit the balance of ₹299,500 back into her account.  The teller was dumbfounded.

The moral of this story is that rules are inflexible but we humans can be flexible when the situation requires us to be. We should not treat people based on their looks or how they are dressed. Rather, we should treat everyone with respect. And ... never be too quick to judge a book by its cover 

Tuesday, August 9, 2016

Montel bengkak kaki

Bulan ni kenaikan gaji dua kali......xder tunggakan sbb kenaikan bkn lagi bulan Januari. (Ayat sedih....sbb sblm ni dapat kan). Dan, bulan ni jugak la ujian dtg bertimpa2.

Mula2 lens cermin mata kena ganti sbb kenaikan paras silau.

Then charger laptop pulak yg mmg dah lama buat hal, lately asyik x berfungsi saja.

Beberapa hari lalu nak kemas rumah, vacuum pulak rosak.

Dan kemudian montel pulak yg sakit....kna tukar tayar dan break pad.

Wahhhh....ini sudah lebih...hancur berkecai semua impian aku dgn kenaikan gaji bulan ni. Semua terpaksa di hold dahulu ntah sampai bila. Semua benda di atas telah diganti baru kecuali vacuum yg aku rasa kurang penting berbanding yg lain-lain. Bersungguh la menyapu segala sampah, rambut dan habuk setiap hari :(
tq azuwan sbb suggest bengkel ni
service mmg tip top
harga pun boleh tahan murah compare dgn bengkel yg slalu pergi tu
Bila pikir2 belanjawan bln ni rasa mcm x cukup jer. Tapi bila dibawak2 bertenang, settle satu2, inshaallah....masih boleh bertahan smpai hjg bulan. Dalam hati berdebar-debar......apa pulak nak rosak lepas ni???Heheheheeeee......jahat sungguh syaitan ni dok mengacau aku!

Satu hari tu ter browse la kat fb ada sorang hamba Allah share ayat2 muhasabah diri kat picture di bawah ni. Terkedu seketika, mula menilai balik kerja2 yg dah dibuat. Cuba2 selaraskan dgn gaji yg diterima setiap hujung bulan. 
kadang2 rasa mcm kerja kita lagi byk jer drp org lain
selalu jgk rasa mcm org sengaja buli kita dgn bagi byk keja
kadang2 rasa mcm kita teraniaya
tapi...mungkin Allah nak rezeki kita berkat dgn cara tu
Rahsia Allah....tiada siapa tahu
sabar jer la......
Xper la kan.....yg penting kna pujuk hati untuk redha (susah tau nak dpt redha tu). Dok kira2 sgt, cukup jer pun. Makan smpai berlebih2, x berkurang lemak aku wpun di bulan puasa. Bersantai, ber spa bagai boleh ajer...so, Alhamdulillah dgn rezeki yg ada. Semoga semuanya berkat...Aminnnn.

Tuesday, March 15, 2016

Lari Sekejap

12 & 13 Mac 2016

Minggu yg serabut...masing2 dengan masalah tersendiri, yg utamanya adalah isu sampai bila kami di sini. Sampai bila lagi kami perlu bertahan, lelah sudah dgn usaha menguatkan diri dari segi fizikal dan emosi. Hanya redha dgn ujian Yang Maha Kuasa wpun rasa ditindas sewenang-wenangnya.

Minggu lepas rumah sorang kawan di sini dimasuki ular...bukan kes baru di sini, tapi bila org terdekat yg kena, tempiasnya kepada kami sgtlah besar. Di saat si kawan menelefon bgtau, kita di sini dah laju air mata...xtau la sebab takut or sebab terkejut. Yang pasti, air mata kami di sini mmg sgt murah...mudah jer keluar bila2 masa saja. Agaknya sebab tu la rayuan kami2 ni tidak diendahkan wpun dah cukup masa kami di sini......
1st xtvt bila sampai di Sibu
Layan bowling.....sikit kan score kami org..
masing2 mcm xder mood jer nak baling bola
1st time jugak bergambar dgn swan...
Mercu tanda Bandar Sibu
malam hari melayan sate di Kg. bandung
sate sedap, yg lain hancus!

Bak kata si ilham, trip kami ke Sibu kali ni mmg sgt berbaloi. Banyak tempat kami sempat pergi. Tak pernah kami cover sebanyak ini kalau turun Sibu. Kami bermalam di rmh cousin ilham...seorang cikgu di sana. Dia pun dah 5 tahun berkhidmat di Borneo ni.

Tadi dpt msg borang tukar utk sem ni dah keluar. Perasaan bercampur2 datang kembali. Perkara rutin setiap semester, seringkali mengharapkan yang +ve. Semoga kali ni berjaya hendaknya. Dalam beberapa org yg response, ada sorg yg membuatkan hatiku cukup terbakar....

"Balik buat apa, duduk sana lagi baik."

Adakah kamu langsung tidak punya perasaan?? Sebab kamu memang tak rasa kan...Rasa nak bunuh org jer bila baca msg tu! Nak bunuh slow2.....biaq dia rasa kesakitan tu sampai ke akhirnya....Gerammmm!!!!

