Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Saturday, March 30, 2019

viva vs KL Mac 2019

20 mac tu majlis epict 6.0 jtmk. Ala2 viva utk budak2 sem akhir. Ada pameran, booth2 jualan, pertandingan ict segala. Kali ni aku kna handle pertandingan ict. So, pikir punya pikir buat pertandingan poster jer la. Tema adalah IOT :)
sedang tengok2 booth budak2 projek....
ni la group projek aku
tapi aku sv ke-2 jer
Alhamdulillah...Gangsa
syabas anak2 projek semua :)
stress tgk tudung sndiri.....dah mcm minah indon apa jer
 Lepas thumb 4.30 tu aku terus pecut ke airport Bintulu. Skrg ni ke Bintulu lg senang sejak2 pan borneo ni dalam pembikinan. Kalau dah terpaksa sangat baru la ke Sibu. !st time nak tinggal myRayan kat airport Bintulu ni. Moga2 selamat lah dia dalam jagaan Yang Maha Esa.
Parking 5 hari 4 malam RM50 sahaja
Sebagai langkah keselamatan :)
 Flight aku malam tu pkl 8.25 malam. Tapi dkt2 pkl 9 mlm jgk la baru take off. Sampai klia2 lebih kurang pkl pkl 11. Sementara nak cari tempat mkn, drive dari airport ke rmh adik aku...dlm pkl 2 pagi jgk la baru dpt landing atas tilam....penattt!

Esoknya sebelum aku ke hotel, adik aku bwk mkn kat kedai mkn area situ. Mkn mknn org nogori 9 den tgh hari tu.
Gulai Omak Den
Sedap2 jgk makanan sini. Depa hidang mcm kita mkn kat rumah zaman aku kecik2 dulu tu. Pinggan mangkuk pun old school. Rasa2nya geng2 poli Nilai tau jer tu tempat ni. Masa kami smpai pun ada student poli nilai tgh makan situ. Gambaq mknn xdan la pulak nak ambik. Sedaq2 dah nak abih..hahahahaaaa.....nampak tak kesedapannya di situ.
This is Bobo
Aku stay sini
Highly recommended bg yg ada transport sbb hanya ada 1 kedai mamak saja area sini
Hotel cantik dan kemas
Harga yg sgt berpatutan dan termasuk bfast
Even aku check in srg ja, tp PERCUMA utk org kedua juga bfast

Malam tu Ernie sampai dari Penang. Aku ajak dia teman untuk ke Rawang nanti. Nasib la dia blh cuti. Kalau x mau menggagau jgk aku drive srg2. Yang pasti asyik tersalah simpang wpun guna waze. Haru sungguh.

Date : 23 Mac 2019
Venue : Rumah Haney
Program : Mini reunion kelas matrikulasi 1.47, uum

Bak kata shaja, xper kita start dgn 5 dulu, nanti2 lps ni ramai la....... :)
Memang seronok jmpa balik kawan2 lama ni. Ada la dkt 20 tahun jgk x jumpa. Mcm2 gossip kluar balik. Ada yg aku x pernah tau pun. Ada yg terusik juga dengan kenangan lama. Getaran letrik tetap terasa katanya...hahahahahaaaa.....yg penting masing2 dah move on. Umur masing2 pun dah suku abad. Syahdu pulak rasa memikir masa depan. Entah sempat ke idok ke next reunion...Wallahualam.

Dari Rawang kami terus balik ke rumah adik aku. Jammed nak matiiiii. Maklumlah dah start cuti sekolah. Sakit abih semua pinggang dan kaki menekan minyak yg x seberapa.
posing before subuh
mata serupa x blh nak bukak dah
hasil tangkapan di Jaya Grocer KLIA2
sedap gilerrrr
menyesal beli 1 saja....huhuhuhuuu....
nak kirim....

Friday, January 19, 2018

Happy new year yg x berapa nak happy

Permulaan tahun 2018 yg agak disaster. Mental dan fizikal diuji berterusan. Sudah hampir 6 tahun di bumi Borneo.....masih lagi belum ada rezeki untuk balik ke tempat sendiri. Janji2 terus dimungkiri entah ke berapa ratus, ribu kali. Why???? Persoalan yang masih tiada jawapan hingga ke hari ini. Hanya yang senasib sahaja yg tahu betapa kami begitu memaksa diri menghadapi SEMUA dengan tabah. AlFatihah kepada siapa2 yang menganiaya kami.....semoga diberi petunjuk oleh Yang Maha Esa. Aminnnn.

Rasa mcm tepu otak, x dpt dah nak pikir. Balik bercuti sem tetiba dapat petunjuk untuk buat SIP. Mula2 rasa agak ragu2, takut jgk nak masuk industri setelah sekian lama berada di zon selesa. Agak selesa la sbb dah tau sgt dengan sistem poli ni kan. Tapi sekali sekala kita memang perlukan perubahan.
Dipendekkan cerita, maka dapat la aku tempat SIP yang dekat dgn rumah parent. Dalam +-12 km jer. Ikut procedure JPP, kita kena dapat kelulusan dr tempat yg kita nak buat sip dulu, baru blh isi borang online. Pegawai di pmu pun sangatlah membantu memudahkan urusan permohonan sip aku. Geng2 yg dah pernah pegi pun x kurang begitu senang membantu. Terima kasih kawan2 :)

Lebih kurang seminggu keluarlah result. Permohonan berjaya! Alhamdulillah. Syukur. Geng opis pun byk membantu dan memberi semangat. 

