Showing posts with label recipe. Show all posts
Showing posts with label recipe. Show all posts

Friday, June 12, 2020

Roti RM0

Dalam semua org dok sibuk2 mengejar lori gardenia, kami Alhamdulillah, mknn ruji masih nasi, bihun, mee....dan yg sewaktu dengannya. 1st time meroti sewaktu masih lg di pmu....lamaaaaa sgh kan. So, nak la jgk try meroti lagi. Harap2 menjadi.... Aminnn.
Kalau betul2 ikut resepi kena uli 10 min. Tp sbb dah lenguh, aku uli 5 min ja. 
Dah naik after stgh jam direhatkan. 
Lama x menguli, lenguh2 abih tangan semua. Resepi ni aku tambah oat, konon2 nak buat ala2 wholemeals bread. Stok oats bykkkk sekali di rumah, x beranjak2 sejak beli.
Halfway sudahhh.... 
Post jgk la entry ni. Lama rupanya terperam kat sini....lupa daaaaa.......

Wednesday, April 17, 2019

Kuih Keria Comellllll

Setelah beberapa hari keledek masih menjadi keledek, baru la ada mood nak mentransform kan dia kepada benda lain. Antara cek mek molek dan keria, nampaknya undian hati lebih kepada keria. Maka ter transformlah si keledek kepada keria pd petang yg mulia itu :)
Keledek ni masa rebus letak garam. Toskan air then baru la letak tepung gandum sedikit demi sedikit agak2 sampai boleh dibentuk. Jangan byk sgt, nanti rasa tepung jer lebih, kurang sedap.
untuk senang membulat2 kan dia, sediakan semangkuk air. Basahkan tangan bila rasa dah melekat2 tu. Aku malas nak buat bentuk roda tu, so buat ja bulat2. Senang nak mkn. Agak2 saiz sekali ngap jer.

close up :)
tadaaaa......ni yg dah siap digoreng. wangiiiiiii sgt bau dia. berketul2 dah masuk mulut walaupun belum disira gula lagi.

dah siappppppp!
Ada lebih bawak ke opis. Boleh sama2 merasa.....
Sekian...dari dapor comel cik. sally yg gebussss :)

Saturday, March 30, 2019

Kek Pisang by Me

Bahan-bahan :

1. Pisang
2. Gula
3. Telur
4. Susu Fullkrim
5. Secubit garam
6. Minyak
7. Tepung naik sendiri/tepung gandum
8. Soda bikarbonat

Cara buat :

1. Blend telur + minyak + gula sampai kembang.
2. Tambah susu dan pisang, blend lagi.
3. Tambah tepung, soda bikarbonat, garam, blend lagi.
4. Masukkan dlm loyang dan bakar sampai masak.

sebelum masuk oven
ada pisang lebih, so potong2 jer atas tu
dalam oven....

tadaaaaa....
dah siap!

Monday, January 22, 2018

Lempeng kelapa + oats

Bahan-bahan :

Kelapa parut
tepung gandum / tepung linut
oats
gula (ikut nak manis mana)
secubit garam

Cara membuatnya :

Gaul jer semua bahan-bahan di atas. Jumlah kelapa = tepung + oats. Kalau nak sedap lg kurangkan tepung. Adunan akan agak2 basah. Kalau kering sgt tambah air ckit jer nak bagi bahan2 yang digaul bersatu dan sebati. Dah sebati semua blh sapu minyak ckit kat kuali dan letak sedikit adunan. Leperkan seperti gambar di bawah. Masak kedua-dua belah hingga kekuningan. Siap. Boleh makan begitu saja or cicah dgn sambal/kari/madu....atau apa2 sahaja ikut selera masing2.

Monday, July 17, 2017

Pajeri Mempelam

Bahan-bahan

1. Serbuk kari daging Babas (2 peket)
2. Santan
3. Buah mempelam (celur dengan air panas)
4. Udang / ikan bilis
5. Udang kering (Optional....saya suka letak)
6. Gula melaka/kabung/apong/putih)
7. Kerisik
8. Buah mempelam muda / separuh masak

Bahan tumis

1. Bawang merah
2. Bawang putih
3. Halia
4. Kulit kayu manis + Buah Pelaga + Bunga lawang + Bunga cengkih
5. Daun kari (Optional......kl ada baru letak...heheheheeee)




Sunday, January 22, 2017

Pajeri Nenas

Bahan-bahan
1. Nenas
2. Rempah kari daging Babas
3. Santan
4. Kerisik
5. Gula kabung/gula merah/gula pasir
6. Ikan bilis dan udang kering
7. Air asam jawa.