Wednesday, March 9, 2016

Gerhana 9 Mac 2016

9/3/2016 - Rabu
Politeknik Mukah Sarawak

Seawal 8.00 pagi, Surau Ibadurrahman PMU bergema dgn solat sunat gerhana. Aku dgn chelva tgh bfast kat kantin masa tu. Lps bfast try tgk melalui tinted kereta. Sempat la nampak sekejap bulan sabit nya tu. Lepas tu dua2 org berpinar pandangan mata. Benda2 yg kecik semua nampak lebih dari satu.


we are not the only group yg tgk melalui tinted kereta :)
picture hasil sharing one of mehou jinih jtmk
video kat bawah ni aku ambik dari dalam kereta jugak. Tapi masa ni dah cerah. Terik sgt pancaran matahari masa ni. Sebab tu la mata kami dua blurr sekejap.

hasil sharing dari seorang jemelai gap menggunakan hp canggihnya
hasil sharing dari seorang jemelai gap juga menggunakan dslr.
Pertama kali aku rasa fenomena gerhana mcm ni. Hari sgt redup seakan-akan sudah nak malam. Terasa kiamat semakin dekat. Takut dan berdebar-debar.....

Wednesday, December 16, 2015

Beku

"Frozen"

Topic panas minggu ni......wpun tajuk begitu cool, tapi hati begitu panas!
setiap kali pun nak buat benda yg sama. Tak boleh ke menyenangkan hidup sesama manusia. Apasal suka menyusahkan org lain? x takut Allah ke....hissshhhhh...geram sgt nih!!!!

Tuesday, August 25, 2015

Alahai pakcik teksi.....

Kali ni meeting di politeknik Nilai. Mcm biasa, seawal 6.30 pagi driver poli dh tercatuk tunggu dpn blok. On time sungguh depa, ngam2 jer bukak pintu rmh dah dgr bunyi enjin hilux. Kami berempat ke airport pagi ni, termasuk abg driver. Semua pun flight AA pkl 10.20 am. Suka sgt bila boarding jer terus tertumpu kat pramugara2 hensem AA. Boleh la menjamu mata sepanjang perjalanan nanti...hehehe.... :)
1st time dpt mkn mee goreng mamak dlm flight.....sedap!
 Sampai KLIA2 agak awal, so jalan2 dulu menjamu mata dan menabur duit sedikit sebanyak. Akhirnya benda2 merapu jgk yg dibeli. Tak boleh sungguh aku nk tgk saja. Lepas lunch terus gi cari teksi.
Hari ni dugaan lain pulak. Selain dari aircond teksi yg tak berapa nak function, si pakcik ni pulak xtau jalan nak ke poli Nilai. Siap suruh aku guna gps hp untuk cari. Line dah la selembab siput, kejap ada kejap putus......then dia suruh pulak aku ctc sapa2 yg aku knl kt poli tu utk tny mcm mana nak pi, boleh pulak mcm tu kan. Dipendekkan cerita, kalau ikut aku search google sblm ni jarak dari KLIA2 ke sana lebih kurang 25 minit mcm tu ja. Tapi hampir 2 jam aku dalam teksi baru sampai...huhuhuu...
Aku xla kisah sgt, tp pakcik driver tu dh marah2 sbb tak jmpa. Siap kata dia teraniaya dgn aku sbb x jmpa cari! Padahal dr awal aku dh bgtau, aku pun 1st time ke sana....well...bukan aku yg kena tau jalan kan....
Smpai jer poli tu, siap dia marah n maki pak guard depan tu.....aku pulak yg malu. Lps tu bwk teksi jgn tny la kan mcm mana, beberapa kali aku smpai nak tersembam ke depan, melelong-lelong, mengaum-ngaum...nak tunjuk perasaan dia yg marah tu. Aku diam jer....buat x tahu jer....tp dlm hati punya la dok berdoa x henti. Dah la kwsn kiri kanan semua hutan kelapa sawit bagai. Sepanjang jalan dok beletiaq kat aku....dok marah jkr sbb x letak signboard....siap ugut nk htr aku balik airport semula kalau x jmpa jgk lagi...aduhai pakcik......bwk2 bertenang...
Aku ada suggest suruh tny org, dia xmo kononnya x blh percaya setakat nk tny org2 tepi jalan tu....abis? ko nak percaya sapa?? aku guna google map pun dia perlekehkan aku...katanya x blh nak harap sgt pd gajet2 ni....hurrmmmmmm....akhirnya dgn gajet ni jgk la dpt sampai, tentunya dgn izin Allah jugak. Smpai jer aku terus keluar, siap byr tambang lebih lagi kat dia sbb dah sesat wpun bkn salah aku. Aku ucap terima kasih pun dia x jawab, pandang aku pun tak. Xper la pakcik, t.kasih sbb htr jgk saya smpai ke destinasi. Saya tak simpan dlm hati......just nk share story utk peringatan bersama.......Harap maaf.
Masuk jer bilik terus mkn strawberry hasil tangkapan di KLIA2 tadi......nak rileks2 dulu....
Dlm hati dok pikir2 dah, mcm mana aku nak ke airport balik nanti????

Thursday, August 6, 2015

Cerita sebilah kapak usang

Masa raya hari tu mmg kebanyakan masa beraya adalah berada di dalam kereta. Dengan jammed yg tak sudah2, dengan pemanduan terlebih beretika rakyat malaysia, maka mmg lambat la nak sampai ke satu-satu destinasi tu.
Pada suatu hari tu, masa dalam kereta jugak, aku telah membangkitkan isu pasal rumah kat btm.

"Rasanya rumah aku tu makin lama makin kecik la".

