Showing posts with label About Me. Show all posts
Showing posts with label About Me. Show all posts

Monday, June 22, 2020

memancing dan mcm2

Hari Sabtu balik kampung setelah 2 minggu x balik. Tuntutan kerja yang dah bermula sejak2 PKPB lagi. Dah xder keja2 dari rumah...hanya yang ada anak sahaja boleh bergilir kerja dari rumah yer. Kalau setakat ada anak tekak, anak tudung, anak kucing.....ko kna ke opis mcm biasa....fullstop.
xtvt paling digemari bila di kampung...mancing ikan!!!Lama sgt dah x mancing ni. Hari tu gagah jgk pi area Batu Kawan, tp x berapa nak memberansangkan. Kat kg jgk best. Rezeki kami hari tu ikan puyu dgn talapia...bsq2 la jgk. Ikan PKP katanya.....sbb lama dh x mancing, so ikan semua menggemukkan diri....hehehheeeee....x sabaqnya nak blk mg ni, nk pi lagi.
Si pengacau no. 1 pun balik jgk mg ni. Jenuh kepong! Asyik2 cari pasal dgn kak ngah dia jer...hai laaaaaa....tara nak besaq. Ni gbq masa pi sambut birthday kakak Amanda. Bersungguh dia mkn kek. Mknn lain x layan dah.

Friday, June 12, 2020

Cerita tentang........macam2

Hari ni dah setahun sebulan aku di PBU. Banyak jugak kisah suka2, sedikit2 yg x suka, bykkkkk cerita makan2, jalan2......dan sebagainya. Apa2 pun syukur Alhamdulillah dah dpt kerja dekat dgn keluarga, rumah sendiri. 😊
Diffuser ni adik aku punya. Dulu2 dia slalu pasang kat rmh....tu pun masa awal2 beli la...beberapa lamaaaaaaaa duluuuuuuuu. Sempat la seminggu mcm tu aku rasa masa baru2 pindah dulu. Lepas tu benda ni pun terbiar, sama mcm brg2 lainnya, yg hanya ciwi digunakan masa baru2 beli saja....so, drp x digunakan aku pun bwk ke opis...Alhamdulillah, selalu guna sbb suka tgk wap2 tu terbang dan menghilang.......asyik sungguh😜
ni fav oil yg paling aku suka....hadiah dr srg kawan di Mukah sblm pindah dulu. Masih bertahan smpai skrg, jimat2 aku guna...heheheheeee.....sayang oooooo....bau best. Selalu jgk pakai bila kepala rasa x best. Sapu ckit2 kat tepi2 kepala, kat hidung.....nyamannnnn jak.
Gambar di atas adalah stokin. Kehidupannya agak sama dgn beberapa barang lain......murah dan senang didapati, tetapi cepat menyusut, misplace, missing in action, etc💂😚. contoh terdekat adalah brooch tudung....beli la banyak mana pun, x lama lps tu hanya tgl beberapa bijik....mmg menghairankan. Tapi sbb harganya yg murah, sbb tu kot x berapa nak kisah sgt. Hilang, dah kurang, blh beli lain....masih mampu milik....begitulah seadanya seorang manusia seperti AKU. stokin ni beli kat kedai ECO....satu set ada 2 pasang dgn harga RM2.10 saja....mmg murah bg aku. Benda ni pakai hari2....so, bila nak beli mmg akan beli lebih dari satu set. Kadang2 blm pakai pun dah hilang 1 set......pi mana????? Toksah tanya.....aku pun kadang2 xdak jwpn nak bagi!

PKP, PKPB dan abis. Skrg fasa PKPP pulak......kami adik beradik pun dh merancang mcm2. Dari kenduri kawin yg terpaksa dibatalkan, sampai la kpd plan jalan2 yg dah di plan sejak awal2 PKP bermula lagi. Tu pun semua kena hold sat memandangkan semua pun dah kja mcm biasa, dan dok perati ramai sgt dok start jalan2 dan balik kg.....comfirm jalan jammed and terlalu crowded.
mancing jer la kami....tu pun agak ramai jgk. Blh la grg2 skali mkn kami beberapa org. Lepas gian org kata sbb dah lama berkurung....nampak x mask semua tu....mancing pun semua ikut SOP....musuh kita x nampak kan......
Begitulah coretan sedikit sebanyak. Selamat Hari Raya Aidilfitri......Maaf zahir dan batin. Raya norma baru kita, so xleh nak jemput ke rumah...heheheheeee......tp boleh jer nak jumpa di mana2....onnnzzzzz!