Bahan menumis
1. Bawang merah
2. Bawang putih
3. Halia
4. Kulit kayu manis
5. Bunga lawang
6. Bunga cengkih
7. Buah pelaga

Cara membuat
1. Tumis bahan tumis sampai naik bau dan sedikit garing.
2. Masukkan rempah dan air secukupnya. Masak sehingga pecah minyak atau rempah cukup masak.
3.Masukkan santan, nenas, kerisik, air asam jawa, ikan bilis dan udang kering. Tambah air sikit kalau kuah terlalu pekat.
4. Masukkan gula kabung dan garam secukup rasa.
5. Masak sehingga mendidih dan nenas agak empuk.

Sunday, January 15, 2017

Jom Balik..........Apam balik

Bila duduk jauh2 ni, slalu dok mengidam nak makan mcm2. Lagi parah bila yg diidamkan tu xder jual kat sini. Kalau ada pun resepinya sik sama ya. Dah seminggu lebih aku dok usha resepi2 apam balik kat beberapa blog. Barang2 pun dah beli, semangat sungguh! Tapi.........nak membuatnya belum ada kerajinan yg jitu. Kacang dah goreng penuh satu bekas. Jadi peneman di depan tv. Akhirnya smlm aku abiskan dgn jayanya :)

Tetiba ptg ni rajin pulak aku. Ambik resepi paling senang, dengan doa dan harapan semoga menjadi..heheheheeeee....maka jadilah apam balik utk minum petang hari ni. Rasa 99.9% sama mcm yg dok beli kat pasar malam, even i think the adunan is tastiest (is this word exist? who care....). Sebab kacang goreng dh abis, dan aku mmg malas nak goreng lagi, so aku letak jagung ja. Adunan tu byk jugak, tapi aku buat 2 keping ja. Kepingan pertama isi jagung + gula perang. Yg ke-2 aku letak jagung + susu pekat cap junjung. Nyemmssss.....sedappppppp dua2.
ini yg ke-2...nampak tak bubble2 tu?
syok tgk bila usaha menjadi
satu kehitaman sikit sbb xtau lagi nak ejas api dapur...tapi xder la menjejaskan rasa
kejap jer abis aku ngap dua keping ni
xper......malam satgi aku sambung lagi.....
Ni resepi yg aku guna :

1. Blend 1 biji telur + fullcream milk (suka hati nak guna susu apa) + secubit garam sampai agak2 kembang. Aku blend dlm 2++ minit mcm tu.
2. Masukkan tepung gandum + soda bikarbonat + baking powder dan smbung lagi blend dlm 1++ minit ja. Kuantiti tepung agak2 sendiri yer.
3. Biar adunan satu jam, then baru masak. Ikut suka nak letak filling apa yg korang suka :)

Tq kpd tuan punya resepi.

Monday, October 31, 2016

sushi or kimbab???

1st time try buat kimbab. Siap tgk youtube lagi cara2 nak gulung nasik tu mcm mana. 1st time buat aku campur beras biasa dgn sedikit beras pulut utk dptkan tekstur yg melekit sikit. Kali kedua aku guna beras biasa + beras perang. Lagi sedap rasanya dari yg 1st.
ni bahan2 yg aku guna masa 1st time buat
hasilnya agak kecil sbb aku potong dua seaweed tu
gara2 ikut chef kat youtube
Kali ke-2 aku dah pandai adjust sendiri. Aku x potong dah seaweed tu. So, besar sikit kimbab aku. Tapi kali ni dah malas nak bersayur bagai. Aku letak tuna dgn telur dadar saja. Anggap jer seaweed tu sebagai sayur...heheheheeee...
hasil yg ke-2
sila abaikan yg bulat tu. Ada org teringin nak buat riceball
dapat la satu bekas ni
tu pu dah berkeping masuk mulut masa dok membalutnya
dapat la bagi sifu rasa sikit
ni ayam grg ala2 kfc....ernie yg buat
sedap!
Macam ni la kehidupan kami di perantauan ni. Bila bosan sgt2 dah, mula la meraka mcm2 benda yg selalunya menambah kolestrol badan. Xpun membina badan di atas katil dan di depan tv. So, jgn tanya dah lps ni knapa aku x kurus2 wpun x suka duduk jauh2 yer. peace......