Sorang jawab "Menyesal pulak aku tak bagi hang beli double storey hari tu"


"Tu la kan........" , aku menyokong


Sebenarnya ada jgk aku terpikir nak jer jual rmh tu and beli yg lain sbb price dh jadi 2++ ganda dari harga yg beli sebelum ni. Tapi rasa sayang sbb kwsn rumah aku tu mmg sgt strategik. Dekat dengan segala benda dan kemudahan. Cuma, x berapa besar dan porch pun boleh masuk dua keta ja...tu pun dah muat2 jer dgn pagar. Tanah untuk bercucuk tanaman kontan mmg xder langsung la kan. Wpun aku bukan jenis rajin sgt nak bertanam-tanaman ni, tp kekadang tu ada jgk seru dtg tiba2 nak berkebun....

"Hang nak dengaq satu cerita dak?" tetiba sorang adik aku menyampuk.

Dan dia pun memulakan cerita yg lebih kurang begini.............

Pada zaman dahulu.....ada sorang org kaya yg tersangat lah kayanya. Mcm biasa la bila cerita psl org kaya, dia ni kedekut, jahat, suka menindas, dan mcm2 lagilah kejahatan yg dia buat utk menambahkan lagi kekayaan yg sedia ada. So, semua org mmg sgt x suka dkt dia sbb perangai dia yg tak baik tu.

Sampai satu masa org kaya tu dah uzur dan jatuh sakit. Dia pun rasa sakit yg dah xdak harapan nak sembuh. Org kaya tu sgt takut sbb dia pun tau dia jahat, takut kena tibai dgn malaikat masa dlm kubur nanti. So, dia telah menawarkan sejumlah harta yg banyak kepada sesiapa yg boleh teman dia dalam kubur selama 7 hari (part ni aku ingat2 lupa). So, pd firasat dia ada la peneman masa sesi soal jawab dalam kubur nanti (boleh pulak dia pikiaq mcm tu kan)

p/s : jangan rasa konpius yer, org dulu2 kan kebumi dalam piramid, so mmg ada tempat la untuk tunggu.

Semua sedara-mara dan adik beradik xder yg sanggup nak volunteer. Tapi org kaya tu bernasib baik sbb ada sorang pemotong kayu yg sangat miskin yg sudi menerima tawaran tersebut. Bukan kerana dia tamakkan harta, tetapi dia kasihan dengan anak2 dan isteri yg sudah lama hidup dalam serba kekurangan.

Tiba masa, maka kembalilah org kaya tersebut ke Rahmatullah. Maka dikebumikanlah beliau di tempat yg sepatutnya ditemani dgn si miskin tadi. Si miskin tadi memang takut, tapi demi keluarga tercinta diberanikan jgk dirinya tgl bersama mayat orang kaya tadi.

Pada malam pertama maka datanglah malaikat untuk menyoal-siasat. Si miskin tadi buat2 tak nampak kerana baginya dia tidak terlibat. Sudah pasti malaikat itu akan pergi kepada mayat orang kaya tersebut. Tetapi.........sebaliknya malaikat tersebut datang kepada pemotong kayu tersebut dan menegur beliau :

Malaikat : Kau siapa? Knapa kau ada di sini?
Pemotong kayu : Aku seorang pemotong kayu. Aku telah berjanji untuk menemani si mati selama 7 hari di sini.
Malaikat : Knapa ko sanggup tunggu dia?
Pemotong kayu : Aku miskin. Beliau telah berjanji untuk memberi upah yg lumayan selepas ini.
Malaikat : Apa harta yg kau ada?
Pemotong kayu : Aku hanya memiliki sebilah kapak yg sudah usang. Dengan kapak itulah aku memotong kayu di hutan.
Malaikat : Di hutan mana kau selalu memotong kayu???
Dan....sejak hari itu malaikat terus bertanya kepada si pemotong kayu bermacam-macam soalan. Dari hal kapak, kepada hal pokok yang ditebang, dari hutan mana dia tebang, adakah dia tahu hutan yg ditebang itu milik siapa, adakah ada meminta kebenaran...dan bermacam2 lagi. Keadaan tersebut berterusan sehingga 7 hari, tanpa pergi kepada mayat org kaya tersebut.

Setelah cukup tempoh 7 hari, maka si pemotong kayu itu dikeluarkan dari kubur tersebut. Dia terus pulang ke rumah dalam keadaan ketakutan yang amat sangat tanpa menuntut harta yg telah ditawarkan sebelumnya. Sampai sahaja di rumah si isteri bertanyakan harta tersebut. Dengan terketar-ketar beliau menjawab :

"Aku hanya memiliki sebilah kapak yg usang, tetapi harta yg sedikit itu pun aku telah ditanya dan dihisab dengan pelbagai persoalan. Bagaimanakah mampu untuk aku menjawab jika aku punya lebih dari itu??"

Sejak dari hari itu, si pemotong kayu pun meneruskan rutin hariannya. Wpun hidup dalam serba kekurangan dia tetap bersyukur dengan rezeki yg dikurniakan Allah kepadanya.

So, pengajarannya, aku masih ada tempat berteduh. Kecik atau besaq, masih ada lagi insan yg berhujan dan berpanas. Sentiasalah bersyukur......insaf....huhuhuhuuuu....

