Showing posts with label makan2. Show all posts
Showing posts with label makan2. Show all posts

Friday, January 27, 2017

Steamboat thursday night

25/1/2017

1st steamboat kat rumah. Gara2 xmo mkn nasik dan xder idea dah nak mkn apa. Nak kluar malas....dan mengantuk. Maka jadilah steamboat yg serba sederhana di rumah sendiri :)
aneka bebola steamboat + siput buluh + sayur + maggi kosong
kami buat kuah tomyam
Alhamdulillah....kekenyangan sangat kami mlm tu. x abis pun semua bahan2 tadi. Next time blh buat lagi.

Wednesday, January 25, 2017

Satu weekend di 2017

21/1/2017

Seawal pagi, dalam kehujanan yg kadan2 lebat kadang2 renyai, aku dgn Ernie semangat ke Pasar Oya. Xdak plan nak beli apa sgt pun, sekadar jenjalan berpayung dalam hujan, beli kepok lekor kegemaran, then terus ke kedai makan mee goreng udang kat Pekan Oya. Lama dah x mkn kat situ. Last time makan seingat aku mmg udang byk, besar2 dan harganya RM6 satu pinggan.
kepok lekor legen pasar oya
dulu, kini dan selamanya mmg sedap!!!

Sementara tunggu kedai mee udang bukak kami mkn dulu kepok lekor yg beli kat pasar tadi. Masa mkn tu ada la sekor kucing yg duduk melukut kat tepi meja. Terpaksa makan sama2. Menyesal pulak beli kepok tu 3 ringgit jer tadi. Lagi byk kucing tu mkn dari kami. Xper la...rezeki dia, lgpun dok pikir nak mkn mee grg lagi lps tu kan. OOppppsss.....nak cerita sebenarnya, mee grg tu dah naik harga. Rm10 sepinggan.......

Ernie kja masuk pkl 10 pagi hr ni. Balik tu sempat la lepak sekejap sebelum htr dia kat koop. Tinggal lah aku sorang2 kebosanan kat rmh. Siap maraton tgk movie smpai asar :) Berhenti t.hr utk masak n htr bekalan kat ernie jer. Aku masak pajeri nenas.
my lunch
nasi beras perang + pajeri nenas + ikan kukus goreng
bertambah jgk mkn nasik t.hr tu...huhuhuhuuuuuu
Lepas tu sambung balik. Marah si Hanan yg dtg htr laksa. Lama dia ketuk pintu baru aku bukak. X dgr maaaa.....aku kat bilik belakang, dengan sound movie yg agak kuat. Lega, xyah masak dah malam tu. Makan laksa.....sedapppppp.

22/1/2017

Hari Ahad yg sejuk.....lps subuh dua2 org tdo balik smpai pkl 9++. Skali skala bangun lambat. Bgn jer terus lapar. Siap2 mandi semua terus keluar cari makanan. Pegi pasar......ptg ni ada pot luck dan jemputan tahlil. Dua2 kena pi.
cempedak grg dibawa ke pot luck
durian grg kudapan kami petang tu sebelum ke mana2 jemputan
 Lepas beli2 barang tetiba ter survey basikal untuk si Ernie. dan terus jer ter beli tanpa sengaja. Paling best tokey tu boleh htr ke poli. Xyah la aku nak kena mencari geng2 Hilux utk tolong amik.
Hello......my name is Violet :)
loceng ni beli kat DIY
kami beli lampu jugak :)
 Kami mmg dah plan utk beli basikal tu. Bukan sebab aku malas nak htr or amik Ernie dari koop. Masalahnya bila dia keja shif petang. Balik pkl 10++ mlm. Ada skali tu smpai dkt 10.30 mlm baru balik. Aku ni mmg spesis penakut x kira masa. Nak kluar srg2 dari pintu rmh ke parking keta tu pun dah meremang bulu roma semua. Mcm2 dok terbayang. So, utk kemudahan kedua2 pihak, maka terbeli lah basikal ni :)

Wednesday, December 14, 2016

Adiba's Oven

Actually i am not a big fan of cookies. I just eat when i feel it, or if i didnt have any other option to fill in my stomach...yg sokmo mintak makan tu :)