Saturday, October 8, 2016

Friday night dinner

7/10/2016

Balik keja last day semalam bermalasan jer dpn tv. Si ernie ajak geng dia utk practice speaking utk MUET mlmnya. Aku masak dinner yg simple saja.  
ayam ni aku dah perap t.hr tu
serbuk cili + serbuk kunyit + serbuk kari daging + garam + gula
ketuk 3 ulas bawang putih + minyak, gaul dgn ayam sblm bakar
dah masak.... :)
tambah kicap, ulam dan sambal belacan
menangis2 aku tumbuk sambal smlm sbb beberapa kali merecik masuk mata
aku makan dlm bilik sambil tgk movie ni
best tau
sapa x tgk lagi highly recommended movie
Dah lama sebenarnya nak try buat brownies. Cari2 dkt google sblm lunch tu, jumpa la resepi yg agak senang nak ikut. Keluar t.hr tu semata-mata cari barang utk buat brownies dan jugak beli ayam utk dinner.
b4 masuk oven
x pandai nak buat corak marble, so aku belasah jer
tadaa.....dah masak
Choclate cheese brownies recipe : (tq tuan resepi)

Bahan untuk adunan brownies:
  • 115g ketulan dark coklat atau bittersweet coklat
  • 115g (1/2 cawan) mentega tak bergaram (unsalted butter)
  • 150g (3/4 cawan) gula perang
  • 2 biji telur
  • 50g (1/2 cawan) tepung gandum
Bahan untuk adunan cheese:
  • 1 biji telur
  • 225g (1 cawan) cream cheese
  • 50g (1/4 cawan) gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk adunan cheese:
  1. Pukul telur di dalam mangkuk dan tambah cream cheese, gula dan esen vanilla.
  2. Pukul sehingga lembut dan berkrim.
Cara-cara untuk membuat brownies:
  1. Panaskan oven pada suhu 160 ℃. Griskan dulang bersaiz 8 inci x 8 inci dengan mentega dan lapik dengan kertas minyak atau parchment paper.
  2. Panaskan air di dalam periuk kecil sehingga mendidih dan letak mangkuk tahan panas yang besar menutupi permukaan periuk.
  3. Masukkan ketulan coklat yang dicincang kasar dan mentega kemudian kacau sehingga cair dan sebati.
  4. Apabila sudah cair, angkat mangkuk dari periuk air mendidih tadi dan kacau seketika sambil memasukkan gula kastor.
  5. Masukkan pula telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  6. Masukkan tepung dan kacau dengan perlahan-lahan.
  7. Tuang 2/3 adunan brownies di dalam dulang dan ratakan. Kemudian tuang pula adunan cheesecake di atas lapisan atas brownies coklat dan sudukan baki 1/3 adunan brownies tadi dan tuang di atas lapisan cheese dalam jarak bertompok. Gunakan lidi dan swirl supaya mendapat corak seperti marble.
  8. Bakar selama 30-35 minit atau sehingga kek 'set' di bahagian tengah.
  9. Sejukkan dan kemudian keluarkan untuk dipotong kepada ketulan kecil.

Thursday, September 15, 2016

Donut Kinah yg gebu gebas

Bahan-bahan

2 sb gula pasir
2 sb susu pekat manis
1 sk soda bikarbonat
secubit garam
1 paket mauripan (yis)
1 cawan air suam
4 cawan tepung gandum
2 sb marjerin / butter

Cara buat :

1. Masukkan susu pekat, gula dan air suam. Kacau sebati, then masukkan yis mauripan. Kacau dan biarkan yis mengembang selama 20 - 30 minit.
2. Masukkan marjerin, tepung gandum, soda bikarbonat dan garam ke dalam bekas. Gaul dan ramas bahan2 tersebut sampai tiada ketulan.
3. Masukkan yis yg sudah kembang sedikit demi sedikit sambil uli tepung tersebut sehingga tidak melekat di tangan. (seperti gambar di atas)
4. Rehatkan doh selama 40 - 1 jam @ sehingga doh mengembang.
5. Canai doh dan buatkan bentuk seperti donut. (Seperti gambar di bawah)
ini doh yang telah dibiarkan selama 1 jam
so, mesti jarakkan kedudukan donut supaya tidak melekat antara satu sama lain
6. Rehatkan doh selama lebih kurang 1 jam sebelum digoreng.
7. Salut donut dgn gula @ susu tepung mengikut selera masing2.

Thursday, September 8, 2016

Rose butter cake

6/9/2016

Minggu akhir sebelum balik raya haji seminggu. Misi menghabiskan barang2 dapur yg biasanya akan berkulat bila ditinggalkan. Balik jer dr opis terus keluarkan butter dari peti sejuk. Xtau lagi sebenarnya nak buat kek apa. Even masa dok whisk butter dgn gula pun masih lagi dok pikir2.