Thursday, March 26, 2015

Hitam putih kehidupan

Jiwa kacau pun bermula...hidup serba tak kena. Adakah rezeki aku kali ni? Berapa lama lg perlu menanti dan berharap?

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

Friday, January 23, 2015

Emosi vs professionalisme vs kawan


Mak aii....mcm agak berat jer topik kali ni. Apabila zahir tak terucap, maka keyboard pun berkata-kata. Tak kata kat sapa2, sekadar mencurah rasa smbil2 dok pikir idea utk kelas esoknya. Aku amat yakin semua org pernah berada dlm situasi seperti tajuk di atas. Mcm mana nk handle pun bergantung dgn situasi pada masa tersebut jgk. Susahnya kan nak meletakkan sesuatu pada haknya.

knapa susah?? sbb semua org bukan faham pun apa itu HAK. Apa itu TANGGUNGJAWAB. xyah nak kata kat org, diri sndiri pun kekadang lupa jgk. So? Nak buat mcm mana?? Ntah...tak tahu...doa jer moga2 semuanya berakhir dgn cara yg sepatutnya. Peace.....

Sunday, January 4, 2015

10 tahun lalu.....

26 Dis 2014

Rutin sejak cuti ni pagi2 lepas subuh terus bukak tv. Tgk berita banjir di sana sini. Kesian....sedih....dlm hati memikir mcm mana la kl nasib yg sama menimpa diri sndiri. Susahnya yang ada anak kecil dan org tua. Nak basuh rumah lagi nanti.
Hurmmm...semoga dipermudahkan segalanya.
10 thn lalu, pagi2 bersiap nk ke batu feringgi berkelah. Sambil tunggu yg lain2 bersiap, sambil2 tgk tv. Tiba2 rasa kusyen bergoyang, kepala rasa pusing. Ingatkan adik kat sebelah yg goyang kerusi, bersungguh dok marah si adik. Lps tu baru perasan mmg bumi bergoyang. Emak kat dapur dah menjerit kata gempa bumi...jiran sebelah menyebelah pun sama. Semua dok kalut xtau nak buat apa. Masing2 takut.....1st time berlaku mcm tu. Tapi Alhamdulillah sat saja. Lps tu elok balik :-)
Plan nak berkelah diteruskn mcm biasa. Sampai penang lbh kurang pkl 12 t.hr.....sbb hari cuti orang sgt ramai. Dari pantai miami sampailah teluk bahang, baru dpt parking. Perut masing2 dah lapar, terus hampar tikar dan buka bekalan yg dibawa. Sambil mkn nampak buih2 putih dari kejauhan di tgh lautan. Masing2 membuat andaian sndiri. Selesai mkn, main2 ayaq kat tepi pantai, malas lg nak mandi sbb dh panas.
Aku dan pantai memang susah nak dipisahkan......DI Pantai Teluk Bahang masa cuti Aidilfitri yang lalu. 
Tiba2 bot2 pengawal pantai berderu deru mai kat tmpat kami. "jauhi pantai!", "jauhi pantai!"....apa kes ni? Semua terpinga-pinga. Aku pun tertgk kat sebelah kiri...Allahuakbar......ombak ke tu?? sangat tinggi dan bergerak laju ke arah pantai....sapu bersih semua yg ada di sebelah teluk di kiri kami!! Semua yg ada bertempiaran lari...makanan, pelampung, semua brg berteraburan. Masing2 cuba untuk ke tempat yang lebih tinggi.......jalan raya. Dalam masa x sampai 2,3 minit air dah smpai ke paras gigi jalan. Aku mula nebes, org lain pun aku rasa pikir benda yg sama. Mcm mana kalau air naik lg tinggi??? nak lari kat mana???seberang jalan satu lagi adalah bukit batu....dan jugak gaung..waaaaaaa......mengucap...mengucap.....adakah ini pengakhiran utk kami??
susah sebenarnya nak bayangkan ombak yg datang masa tu. Masa tgk ombak yg tinggi tu hati tiba2 terdetik pada kisah Nabi Musa A.S membelah lautan dengan tongkatnya semasa menyelamatkan diri dan kaumnya dari kezaliman firaun. Rasa takut yg bukan sedikit....ngeri....bergetar seluruh tubuh badan. 
Tapi, Alhamdulillah....wpun ombak masih menghempas, air hanya naik sikit jer smpai ke jalan. Pantai yg tadinya putih bersih sudah menjadi lautan yang keruh. Pinggan-mangkuk, periuk belanga, kenderaan, semua tertimbus di dalam air. Kami bernasib baik kerana meletakkan kereta di atas jalan, Yang mana x sempat nak alih knderaan terpaksa berputih mata dgn kejadian yg tidak disangka-sangka.
Bila keadaan sudah agak reda, kami memulakan perjalanan turun ke bawah. Rupa-rupanya di kawasan pantai sepanjang perjalanan memang sudah terjejas teruk. Kami yg di bahagian atas agak bernasib baik kerana hanya kena sebahagian sahaja. Itu pun aku dah rasa teruk sgt dah.
Sepanjang perjalanan ke bawah memang huru hara. Ambulans bersilih ganti, wartawan juga tidak kurang sibuknya. Perasaan yg ditahan dari tadi pecah jgk dgn air mata bila tgk mayat2 mangsa yg bertutup diletakkan di tepi jalan sementara menunggu ketibaan ambulan. Paling menyayat hati melihat seorang ibu yg basah dgn air mata meriba mayat si anak. Ada juga mayat2 yang hanya ditutup dgn alas meja, dan di sebaliknya terserlah sepasang kaki comel yg menunjukkan itu adalah mayat seorang budak. Ya Allah, sungguh dahsyat pemandangan itu, aku mmg x sanggup, tapi perasaan ingin tahu membuak-buak.
Bila sampai sahaja ke bawah, banyak jalan2 yg sudah ditutup. Kami terpaksa mengikut lencongan2 sementara yg dikawal ketat oleh pihak berkuasa. Bot2 nelayan tersadai di atas jalanraya. Rumah2, kenderaan dan jugak kedai2 yang berhampiran semuanya bersalut lumput dan ditenggelami air selut. Allahuakbar!! Pengalaman seumur hidup yg memang akan diingat selagi masih waras.