Monday, November 18, 2019

6 bulan.....

Alhamdulillah......

Dah lebih ckit 6 bulan aku kembali berkhidmat di negeri sendiri (Tarikh lapor diri : 15 May 2019). Walaupun bukan di politeknik yg diminta, tapi aku harus bersyukur, at least permohonan pindah yang lepas berjaya. Dan yg paling mengharukan dan aku sgt2 bersyukur, Nik dgn Luqman pun berjaya juga. Dan yg paling2 aku bersyukur jgk, student yg dok jaga kereta aku kat Sibu tu pun, husband dia dah dpt balik ke Semenanjung. Waktu yg sama, hanya masa sahaja berbeza. Kami bersama-sama menguruskan segala hal2 perpindahan di bulan yg penuh mulia dan barakah......BULAN RAMADHAN KARIM...Syukur Ya Allah......

Dan.....setelah 6 bulan, aku masih lagi ulang-alik melintasi jambatan Pulau Pinang setiap hari. Perjalanan yg mengambil masa lebih kurang sejam pegi dan sejam balik. Masa awal2 pindah dulu aku ikut jambatan 1 sbb kluar awal, so trafik masih lg suam2 kuku yg kdg2 menjadi panas bila2 hujan @ ada gangguan trafik di mana2 bahagian jambatan. Bila dah official flexi hour ni, aku dah start guna jambatan ke-2 yg lebih rileks dan agak tenang. Kenapa???Hahahahahaaa...sbb dah flexi, maka aku pun dah kluar lewat dr kebiasaan. Kl ko pegi jgk jambatan 1 mmg cari nahaslah kan. Total expenses perjalanan untuk tol dan minyak dlm RM23.50 SEHARI......TIDAK TERMASUK MAKAN/MINUM. So, total perbelanjaan perjalanan sahaja untuk sebulan hampir RM600.00. Alhamdulillah, bak kata org2 itu, bersyukurlah sbb dah boleh dekat dgn keluarga sndiri. Yer.... saya sgt2 bersyukur....sgt.
Pelangi pagi.......masa ni lps hujan
tgh tg traffic light area bayan lepas
Masih lagi dalam fasa untuk adapt dgn suasana dan pengurusan di sini. Untuk kesekian kalinya menjad "Orang baru". Yg dok berakar dan x pernah pindah2 tu mmg xtau la apa rasanyer kan. Pindah menuntut masa, tenaga dan ringgit yg bukan sedikit....semuanya main ribu2 saja. Itulah pengorbanan kami yg org2 di sini sana x pernah nak ambik peduli dan memahami. Xperlah.....dimaafkan, doa yg x pernah putus untuk kawan2 senasib yg masih lg berada di Borneo, PMU esp, semoga dipermudahkan perpindahan mereka untuk balik ke tempat masing2......Aminnnnn.
antara xtvt pbu yg di joini :)

Saturday, March 30, 2019

viva vs KL Mac 2019

20 mac tu majlis epict 6.0 jtmk. Ala2 viva utk budak2 sem akhir. Ada pameran, booth2 jualan, pertandingan ict segala. Kali ni aku kna handle pertandingan ict. So, pikir punya pikir buat pertandingan poster jer la. Tema adalah IOT :)
sedang tengok2 booth budak2 projek....
ni la group projek aku
tapi aku sv ke-2 jer
Alhamdulillah...Gangsa
syabas anak2 projek semua :)
stress tgk tudung sndiri.....dah mcm minah indon apa jer
 Lepas thumb 4.30 tu aku terus pecut ke airport Bintulu. Skrg ni ke Bintulu lg senang sejak2 pan borneo ni dalam pembikinan. Kalau dah terpaksa sangat baru la ke Sibu. !st time nak tinggal myRayan kat airport Bintulu ni. Moga2 selamat lah dia dalam jagaan Yang Maha Esa.
Parking 5 hari 4 malam RM50 sahaja
Sebagai langkah keselamatan :)
 Flight aku malam tu pkl 8.25 malam. Tapi dkt2 pkl 9 mlm jgk la baru take off. Sampai klia2 lebih kurang pkl pkl 11. Sementara nak cari tempat mkn, drive dari airport ke rmh adik aku...dlm pkl 2 pagi jgk la baru dpt landing atas tilam....penattt!