Akhirnya setelah bincang2 dgn si ernie, aku buat warna merah dan kuning. Yg merah tu aku masukkan perisa rose utk bt air tu. Satu adunan lagi biarkan kaler asal. Best jer bau sirap rose tu bila dicampur dgn adunan kek.
selepas di layer, sebelum masuk oven
masih panas2 ni
xtau knapa atas tu merekah....
setelah dipotong.....
cantikkan dalam dia
Kek ni bila dah masak sgtlah harumnya. Manis pun sedang elok jer. Resepi ni aku agak2 jer sukatan dia...

1. Pukul 150gm butter dgn 10 sudu gula putih sampai agak2 kembang. (Gula x hancur abis pun xper sbb nanti akan hancur juga bila dh masuk telur).
2. Masukkan 5 biji telur.(masuk satu2 yer, whisk setiap kali masuk telur). Pukul smpai semua gula hancur.
3. Masukkan tepung gandum/ self-rising flour + baking powder satu sudu. Kuantiti tepung agak2 sendiri ikut kesesuaian adunan kek. Kacau sebati.
4. Boleh masukkan 1/2 cawan full cream milk atau santan pekat. (Optional)
Aku masukkn santan sbb susu xder.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan sekejap dgn suhu 180-190 darjah selama lebih kurang 40 minit.

Senangkan. Aku yg x pandai membaking ni pun jadi elok jer kek nya. Kek ni sangat wangi tau sbb letak perisa sirap rose tu. X payah nak letak esen vanila bagai lagi. Try la.......

Wednesday, September 7, 2016

Durian Cream Puff

Semalam ada org bagi rasa cream puff durian. Aku 1st time makan benda ni. Ingatkan ada crepe durian saja, rupa2nya cream puff durian pun ada. Sambil2 marking tutorial exercise, sambil2 google resepi. Dah makan rasa sedap kan, haruslah tahu mcm mana nak buat. Walaupun sudah ku tahu, aku sgt susah dan x pernah buat menu2 mcm ni :)
Dapat resepi ni dari satu blog. Senang nak ikut sbb arahannya bergambar.
Separated the durian flesh from the seed
If not using on the same day, double or triple cling wrapped it in individual containers in the exact weight needed for your recipe. For extra protection against the strong durian odour, seal the container in a ziplock bag. Keep in the freezer. To use, transfer from freezer to fridge the night before to thaw. You can freeze durian flesh for bakes throughout the year.
Making Choux Pastry (Cream Puff Shells): In a bowl, sift or whisk flour, sugar and salt. Set aside.
In a heavy saucepan, add cubed butter and water.
Bring to a boil over medium heat, and let the butter melt fully. Take the pan off the heat and add flour mixture.
Stir with a spatula until the flour is fully mixed in.
Return saucepan to the heat and stir constantly with a spatula until the dough comes away from the sides of the pan and forms a thick smooth ball, about 1-2 minutes.
Let the dough cool to lukewarm temperature. Add beaten egg slowly.
Beat using a mixer or hand blender.
Continue to mix until you have a smooth thick paste.
This is the consistency of the dough (it will fall from a spoon in a thick ribbon).
Spoon or pipe 12 small mounds of dough onto the baking sheet, spacing about 5 cm (2 inch) apart.
Dab your fingers in water and gently flatten the tops of each dough. If you like a golden glazed finish, brush the tops with beaten egg instead.
Bake for 15 minutes at preheated oven of 200°C (400° F). The dough will puff up like a ball as shown. Continue to bake for a further 20-30 minutes (mine took 20 minutes) or until the shells are a nice amber color.
When the shell is split, it is hollow and almost dry inside.
The three puffs on the left are moistened with water, while the four on the right, with a more glazed look, are brushed with egg wash. If you intend to dust with icing sugar, you probably don’t need egg wash.
Making durian cream filling: In a mixer, add whipping cream and beat just until stiff peaks form.Stir in the durian flesh and continue beating at medium speed until the paste is smooth.
Cut the pastry shells in half and fill or pipe with durian cream.
Dust with icing sugar before serving, if preferred.

Thank you tuan punya resepi :)

Tganu lagiiiiii

 aku amik cuti jumaat lepas gara2 nak pi support anak menakan masuk pertandingan peringkat kebangsaan. Maktok pun dh berbunyi nak pi tgk kat...