"Jika semua tali telah tiada untuk kamu bergantung, ingatlah bahawa tali Allah akan senantiasa bersama kamu.....tali yang paling kukuh untuk kamu bergantung selamanya"

Wednesday, October 15, 2014

Sindrom Akhir semester

Bila hujung semester satu poli kalut
Yg si lecturer nyer sibuk menghabiskan silibus
sibuk jgk menanda semua assessment..mengkeyin, print bagai
tu x termasuk tugas2 lain lagi
masa ni la semua pun sibuk nak proceed

si student pun tak kurang sibuknya
sibuk menghantar assessment yang dibagi
sibuk menyiapkan projek2 akhir kononnya
sibuk jgk dok hantar assessment yg dah lamaaaaaaa.....duedate nya
yg suka ponteng pulak sibuk dok merayu balas surat tunjuk sebab

masa time2 sibuk ni la semua benda pun nak kena buat
masa ni la nak panggil kursus
masa ni la nak kena buat itu, nak kena buat ini
masa ni jgk la nak "update blog" :)

heheheheeee.....semua orang pun sibuk kan
so, jgn tension2
kita kan dah biasa mengharungi kesibukan ni setiap sem
bila sibuk angin masing2 pun cpt jer bertiup kan
tak kisah lagi nak bertiup ke arah mana
yg pasti orang2 sekeliling yg akan merasa bahang asmaranya
jgn macam tu adik, kakak, abang
sian sidaknya yg tak bersalah tu....kita sama2 sibuk, sama2 menurut perintah
kerja itu kan ibadah.......
renung renungkan dan selamat beramal :)
sharing is caring :)

Thursday, October 9, 2014

Siapa Gila?


Seorang penduduk dikatakan gila, tetiba pergi ke surau pada pukul 10 pagi, lalu melaungkan azan.

Penduduk kg mendengar azan tu rasa pelik lalu semuanya bergerak ke masjid utk siasat. Selepas melihat org gila itu azan, ketua kg menjerit... 

Ketua Kampong: "hoi, pukul 10 pagi ni.. azan solat apa?"

Org gila: Abis tu, salah ke azan ni?

Ketua Kampong: Memang la salah... tak betul..!! (Disambut ketawa beramai2 dari org2 kampong)

Orang Gila: Ohhh... yang Azan pagi tadi pukul 6 tu betul ke?

Ketua Kampong: Haaa... yang itu baru betul-betul punya azan !!

Orang Gila: (Sambil garu kepala dan menjeling kat orang2 kampong) Huhhh... korang ni pelik... Masa azan yg betul2 pukul 6 pagi tadi aku tengok 5 orang je datang... .Tapi Azan aku yang tak betul ni satu kampong plak datang... .

Sunday, September 28, 2014

Cerita seorang kawan...

Cerita dari sorang kawan
Cerita yg memang dah biasa sgt kita dgr dari mana mana
Tapi diceritakan secara berbeza konsep dan pengajarannya
Memang sangat menarik jika dihayati dengan mata hati

kata kawan itu,
kalau anak kecil kita mintak pisau, confirm kita x bagi kan
pisau kan tajam.....boleh mendatangkan marabahaya yg sangat besar
kita tak bagi bukan sebab kita tak sayang anak.....kita sayang sangat2 kat dia
kita terlalu sayang smpai kita tak sanggup nak bayangkan jika apa2 terjadi pada si anak
kita jugak tahu apa akibatnya kalau kita bagi pisau tu kat dia.......kan?

So....sambung kawan itu lagi,
kalau Allah belum/tidak makbulkan doa kita, kita jgn marah, kita jgn sedih
Bukan Allah tak sayang kat kita, bukan Allah tak peduli...
TETAPI....Allah sangat sayangkan kita
Mungkin kita tak tahu, apa yg kita mintak kita rasa baik, tapi Allah maha mengetahui setiap sesuatu
Mungkin apa yg kita minta akan lebih memudaratkan nanti......kan???

Tapi.....kawan saya terus bercerita....
jangan pulak kita berhenti berdoa....jgn kita give up memohon kepada-Nya
Allah Maha Mendengar
kerana......Janji Allah itu pasti
Tiada hijab yang menghalang doa orang2 yang teraniaya
Terima kasih kawan,
cerita kamu sangat bermakna.......... :)

Sunday, September 14, 2014

Superb story!!


There once was a farmer who discovered that he had lost his watch in the barn. It was no ordinary watch because it had sentimental value for him.

After searching high and low among the hay for a long while; he gave up and enlisted the help of a group of children playing outside the barn.