Esoknya sebelum aku ke hotel, adik aku bwk mkn kat kedai mkn area situ. Mkn mknn org nogori 9 den tgh hari tu.
Gulai Omak Den
Sedap2 jgk makanan sini. Depa hidang mcm kita mkn kat rumah zaman aku kecik2 dulu tu. Pinggan mangkuk pun old school. Rasa2nya geng2 poli Nilai tau jer tu tempat ni. Masa kami smpai pun ada student poli nilai tgh makan situ. Gambaq mknn xdan la pulak nak ambik. Sedaq2 dah nak abih..hahahahaaaa.....nampak tak kesedapannya di situ.
This is Bobo
Aku stay sini
Highly recommended bg yg ada transport sbb hanya ada 1 kedai mamak saja area sini
Hotel cantik dan kemas
Harga yg sgt berpatutan dan termasuk bfast
Even aku check in srg ja, tp PERCUMA utk org kedua juga bfast

Malam tu Ernie sampai dari Penang. Aku ajak dia teman untuk ke Rawang nanti. Nasib la dia blh cuti. Kalau x mau menggagau jgk aku drive srg2. Yang pasti asyik tersalah simpang wpun guna waze. Haru sungguh.

Date : 23 Mac 2019
Venue : Rumah Haney
Program : Mini reunion kelas matrikulasi 1.47, uum

Bak kata shaja, xper kita start dgn 5 dulu, nanti2 lps ni ramai la....... :)
Memang seronok jmpa balik kawan2 lama ni. Ada la dkt 20 tahun jgk x jumpa. Mcm2 gossip kluar balik. Ada yg aku x pernah tau pun. Ada yg terusik juga dengan kenangan lama. Getaran letrik tetap terasa katanya...hahahahahaaaa.....yg penting masing2 dah move on. Umur masing2 pun dah suku abad. Syahdu pulak rasa memikir masa depan. Entah sempat ke idok ke next reunion...Wallahualam.

Dari Rawang kami terus balik ke rumah adik aku. Jammed nak matiiiii. Maklumlah dah start cuti sekolah. Sakit abih semua pinggang dan kaki menekan minyak yg x seberapa.
posing before subuh
mata serupa x blh nak bukak dah
hasil tangkapan di Jaya Grocer KLIA2
sedap gilerrrr
menyesal beli 1 saja....huhuhuhuuu....
nak kirim....

Monday, January 22, 2018

Keranamu SIP

Bila dah tau result sip berjaya dari pihak organisasi dan jpp, makanya bermulalah persiapan untuk ke sana :

1. Yang pertama skali adalah men survey ticket flight. Antara Air Asia dan MAS mana yg lebih berbaloi pada tarikh yang dikehendaki. Of coz la kna tau nak balik bila kan. sip start hari isnin, 15/1/2018. Setelah di kira2 dari semua aspek, aku pun amik tiket 11/1/2018. Tu pun dah rasa kalut sgt dah. Xper la.....Tuhan dah atuq elok :)
2. Sapa yang nak jaga myRayan?? tu pun kna pikiaq jugak. Lama oooo 3 bulan tu. Yang pasti org yg jaga tu mesti la dekat Sibu sbb aku nak kena drive pagi2 buta ke airport. Dan lagi kl ada emergency senang nak balik sana semula.

3. Baju dan barang2 yang nak dibawak balik sepanjang ber sip. Haaaaa....yg ni paling serabut! Proses mengemas bermula seawal result keluar sampai lah ke pagi nak bertolak ke airport. Tu pun ada jugak brg yg tinggal.....

4. Bila dah tau tarikh balik, aku pun call astro untuk temporary terminate the line. Yes, aku pun baru tau sebenaqnya kita blh terminate sementara akaun astro. So xdak la membazir bayar bila kita xdak kat rmh. Ada dua cara seperti yg diberitahu kat aku oleh pihak astro. Pertama, kalau kita confirm nak balik semula ke sana bila, so, blh terus bgtau kat depa, depa akan auto connect. Keduanya kalau x pasti tarikh balik, kita kena call semula bila nak sambung. Dan....kedua2 kaedah di atas adalah FOC. Aku amik kaedah yg no-2.