Tapi...cookies dari Adiba's oven ni lain mcm sgt rasanya. Dah la aku mmg special request punya order. Bermacam2 kekacang yg semuanya my fav ada dalam tu. Manis ckit, ada rasa masin2 skali skala menjengah lidah, kerangupan biskut dan kekacang yg pelbagai rasa, ohhh my diet!! i love it soooooo much!!!
sekali hadap lebih dari separuh balang aku ngap
2 kali hadap terus licin
ni dia special order aku
 Almond + cashews + pistachios (more dark choc dan masin ckit)
sedap tau :)
special order ni budget lebih sikit jer dari yg biasa dan min order adalah 3 balang sbb itu skali bancuhan tepungnya. 3 balang skali order?? x banyak tau 3 balang tu. Aku punya tahap iman, x sampai seminggu pun dah licin.
congo bars looks like
Selain bermacam jenis cookies, congo bars pun ada jugak. Memang berbaloi2. Satu bekas putih besar tu RM15 ja. Boleh makan berhari-hari.
bila otai java buat testimoni
programming alu jadinya :)
Lepas ni susah la nak mkn biskut ni sbb empunya kakak sudah berpindah ke semenanjung. Harap2 mau la diba COD ke airport yer :) tq dik......

to amna : logo cantik u......

ps: fyi.....yg the latest beli hari tu pun dah abissssss.....waaaaaaaa........

Monday, October 31, 2016

sushi or kimbab???

1st time try buat kimbab. Siap tgk youtube lagi cara2 nak gulung nasik tu mcm mana. 1st time buat aku campur beras biasa dgn sedikit beras pulut utk dptkan tekstur yg melekit sikit. Kali kedua aku guna beras biasa + beras perang. Lagi sedap rasanya dari yg 1st.
ni bahan2 yg aku guna masa 1st time buat
hasilnya agak kecil sbb aku potong dua seaweed tu
gara2 ikut chef kat youtube
Kali ke-2 aku dah pandai adjust sendiri. Aku x potong dah seaweed tu. So, besar sikit kimbab aku. Tapi kali ni dah malas nak bersayur bagai. Aku letak tuna dgn telur dadar saja. Anggap jer seaweed tu sebagai sayur...heheheheeee...
hasil yg ke-2
sila abaikan yg bulat tu. Ada org teringin nak buat riceball
dapat la satu bekas ni
tu pu dah berkeping masuk mulut masa dok membalutnya
dapat la bagi sifu rasa sikit
ni ayam grg ala2 kfc....ernie yg buat
sedap!
Macam ni la kehidupan kami di perantauan ni. Bila bosan sgt2 dah, mula la meraka mcm2 benda yg selalunya menambah kolestrol badan. Xpun membina badan di atas katil dan di depan tv. So, jgn tanya dah lps ni knapa aku x kurus2 wpun x suka duduk jauh2 yer. peace......

Friday, October 14, 2016

Dinner

11/10/2016
Kingwood Hotel, Mukah
teh tarik
saiz mmg besar
umai + sago dan vegetable spring roll
dua2 pun sedappp
bersungguh org melanau dalat ni mkn sago
licin....
Banyak keja sebenarnya skrg...xtau la kenapa sem ni segalanya serba ketinggalan. Marking jgn cakap la, berpinar mata semua. I need a break...always :)

Saturday, October 8, 2016

Friday night dinner

7/10/2016

Balik keja last day semalam bermalasan jer dpn tv. Si ernie ajak geng dia utk practice speaking utk MUET mlmnya. Aku masak dinner yg simple saja.  
ayam ni aku dah perap t.hr tu
serbuk cili + serbuk kunyit + serbuk kari daging + garam + gula
ketuk 3 ulas bawang putih + minyak, gaul dgn ayam sblm bakar
dah masak.... :)
tambah kicap, ulam dan sambal belacan
menangis2 aku tumbuk sambal smlm sbb beberapa kali merecik masuk mata
aku makan dlm bilik sambil tgk movie ni
best tau
sapa x tgk lagi highly recommended movie
Dah lama sebenarnya nak try buat brownies. Cari2 dkt google sblm lunch tu, jumpa la resepi yg agak senang nak ikut. Keluar t.hr tu semata-mata cari barang utk buat brownies dan jugak beli ayam utk dinner.
b4 masuk oven
x pandai nak buat corak marble, so aku belasah jer
tadaa.....dah masak
Choclate cheese brownies recipe : (tq tuan resepi)