He promised them that the person who found it would be rewarded.

Hearing this, the children hurried inside the barn, went through and around the entire stack of hay but still could not find the watch. Just when the farmer was about to give up looking for his watch, a little boy went up to him and asked to be given another chance. The farmer looked at him and thought, “Why not? After all, this kid looks sincere enough.”

So the farmer sent the little boy back in the barn. After a while the little boy came out with the watch in his hand! The farmer was both happy and surprised and so he asked the boy how he succeeded where the rest had failed.

The boy replied, “I did nothing but sit on the ground and listen. In the silence, I heard the ticking of the watch and just looked for it in that direction.”


Moral : A peaceful mind can think better than a worked up mind. Allow a few minutes of silence to your mind every day, and see, how sharply it helps you to set your life the way you expect it to be! ~ The soul always knows what to do to heal itself..The challenge is to silence the mind 

Friday, September 5, 2014

Cerita Merdeka 2014 - kisah dan tauladan

1st time balik dari Sibu ke KL flight malam.
1st time jugak stay di airport semalaman sbb flight ke Penang pagi.
rasa macam mereng sekejap sbb x tdr mlm sementara tunggu flight pagi wpun ada tempat tdo kat situ.
dan 1st time jgk mkn sandwic + teh o panas = RM20+++
waaaaa.....mahalnyer.....nyesal pun ada...gara2 nak buang2 masa akhirnya aku membuang duit juga!
Pengajaran, lain kali tgk dulu harga baru beli yer :(

kisah 1
Berlaku di waktu subuh sebelum boarding flight pagi ke Penang.
Semua pun berasak-asak utk solat subuh dalam surau yg x berapa nak besar.
Aku malas nak berebut-rebut, hanya berdiri menunggu giliran untuk mengambil telekung dan tempat.
Dalam hati berfikir,"flight aku sejam lebih lagi, xper la bg depa solat dulu".
Kemudian masuk lagi sorang yg aku rasa umurnya baru awal 20-an, aku memandang dan hanya tersenyum kepadanya yg juga tercari-cari ruang utk solat.
Aku memberi ruang untuknya berdiri menunggu di sebelah aku (wpun aku terus terhimpit ke dinding).
Selesai geng pertama solat, semua pun masih jgk berebut2 tempat dan telekung.
AKu cuma memerhati dgn malas.....masih lagi berkira2 utk solat selepas geng ke-2 pula.
tiba-tiba terasa seperti diperhatikan, aku mengangkat kepala....rupa2nya si adik yg berdiri di sebelah tadi melambai sambil menunjukkan telekung di tangan. Ya Allah, rupa2nya dia tlg ambil satu telekung utk aku dan simpan ruang utk aku solat di sebelah dia. Aku terus melangkah dan mengambil telekung tersebut dgn rasa yg amat terharu.....dlm hati terfikir...baiknya adik ni, aku cuma senyum jer pun kat dia tadi, tu pun senyuman + mengantuk.....x sangka pulak dapat balasan mcm tu...terima kasih dik...x sempat nak berkenalan lebih lanjut......tiba2 teringat satu cerita tentang "The Power of Sedekah"

Kisah 2
Berlaku keesokan harinya di sebuah kenduri kawin sepupu.
makanan semua sedap...tapi aku paling berahi dgn cendol, sampai bangun utk ambik kali ke-2.
Masa tu org tgh ramai berkerumun utk ambil cendol.
DI bahagian depan penuh dgn budak2 yg aku rasa baru sek.rendah.
kami2 yg veteran ni kat belakang...
dalam dok menunggu tu terpandang kat sorang pakcik tua yg terketar2 memisahkan sudu plastik yg disediakan utk mkn cendol tu....aku mmg cepat rasa kesian...rasa sayu jer tgk dia yg begitu bersusah payah memisahkan sudu dan terpaksa pulak menunggu turn dalam keadaan panas yg membahang.
malas nak layan rasa syahdu lama2, mata terus beralih kat org yg mengagihkan cendol tersebut.
semua org pun aku tgk mmg akan ambil 2 mangkuk sekaligus....aku pun sama jgk, satu utk aku, satu utk emak.....masa tgh tgk tu, sorang drp budak2 tu tgh tunggu cendolnya yg ke-2. dapat jer cendol tu, dia terus beralih ke belakang. AKu ingtkan dia nak terus pergi....tapi dia terus menghampiri pakcik yg di sebelah aku tadi sambil berkata "Pakcik ambik la cendol ni", dan dia terus berlalu dgn semangkuk cendol shj. maknanya dia menunggu cendol yg ke-2 hanya utk diberi kpd pakcik tersebut!....Subhanallah, baiknya akhlak budak tu...anak sapa lah yer?? AKu cuma rasa kasihan saja dalam hati, tapi budak tu terus bertindak dgn sewajarnya.....semoga Allah merahmati budak itu sehingga ke akhirnya...Amin.

Kesimpulannya, kadang2 kita tak sedar....sebenarnya banyak pengajaran yg Tuhan berikan dlm kehidupan seharian. Cuma kita perlu melihatnya dengan mata hati, menilai dengan akal dan fikiran. Aku pun selalu jugak lalai, lumrah manusia mudah lupa....so sama2 lah kita mengingati sesama kita. Wallahualam.