Bermula lah episod mengemas barang2 untuk dibawak balik dan juga disimpan. Kat sini cepat berkulat. Even tinggal rmh seminggu putih abih dapor gas naik kulat. So, semua brg2 yg ditinggal kena masuk kotak. Kena seal mcm nak masuk kontena. Dengan harapan dan doa semoga lps sip nanti terus kemas brg for good....Inshaallah.
dari KL-Pen dapat flight besar yg dok pi oversea tu
jakun sbb x pernah naik
selesaaaaaaaaaa sgtttttt
tapi mabuk tetap ada....hadoi la.... :)
Maka bermula la episod baru untuk 3 bulan yang akan datang. Nampak la betapa sukanya my mom....ready siapkan bilik bagai. Terima kasih mak. Semoga mak dipanjangkan umur supaya kakak dapat berkhidmat untuk mak selamanya. I love u forever.
btw ni lauk lunch tadi
Jumaat rehat lama, sempat la blk mkn, mandi semua kat rmh
Dah lamaaaaa x rasa nikmat mcm ni

Tuesday, September 6, 2016

Aidilfitri 2016 - Birthday + open house

10/7/2016 - Ahad

Majlis yg dirancang sebelum puasa lagi, Alhamdulillah berjalan lancar. Semua menu yg disediakan pun habis secukupnya. Tetamu yg dtg juga x putus2 sampai ke malam. Sampai kami semua pulak rasa kaki tangan pinggang hampir putus kepenatan. Tapi, semua pun happy :)

Menu utama pada hari tersebut of coz lah Laksa utara. Ada jgk bihun grg yg sgt lah sesuainya di match kan dgn kuah laksa. Yang lain2 menu biasa hari raya selain segala nugget dan fries utk kanak2 dan org dewasa juga....hahahahaaaa....
semua makanan dihidangkan ala2 bufet
labah2 tu terpaksa letak sbb si hariz suka beno mengacau
Nasib ada jgk benda yg dia takut
birthday boy dipaksa tdo
kalau tak semakin byk onar yg berlaku nanti
tgk la.....tdo pun masih bergaya melampau
sapa yg tak geram kat dia ni
sepupu hariz sebelah mama dia
bam bam sungguh
dua pupu hariz sebelah mama dia jugak
mata cantik tu
comei sangat budak ni...gerammmm
My 1st mentee datang beraya
rumah tok n tokwan dia kat kg aku
Terima kasih....dah lebih 10 tahun pun berlalu
mereka2 masih ingat kita
best kan jadi cikgu...... :)
2nd Celebration

Thursday, July 21, 2016

Aidilfitri 2016 - Welcome new comer

 9/7/2016

Alhamdulillah.......another member of July gangs. Tahun depan blh celebrate sama2 yer :)

omeinyer diaaaaaaa
abang2 yg begitu teruja dgn kehadiran adik
yg sorang tu smpai xmau pi sekolah
tunggu jer sebelah adik kat rumah :)
x sabar nak tgk
balik jer beraya terus sgh hospital
Congrats my brother and sister in law. Good luck yer....3 hero dah skrg :)

Tuesday, June 28, 2016

Penang Mei 2016 - Bfast at beach

28/5/2016 - Sabtu

Pagi sabtu, bertigaan kami ke pantai berdekatan jeti ke Pulau Aman. Awal2 lagi dah pegi market utk beli bfast. Air dh buat siap2 kat rumah. Kebas jgk la kaki dan bontot sblm smpai ke sana. Fyi kami pi naik motor, sbb tu kebas. Aku 1st time sampai situ wpun dah bertahun bermastautin kat Penang. Dah kena berhijrah ke Borneo baru la teringin nak explore tempat sendiri kan.

Pantai ni ada 2 bahagian iaitu sebelah kanan dan kiri jeti. Kami pergi area yg x ramai org sbb nak privacy sikit. Masa smpai tu x ramai pun org, ada beberapa saja yg tgh tangkap udang di pesisir pantai. Rasa rugi pulak sbb x bwk jaring ke apa2 yg blh guna utk tangkap udang. Best jer tgk depa tu. Ada jgk yg guna jala.
yg nampak kecikkkkk tu adalah org yer yg tgh tangkap udang
ni pandangan dari atas
nak smpai ke pantai tu kna turun bukit sikit ja
abis mkn terus main2 air
yg nampak kat sebelah sana tu la Pulau Aman
bila ntah nak pi sana......mkn seafood murah depa kata kat sana
the other side of the beach

Balik dari pantai sgh kedai ikan
Aku masak gulai kerang + ubi kentang t.hari tu
sedappppppp
Lama dah entry ni duduk dlm kategori draft. Hari ni baru perasan. Harap2 x basi lg la post ni wpun dah sebulan berlalu. Mmg cun2 sebulan la :)

Tuesday, June 7, 2016

Penang Mei 2016 - 3D Museum Penang

  27 Mei 2016 - Jumaat





 







 

 
 
 



 
 
 
 
 
 


 

 
 
 
 
 

 

 











 
 

Tganu lagiiiiii

 aku amik cuti jumaat lepas gara2 nak pi support anak menakan masuk pertandingan peringkat kebangsaan. Maktok pun dh berbunyi nak pi tgk kat...