Bahan untuk adunan brownies:
  • 115g ketulan dark coklat atau bittersweet coklat
  • 115g (1/2 cawan) mentega tak bergaram (unsalted butter)
  • 150g (3/4 cawan) gula perang
  • 2 biji telur
  • 50g (1/2 cawan) tepung gandum
Bahan untuk adunan cheese:
  • 1 biji telur
  • 225g (1 cawan) cream cheese
  • 50g (1/4 cawan) gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk adunan cheese:
  1. Pukul telur di dalam mangkuk dan tambah cream cheese, gula dan esen vanilla.
  2. Pukul sehingga lembut dan berkrim.
Cara-cara untuk membuat brownies:
  1. Panaskan oven pada suhu 160 ℃. Griskan dulang bersaiz 8 inci x 8 inci dengan mentega dan lapik dengan kertas minyak atau parchment paper.
  2. Panaskan air di dalam periuk kecil sehingga mendidih dan letak mangkuk tahan panas yang besar menutupi permukaan periuk.
  3. Masukkan ketulan coklat yang dicincang kasar dan mentega kemudian kacau sehingga cair dan sebati.
  4. Apabila sudah cair, angkat mangkuk dari periuk air mendidih tadi dan kacau seketika sambil memasukkan gula kastor.
  5. Masukkan pula telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  6. Masukkan tepung dan kacau dengan perlahan-lahan.
  7. Tuang 2/3 adunan brownies di dalam dulang dan ratakan. Kemudian tuang pula adunan cheesecake di atas lapisan atas brownies coklat dan sudukan baki 1/3 adunan brownies tadi dan tuang di atas lapisan cheese dalam jarak bertompok. Gunakan lidi dan swirl supaya mendapat corak seperti marble.
  8. Bakar selama 30-35 minit atau sehingga kek 'set' di bahagian tengah.
  9. Sejukkan dan kemudian keluarkan untuk dipotong kepada ketulan kecil.

Tuesday, June 28, 2016

Penang Mei 2016 - Bfast at beach

28/5/2016 - Sabtu

Pagi sabtu, bertigaan kami ke pantai berdekatan jeti ke Pulau Aman. Awal2 lagi dah pegi market utk beli bfast. Air dh buat siap2 kat rumah. Kebas jgk la kaki dan bontot sblm smpai ke sana. Fyi kami pi naik motor, sbb tu kebas. Aku 1st time sampai situ wpun dah bertahun bermastautin kat Penang. Dah kena berhijrah ke Borneo baru la teringin nak explore tempat sendiri kan.

Pantai ni ada 2 bahagian iaitu sebelah kanan dan kiri jeti. Kami pergi area yg x ramai org sbb nak privacy sikit. Masa smpai tu x ramai pun org, ada beberapa saja yg tgh tangkap udang di pesisir pantai. Rasa rugi pulak sbb x bwk jaring ke apa2 yg blh guna utk tangkap udang. Best jer tgk depa tu. Ada jgk yg guna jala.
yg nampak kecikkkkk tu adalah org yer yg tgh tangkap udang
ni pandangan dari atas
nak smpai ke pantai tu kna turun bukit sikit ja
abis mkn terus main2 air
yg nampak kat sebelah sana tu la Pulau Aman
bila ntah nak pi sana......mkn seafood murah depa kata kat sana
the other side of the beach

Balik dari pantai sgh kedai ikan
Aku masak gulai kerang + ubi kentang t.hari tu
sedappppppp
Lama dah entry ni duduk dlm kategori draft. Hari ni baru perasan. Harap2 x basi lg la post ni wpun dah sebulan berlalu. Mmg cun2 sebulan la :)

Monday, June 13, 2016

Ramadhan 2016 - weekend project

12/6/2016

Hari ahad yg mendung, sama jgk mcm smlm. Untuk mengelakkan ketiduran maka dengan jayanya aku telah membuat stok popia untuk hari2 seterusnya. Untuk berbuka aku dah uli tepung + oat untuk dibuat murtabak telur.
1st time buat, so balutan mmg x berapa cantik
siap pecah lagi smpai terkeluar telur kat dalam
Aku canai sebijik jer dulu untuk bwk ke rumah ilham
wpun rupa x berapa cantik, tapi rasa blh tahan
lagi best kalau aku blh canai bg lg nipis.......next time
inti kentang, carrot dan ayam hancur
sedap sgt inti ni
contingency filling sbb inti x cukup
sosej + cheese
my stock : sebekas besar popia inti kentang tadi
saja balut bg agak longgar sbb aku suka texture mcm tu
stok inti sosej cheese
inti sosej cheese ni sgt senang untuk balut
Dalam pek tu ada 50 keping kulit popia. Aku amik masa dalam setengah jam lebih sikit jer utk abiskan membalut. yang lama part nak pisahkan kulit2 popia tu. Nak balut kjap jer. Kalau ada org tlg pisahkan kulit popia tu kan best......... :)

Tganu lagiiiiii

 aku amik cuti jumaat lepas gara2 nak pi support anak menakan masuk pertandingan peringkat kebangsaan. Maktok pun dh berbunyi nak pi tgk kat...