Thursday, July 17, 2014

Yang terkini di sini

Lama jgk x update pasal mukah ni kan..
sebenarnya dah mcm2 benda baru yg wujud sejak last update hari tu.
start dari hujung tahun lepas, sampai dah 3/4 tahun 2014 ni, mcm2 benda yg dah ada kat sini.

Pertama skali adalah pembukaan Mall yg pertama di Bandar Mukah yang diberi nama "Medan Mall". Mall ni agak besar, 2 tingkat dan bersambung skali dgn sebuah hotel. yg aku mmg x pernah ambik tau nama dia. wpun dah agak lama mall ni wujud, tapi blh kira dgn jari tangan la dah berapa kali aku pi. Sebabnya aku masih selesa membeli di Glory......kecuali la bosan2 tu aku pegi jer la kat mall tu. Kalau nak ikutkan harga kat mall tu mmg lagi mahal dari Glory, so fikir sendiri la kan.
pintu masuk utama ke supermarket....kat sebelah tu ada eskelator untuk kebahagian atas. Kat atas  ada baju, kasut, cadar, toys...dan mcm2 jugak la.
Kat bangunan mall  ni jgk ada mcm2 kedai lain. ada kedai komputer, baju, massage....even yg jual air jenis "cool blog" pun dah ada. Setiap kali pegi mesti aku usha jer cool blog tu....rasa mcm nak beli, tapi debei pasti kehalalannya...ada skali tu siap dah beratur dpn kaunter, tapi keluar baris semula..hahahaaaa...mcm xder motif la pulak kan. massage pun ada jgk kat situ...bekam...dan mcm biasala ruang legar tu mesti jadi centre untuk semua even kan. cth nya seperti auto show.
maaflah kalau ada sesiapa yg terliur dgn gbr ni :)
Satu lagi benda baru yg baru buka di sini ialah "Watson". yg ni mmg ditunggu-tunggu sebab aku mmg suka shopping kat watson. Ada vvip kad kot...rugi jer kalau tak pakai selalu..heheheeeee. slalunya diam jer kad tu dlm purse, balik semenanjung skali skala baru guna. skrg ni seminggu berkali-kali msuk msg psl watson. maklumlah dok gores sedia... :)
Untuk pengetahuan, watson and mall ni adalah dalam deretan bangunan kedai yg sama. so, selain dari dua benda ni mmg byk lagi la kedai2 baru yg wujud di sini skrg. yg lain lebih kurang sama, so x penting sgt pun nak cerita. Cumanya bila dah byk kedai2 ni kami pun ada byk pilihan jgk la bila nak beli sesuatu barang. xder la beli sbb terpaksa beli sebab kat situ jer ada! hahahaa..boleh macam tu??
Soalan yg agak susah nak jawab bila ada org yg bertanya "Best tak duduk sana?" soalan ni kalau jwb ye pun akan jd kontroversi, kalau jawab sebaliknya pun samaaaaaaaaa....jugak kontroversinya. kalau boleh mmg xnak jawab, tapi kan slalu sgt org dok tanya..pasal apa ntah. kalau ko nak tahu sgt, mai la sini! Bila kita suruh dtg sini, tau pun takmau.eh....mcm terkeluar tajuk jer ayat ni....tetiba terasa nak macam nak terajang pokok betik belakang rumah! huhuhuhuuuuu...
Banyak seronoknya duduk di sini......seafood murah, boleh mkn lobster, ikan besar2, boleh tgk tempat orang....boleh try mcm2 makanan yg xder kat semenanjung, boleh pegi pesta kaul... Boleh kenal geng2 melanau yg baik2 dan cantik2, opismate yg sempoi dan kelakar yg x boleh blah......boleh itu...boleh ini....semua pun boleh lah. tapi cuma beberapa perkara jer la yg x best. dan beberapa perkara itu mmg memberi impak yg BESAR dalam kehidupan seseorang perantau tanpa rela mcm aku....

1. nak balik jauh, then kena naik flight, naik flight pulak mabuk, kena sacrifice cuti 2 hari untuk pegi balik, tiket mahal, nak ke sibu jauh, kena cari tempat nak simpan montel, kalau balik lama kena ada org panaskan enjin montel.....bla...bla...bla.....
2. nak balik kena mohon cuti, kena blk ikut masa yg dibenarkan, kena buat itu, kena buat ini, mesti mcm tu, mesti mcm ni, x boleh itu, x boleh ini....dan mcm2 lagi kronologi yg sentiasa berubah-ubah ikut angin semasa yg bertiup pada waktu tersebut.
3. balik.....cuti....balik....balik......cuti.....cuti....balik......balik(n-1)....cuti(n-1)....

So, kesimpulannya yang x best di sini ada DUA SAHAJA iaitu BALIK & CUTI....faham-faham sendiri la yer. masing2 rasa apa yg kita selalu rasa berkaitan dua benda nih. 
Dah jadi entry membebel pulak ni. Asalnya nak cerita 2 benda jer. Tapi dah panjang berjela serupa wartawan baru masuk keja. xtau nak fokus berita mana satu nak on air dulu. Entry ni xder kaitan kot dgn sesaper. Kalau ada yg terasa maaf lah yer, sekadar nak lepas tension...xleh simpan lama2...takut memudaratkan diri dan org2 terdekat....bahaya tu.
ehh....lupa pulak, ada satu lagi sebenarnya yg akan menjiwa kacau kan kami di sini. Selalunya setahun 2 kali akan jadi la.....tau tak apa dia????