5. Yg ni idea di saat2 akhir sblm balik Penang. Ikut plan aku akan naik keta adik aku utk ke tempat sip sbb dia mmg pi kja naik motor. Tapi bila dipikir2 kan balik, rasa mcm nak kna ada back up transport jugak. So, xkan nak beli kereta sebijik lagi pulak kan. Bincang2 dgn family maka nak amik sebijik scooter. So, kena lah jugak aku amik lesen motor. Amik "L" dulu, then seterusnya sambung kat Penang. Dan aku juga berjaya melelong motor aku yg di Mukah ni. Terima kasih kepada yang membeli. Anda telah memudahkan perjalanan sip saya :)
6. Menetapkan tempat tinggal semasa sip. check jer kat google, jarak rumah parent dgn rumah aku ke tempat sip. Mmg dari rumah parent la paling dekat. So, decide utk ddk kg. Weekend baru balik rumah sndiri kalau ada keperluan.

7. And last skali baru la jumpa pegawai ulpl untuk mendapatkan panduan menjalani sip. Mcm mana nak buat report harian, report akhir, format bagai, borang perjalanan, etc.

8. Tugas-tugas lain adalah berkaitan dengan pnp dan juga tuntutan kualiti. Kena buat penyerahan tugas, dan kena complete la tugas2 yang nak diambil-alih tu. Penutupan FRP, kna untick student di spmp, pencerapan dan sebagainya. Mmg kalut.
Begitu lah serba sedikit persiapan sip aku. Nanti bila2 senang aku buat entry cara2 permohonan sip pulak yer. Mana tau ada yg teringin nak buat pulak lps ni.

Friday, January 19, 2018

Happy new year yg x berapa nak happy

Permulaan tahun 2018 yg agak disaster. Mental dan fizikal diuji berterusan. Sudah hampir 6 tahun di bumi Borneo.....masih lagi belum ada rezeki untuk balik ke tempat sendiri. Janji2 terus dimungkiri entah ke berapa ratus, ribu kali. Why???? Persoalan yang masih tiada jawapan hingga ke hari ini. Hanya yang senasib sahaja yg tahu betapa kami begitu memaksa diri menghadapi SEMUA dengan tabah. AlFatihah kepada siapa2 yang menganiaya kami.....semoga diberi petunjuk oleh Yang Maha Esa. Aminnnn.

Rasa mcm tepu otak, x dpt dah nak pikir. Balik bercuti sem tetiba dapat petunjuk untuk buat SIP. Mula2 rasa agak ragu2, takut jgk nak masuk industri setelah sekian lama berada di zon selesa. Agak selesa la sbb dah tau sgt dengan sistem poli ni kan. Tapi sekali sekala kita memang perlukan perubahan.
Dipendekkan cerita, maka dapat la aku tempat SIP yang dekat dgn rumah parent. Dalam +-12 km jer. Ikut procedure JPP, kita kena dapat kelulusan dr tempat yg kita nak buat sip dulu, baru blh isi borang online. Pegawai di pmu pun sangatlah membantu memudahkan urusan permohonan sip aku. Geng2 yg dah pernah pegi pun x kurang begitu senang membantu. Terima kasih kawan2 :)

Lebih kurang seminggu keluarlah result. Permohonan berjaya! Alhamdulillah. Syukur. Geng opis pun byk membantu dan memberi semangat. 

Bermula lah episod mengemas barang2 untuk dibawak balik dan juga disimpan. Kat sini cepat berkulat. Even tinggal rmh seminggu putih abih dapor gas naik kulat. So, semua brg2 yg ditinggal kena masuk kotak. Kena seal mcm nak masuk kontena. Dengan harapan dan doa semoga lps sip nanti terus kemas brg for good....Inshaallah.
dari KL-Pen dapat flight besar yg dok pi oversea tu
jakun sbb x pernah naik
selesaaaaaaaaaa sgtttttt
tapi mabuk tetap ada....hadoi la.... :)
Maka bermula la episod baru untuk 3 bulan yang akan datang. Nampak la betapa sukanya my mom....ready siapkan bilik bagai. Terima kasih mak. Semoga mak dipanjangkan umur supaya kakak dapat berkhidmat untuk mak selamanya. I love u forever.
btw ni lauk lunch tadi
Jumaat rehat lama, sempat la blk mkn, mandi semua kat rmh
Dah lamaaaaa x rasa nikmat mcm ni

Wednesday, July 20, 2016

Birthday 2016 - 2nd celebration

17/7/2016

Kembali semula ke pmu setelah bercuti raya lebih kurang 2 minggu. Flight mcm biasa MAS pkl 7 pagi dari Penang. Itu jer flight yg agak murah dari Penang Ke Sibu dan hanya transit di KL. Kalau yg lain2 akan transit ke Kuching jgk, so aku kna naik 3 flight...oh NO! Kali ni aku terpaksa jgk amik airsickness pill setelah sekian lama x amik dan bertahan. Start balik bln puasa hari tu, mmg dah x dpt nak tahan lagi. Kepeningan hampir seminggu memang betul2 buat aku serik.