Monday, July 14, 2014

2nd Anniversary...kabhi kushi kabhi gham

14/7/2014

Pejam...celik...pejam...celik...dah masuk tahun kedua aku berkhidmat di bumi Sarawak, Mukah. Bertambah lagi pengalaman manis, masam, pahit, masin, sedappppp....dengan opismate, kawan2, yg bertukar ganti. Stress dan ketawa pun bersilih ganti berkali-kali...Alhamdulillah, semoga Tuhan memberi kekuatan kepada kami untuk terus berbakti, selagi kami masih di sini.
one happy moment

Wednesday, July 2, 2014

Cerita puasa 1

Alhamdulillah....dah hari ke-4 berpuasa. So, far so good. wpun cuaca panas, kelas byk, tapi masih mampu bertahan. Cumanya bila bukak puasa minum air mmg x ingat perut dah..rasa kalau badan diterbalikkan air pun boleh tumpah. Menu iftar pun biasa2 saja..paling byk 2 jenis. satu lauk satu sayur...dgn masalah airnya, nak memasak pun mmg malas. Ini bukan alasan tau, tapi kenyataan...
Hari pertama puasa masak sendiri, lagi pun hari cuti. Portion dilebihkan so blh mkn untuk hari Isnin skali..heheheeee...mudah kan. Hari Selasa dah start beli kat kantin...sms jer akak kantin tu nak lauk apa, balik keja terus singgah ambik. Panas2 lagi dia masak, mmg mabeles!
Haaa.....yg ni menu hari ni. Sbb smlm dah mkn udang, xkan hari ni nak mkn udang lagi (wpun dlm hati asyik sebut udang...udang...udang..)
ini menu hari pertama dan kedua...daging masak sambal nenek...1st time buat wpun dah bljr sejak dr duduk di polimas dulu. resepi dr sorang kawan yg kawin dgn org jawa. nampak sama mcm masak kicap, tapi bukan, knapa??ermmm...kl nak resepi kena mintk dkt c.nah..tapi dulu masa di sana selalu buat guna ayam. tapi masa tu dah daging jer yg ada, hentam saja la. the taste?? of coz la sedappppp..heheheeee...
koktel ni Hanan yg bagi...2 hari jgk aku cuba habiskan..sedapppp...
yg ni smlm punya cerita. set lempah udang...aku suka sangat masakan ni, mmg kena dgn selera.
yg ni xdak kena mengena dgn iftar..buat sehari sebelum start puasa...teringin sbb dah lama x dpt mkn.
 lauk hari ni x sempat nak snap...lupa, dh abis mkn baru teringat. esok?? masih di tangan Tuhan..xtau lagi nak masak ke nak beli. Bergantung kpd keadaan pd waktu tersebut.
 tayang makanan jer kan....xder niat nak menunjuk2 pun yer, sekadar berkongsi cerita. Baca diatas risiko sndiri yer, kalau x suka xyah baca...mudah kan.
tazkirah hari ni...renung2 kan dan selamat beramal...peace no war :)

Thursday, June 19, 2014

Bila semester bermula

Student baru dah mendaftar Hari Ahad lepas. Sem ni jtmk pecah rekod berganda-ganda..jumlah pelajar baru hampir sama byk dgn pelajar sedia ada sem 2 hingga sem 6!!! Apa kes?? Adakah promosi terlampau berjaya? Atau pun mmg depa sungguh2 minat nak belajar programming and networking?? huhuhuhuuuuu....ketawa dalam tangisan...Hanya kami sahaja yg tahu sebab nya...betul kan :)
Dari minggu2 sblmnya lagi mmg dah busy...bila student2 baru and senior masuk ni lagi la bertambah-tambah busy. mg depan??PnP dah start....so, selamat mengajar yer semua :)

Artinya: "Ya Allah, perbaikilah urusan agamaku yang menjadi pegangan bagi setiap urusanku. Perbaikilah duniaku yang di situlah urusan kehidupanku. Perbaikilah akhiratku yang ke sanalah aku akan kembali. Jadikanlah hidupku ini sebagai tambahan kesempatan untuk memperbanyak amal kebajikan, dan jadikanlah kematianku sebagai tempat peristirahatan dari setiap kejahatan."

Wednesday, June 18, 2014

ALWAYS ASK, NEVER ASSUME !

His request approved, the News photographer quickly used a cell phone to call the local airport to charter a flight.
He was told a twin-engine plane would be waiting for him at the airport.
Arriving at the airfield, he spotted a plane warming up outside a hanger.
He jumped in with his bag, slammed the door shut, and shouted, 'Let's go'.
The pilot taxied out, swung the plane into the wind and took off.
Once in the air, the photographer instructed the pilot, 'Fly over the valley and make low passes so I can take pictures of the fires on the hillsides.'
'Why?' asked the pilot.
'Because I'm a photographer for
​a News Channel
'
​​
, he responded, 'and I need to get some close up shots.'



​
The pilot was strangely silent for a moment, finally he stammered, 

​.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

​
​.

.

.​


​
'So, what you're telling me, is . . . You're NOT my flight instructor?'
 

Tganu lagiiiiii

 aku amik cuti jumaat lepas gara2 nak pi support anak menakan masuk pertandingan peringkat kebangsaan. Maktok pun dh berbunyi nak pi tgk kat...