Sampai ke pmu jam hampir ke pkl 9 malam. Fizikal dan mental memang dah sangat letih. Kalau aku ni hp...mmg dah terpadam sejak petang tadi lagi. Ernie dtg jemput kat kereta sbb brg byk nak bwk msuk. Dari luar lagi aku dok beletiaq bila tgk rumah gelap gelita.

"Tak kan keluar sat pun awk tutup abis semua lampu...". 

Dia diam jer bila aku dok pot pet pot pet sampai depan pintu rumah. Bukak jer kunci aku terus masuk, tangan terus mencapai suis utk on lampu. Tiba-tiba.......

"SURPRISE............! 

Wahhhhh......chelva dan fifah pun ada. Patut la si ilham pun beria-ia nak htr brg aku smpai ke dalam rumah. Dia pun terlibat jugak rupanya. Tergezut akak dikk......dah lewat sgt ni sambutannya, dah lebih 10 hari...heheheheeeeee.......anyway terima kasih banyak2 semua. Ksal mmg saaaayaaannngggggg korang sampai hujung nyawa. Terus rasa mcm bateri dah charge 100% :)
mango cheese cake
by Miss Ernie Afifah......sedap sgt!
tak sangka awk pandai buat cake yg saya nak sgt mkn ni
Next project tlg buatkan durian cheese cake pulak yer :)
Behind the scene
Gambar paling win malam tu
cantik
Sesi suap-menyuap cake
xde pulak si ilham dlm gbr ni
tgk la....sememeh jer muka birthday girl kan.....bulatttttttt!
Alhamdulillah......tq Allah di atas hidup ini. Aku bersyukur dengan apa yg dimiliki dan masih cuba menjadi insan terbaik mengharungi dugaan Mu. Doakan yg baik2 saja utk kami semua yer :)
tq for the present
abaikan muka ku di pagi hari itu
cekang lagi.....x blh nak senyum :)

Sunday, June 19, 2016

Peristiwa 13 Ramadhan....

18/6/2016 - Sabtu

Bila bulan posa ni, weekend adalah sangat di tunggu2. Selain boleh bgn lewat, duduk saja depan tv berjam-jam pun dah heaven sgt. Lepas sahur jer aku terus tidor balik. Kononnya lps sahur nk terus basuh baju, senang sidai awal dan cepat kering. Tapi panggilan tilam, selimut dan bantal mmg x dapat nak tolak. Sedar2 jer dah dkt pkl 10 pagi....itu perkara biasa bila posa... :)

Lepas jer cuci muka semua aku terus ke dapur. Sambil2 mesin baju, aku buat preparation untuk masak kuah laksa. Yg lambatnya bab nak asingkan isi dan tulang jer la. Yang lain2 tu sat saja. Sebelum pukul 11, kuah dah siap semua letak atas dapur. Biasanya bila masak aku mmg bukak tingkap dan pintu blkg, kalau tak abis satu rumah berbau. Bila bukak ni kurang la sikit.

Sambil2 mengacau kuah laksa dalam periuk tiba2 terasa diriku diperhatikan. Mata terus pandang keluar....wahhhhhh terkejutnya aku, sekor ular hitam betul2 ada kat depan pintu dapur tu, dah get ready nak masuk dalam rumah. Aku terus lari ke depan sambil panggil ernie mcm dah histeria jadinya. Mata masih kat luar sbb nak tgk ular tu masuk ke mana. Walaupun takut terpaksa jgk tgk.....dengan air mata yg dah laju mcm hujan.

Masa si ernie smpai kat aku, ular tu dah pun masuk ke dapur, x sempat lagi nak tutup pintu. Ular tu mcm mmg nak serang kami sbb dia terus jer menjalar nak mai ke ruang depan. Mula2 xnak tutup pintu tengah tu, tapi kalau biar takut sampai ke depan, bilik pulak dia masuk. Kami terus tutup pintu, dan halang bawah pintu tu dgn bundle kertas A4. Waaaaa......di saat2 genting mcm ni semua org pun x jawab call, xder kat rmh la, xder liputan la.....geram betul!

Dipendekkan cerita, akhirnya ada 2 org Hamba Allah datang membantu. Bersungguh depa menyelongkar dapur mencari di mana ular tu bersembunyi. Depa jugak la yg tutup api gas aku yg kuahnya dah bersungguh2 mendidih. Nasib tak masuk dalam periuk tu. Alhamdulillah, akhirnya depa jumpa di sebalik almari, bergayut kat situ (Ernie yg bgtau, aku mmg x tgk dah). Tu pun setelah abis semua brg kat dapur tu dialihkan. Memang mcm tsunami la dapur aku semalam.

Aku punya imaginasi mmg tinggi. Walaupun depa dah tangkap ular tu, tapi masih jgk terbayang2 dimata, takut2 kalau dia ada geng. Dengan dapur yg bersepah, penatnya menjerit dan menangis, mmg xder hati la nak kemas. Call service maid Mukah, katanya minggu depan baru blh datang. Akhirnya si Ernie ctc geng dia di kamsis. Depa la yg mai tolong kemas, basuh semua dapur aku smpai belakang. Baru la aku berani nak masuk dapur lepas tu.

Sebenarnya, sblm ni mmg xder la benda2 mcm tu nak masuk ikut blkg. Tapi, lubang2 yg aku tutup sblm ni abis dibukak budak2 yg dok main kat blkt tu. Dah ditegur, tapi masih jgk buat bila aku xdak kat rumah, GERAMMMMMM SGTTTT! Sblm balik hari tu aku sempat tutup dengan jaring jer yg agak besar la lubangnya. Baru jer 2 minggu aku balik dari bercuti, 2 hari pertama jumpa scorpion, mg lepas pun jmpa scorpion yg berganda besarnya, smlm pulak si ular......lemah sgt dah rasa jantung aku ni asyik terkejut dgn benda2 mcm tu.

Bak kata si Chelva... "Kita tunggu harimau, singa, gajah pulak masuk rumah lps ni K.sal".

Budak2 tu abis basuh dapur tu dh dkt 3.30 ptg. Lps tu kami semua keluar ke bandar. Depa nak ke Bazaar. Aku ke kedai hardware dulu, cari jaring yg memang sgt kecil lubang2 dia. Jaring nyamuk terus aku beli. Balik tu sambung proses laksa, sambil2 pasang jaring dulu kat belakang. Ernie la yg byk tolong pasang, aku masak sbb dah lewat sgt. Siap pasang, masak semua dah dkt pkl 6.30, sikit lagi jer nak bukak posa. Memang sgt penat kami semalam. Malam tu sebelum pkl 11 dah lena kami berdua. Sedar2 jer alarm sahur pkl 4 pagi.

**Masa tgh taip ni pun masih lagi ketakutan...waaaaaaaaa.......

Monday, May 9, 2016

Cuti backup

7/5/2016 - Sabtu

Hari ni Sarawak mengundi, hari ni jugak flight akubalik ke Penang. Tiket backup yg dibeli sekiranya permohonan pindah x berjaya.......so, bila dah balik ni paham2 jer lah yer. Tapi kami2 masih belum berhenti berharap, semoga rayuan membawa berita bahagia :)

Sesudah subuh, kira2 5.30 pagi aku dah bertolak dari pmu. Bertolak awal sbb takut jammed di hari mengundi. Malam sabtu tu 1st time tdo sorang kat rmh slps peristiwa si ular jatuh kat sliding door. Tawakal hanya pada Yang Satu.....tapi sepanjang malam rumah aku cerah dengan semua lampu dipasang. Takut  daaaaa.....

Wpun aku kluar awal, tapi kenderaan dah ada di jalanan. Takdak la byk pun, tapi dah cukup sebagai peneman sebelum hari betul2 cerah. Lega rasa.....
sampai airport sibu dlm 7.40 setelah menghantar kereta di tempat biasa
Dalam perjalanan tadi perut dah berbunyi2
Ini la menu fav aku di sugar bun....hanya di Sarawak...best!
my ride.......flight Sibu - KL
Flight Sibu - KL pada awalnya ok saja. Tapi dalam 1/2 jam nak landing tu mula bergoyang2, bergoncang agak kerap. Aku yg masih demam suam2 kuku terus sakit kepala pening semua mai balik. Basah baju dan tudung dgn peluh sejuk. Kluar jer dari kapal terbang terus ke toilet basuh muka rambut semua. Pegi nak amik luggage conveyer dah stop, tinggal beg aku jer terbongkang kat situ.

Ramainya org hari ni. Berjalan pun asyik berselisih bahu. Lepas amik beg aku terus ke Jaya groceries mencari buah untuk menahan pening dan loya. Siap beli semua terus jer ke tempat drop luggage. Demam semakin melampau, tahan jer diri dari jatuh. Jalan pun bergantung kat troly beg tu. Ya Allah....x laratnya.

Boarding di gate K18....haru, mmg sgt jauh. Lepas imigresen check terus ke tempat menunggu buggy car. X larat sgt dah ni, biaq la org nak kata apa pun. Smpai jer ke sureau pertama di gate K terus jer masuk. Lepas solat terus mkn ubat demam, salinb baju semua and rehat kejap sebelum jalan ke gate K18. Dugaan sungguih bermusafir di kala sihat itu diambil seketika. Dalam flight aku mmg tdo jer smpailah pilot umum nak landing.

Sampai Penang airport dalam pkl 5 ptg. Adik smpai lbh kurang 15 min lps tu. Mcm biasa jalan yg sgt jammed mmg x dapat nak elak. Senang cerita dkt pkl 8 mlm baru kami smpai rumah. Seharian aku dalam perjalanan...PENATTTTTTTTTTT.....
Si Amanda ni mcm biasa la. 1st time nampak ayong dia mmg akan meraung dulu. Sama mcm si Hanni yg bersungguh2 menangis bila jaga tdo tgk aku jer dalam kereta. Esoknya terus jer mcm xdak apa2 yang berlaku. Tak paham aku..... :)

Tuesday, April 26, 2016

Cerita Hari Ini

Hari ke-2 senaman pagi dengan chelva setelah stop sekian lama. Bukan senaman sgt pun, mcm biasa jalan2 pusing poli saja. Sebab dah lama sgt x jalan, kaki mmg sakit balik la. Nak panjat tangga adalah paling seksa.....lenguh abis lutut & buku lali.

Hari ni basuh baju. Sejak peristiwa terkejut dgn ulaq hari tu, mmg dah x berani nak bukak sliding door. So, baju2 yang guna hanger semua aku sangkut jer kat besi langsir tu. X cukup kat ruang tamu, kat tingkap2 bilik pun aku sangkut jgk. Nasib la kan.
ni baju sangkut kat ruang tamu.
dah mcm kedai bundle jadinya
Sambil2 basuh baju lps jalan tu aku terus jer masak. Ikan yg dah siap bergaram kunyit smlm tu aku grg, buat sayur rebus saja. Hari ni aku masak 100% brown rice yg chelva bagi tu. Selalu aku campur jgk dgn beras biasa. Mmg agak lama baru nasik masak sbb beras ni kena letak byk air. Anggaran 3 or 4 kali ganda dari kuantiti beras. Kalau x ckup air, nasi akan keras. 1st try pg ni nasi jd sgt ok :)
rasa agak melampau jgk bfast aku ni
Tapi sedapkan hati sebab dah jalan 2 round subuh td
Aku msk ckup2 saja, so mmg x blh tambah dah...hahahaaaaa....
Sambil2 tgk movie, sambil2 menyiapkan CAIST yg terhenti di awal sem dulu. Nasib ckit jer lagi yg belum lengkap. So, dlm 15 minutes mcm tu dah siap.....Alhamdulillah. Then sambung update kursus2 yg diajar dalam 2 tahun terkini. Bila tgk balik mmg beban semakin bertambah setiap sem. Aku sendiri rasa x percaya dgn kemampuan diri sendiri...heheheee....Bangga seketika :)
byk kan subjek aku?
Sem ni paling win...3 kursus jadi penyelaras!
Kat atas ni la movie yg aku tgk sambil2 buat keja tadi. Best la jugak....ada lawan2. Cintan-cintun sikit saja....so x boring tgk.
ambik dari FB opismate
mmg lawak
kena save sini supaya x hilang

Saturday, April 9, 2016

Borang Tukar

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Please pray for us :)

Kami semua dah SANGAT LAYAK untuk berpindah
Kami semua dah SANGAT PENAT ulang-alik, melalui perjalanan yg panjang, transit dan bermalam di airport.
Kami semua dah terlalu lama TERANIAYA oleh mereka2 yang punya KUASA.
Kami semua dah SANGAT BOSAN menghitung hari2 untuk cuti, mengira-ngira budget utk tiket flight...duduk srg2 dalam rumah sampai boleh bercakap dgn SEMUA BENDA yg ada.

TAPI......

Kami terpaksa BERTAHAN...demi mencari rezeki yg HALAL...inshaallah
Demi KELUARGA......kerana aku bukan org senang
Demi CITA-CITA dan CINTA...kerana mengajar dan mendidik telah sebati dalam darah daging ini.

Semoga DOA kami di Amin kan oleh semua yg membaca blog ni....TQ.

Rumah hanan masuk ulaq lagi....
berkampung dia and anak2nya kat rmh aku mlm tu
Geli-geleman aku dgq cerita dia...bila lah nak berakhir

Mlm tu aku mandikan si Adawiyah
tak berani nak mndikan di bilik air, letak jer dalam sinki
Nasib dia behave jer....pasrah aku buat mcm mna pun
Gambar2 kat bwh tu semua acik ilham yg snap
Geram tgk! Berketul-ketul


Hari ni aku keja
Berbekalkan maggi hot cup utk lunch
lama dah x mkn maggi ni....x tahan  td pegi koop beli sblm naik opis
Seminggu dah berlalu untuk final exam poli2 seMalaysia. Bersungguh marking sbb sem ni exam 2 minggu saja. Tak boleh nak malas2, santai2 marking. Semua mesti tekun dan jitu demi mengejar dateline. Fuhh...berpinau mata den... :)

Tuesday, February 23, 2016

Weekend Story

Weekend yg ditunggu-tunggu setiap masa. Xder xtvt apa pun, cuma mau lepak2 dan relax2 di rumah saja. Lagi pun skrg hujan x tentu masa. Dari panas membahang tetiba boleh hujan dgn selebat-lebatnya. kuasa tuhan kan. Siapa la kita nak pikir lebih2......

Sabtu malam berambeh bersama-sama beberapa student hci sem lepas. Masak benda2 simple saja, janji kenyang dan depa suka. Aku pun suka masak kalau ada org yg nak dan sudi dtg makan.
kari ayam, sayur labu, sambal tempe + ikan bilis, ikan grg, linut dan ulam-ulaman.
Ada jgk nenas dan jambu air dgn cicahan yg super pedasss...hahahaaa
jambu air disponsor oleh PA depa, Pn.Roha...tq yer :)
Ahad petang ada jemputan birthday party si Aisyah yg comel sangat tu. Mmg xkan lepaskan peluang la kalau blh jmpa budak comei ni. Makan lagi aku ptg tu wpun baru jer lunch pkl 3.30 lbh kurang. Ahad tu mmg aku bermalas-malasan extravaganva. Bangun pun pkl 10 pagi! Bersungguh benar tdo...
Aisyah in action
berduaan dgn adik hariz naik kereta remote
balik dr rmh aisyah lbh kurang pkl 6++ ptg
Si ilham ajak try air ala2 starbucks yg dijual kat tapak kaul
nama  mmg mengancam "OVERDOSE"
sayangnya flavor cappucino dh abis sbb dh lewat.
Aku try greentea, ilham try hazelnut
budak2 tu try choco...
Nak kata sedap sgt tu xla....bagi aku SharedTea kat Medan Mall tu lg win la
tapi kuantiti mmg sgt byk! Smlm baru aku abiskan.
Ulang tayang asam pedas Kg.Bakong lagi
Kali ni aku mmg pesan siap2 xnak letak terung
Mmmg sgt mabeles as usual
dan yg paling best kali ni ada belimbing buluh...my favorite jgk tu...sedapppp!
Minggu yg sgt panas....cerita lapuk sejak aku pindah sini. Xtau la bila masalah sauna kat jtmk ni nak selesai. Keluhan kami2 org bawahan ni sekadar pelakon pembantu picisan sahaja bg mereka2 yg mempunyai KUASA BESAR......di dunia. Ayat membela diri biasa "Ada masalah kita boleh bincang....." Dah selalu sgt didengar..tapi hasilnya tetap ZERO. Akhirnya kita kembali pada yang SATU, Yang MAHA KUASA....berdoalah...semoga semuanya berakhir dengan baik, dari dunia hingga akhirat......Amin.

Tganu lagiiiiii

 aku amik cuti jumaat lepas gara2 nak pi support anak menakan masuk pertandingan peringkat kebangsaan. Maktok pun dh berbunyi nak pi tgk kat...