Monday, April 29, 2013

Pesta Kaul - part 2

Pesta kaul dah berlalu smlm...puas hati sbb dpt pegi dua kali..wpun pd kali pertama x brp nak best sbb panas, tp pegi waktu mlm mmg x sia2...cuaca agak ok, x brp nak panas kecuali kat bhgn khemah yg jual mcm2 kraf and manik koran. kali ni mmg blh bergambar habis2an...
kat cni ada jual burger rusa, tp masa kami sampai semua jenis burger pun dah abis.....kempunan den.
hana sampai gosok2 mata pilih manik koran...
cantik tak???
makcik tu pakai baju tradisional melanau...
     

siap isi buku pelawat tu...heeheeheeee
 
 
benda ni namanya Tebaloi...1st time rasa kuih ni..dibuat dari sagu. ada dua jenis, satu inti payak (udang) dan satu lagi inti ikan. cara masak mcm buat pulut panggang...struktur fizikal, rasa ala2 kuih 'dangai'..tau x kuih dangai tu apa??xtau cari kat pokcik google la yer...1st time mkn ermmmmm sedap dimakan panas2..aku paling suka yg payak punya, manis sikit rasa dia...
sebelum balik kita minum dulu.....mkn ringan2...sedikit terkilan sbb x dpt mkn burger rusa...

Sunday, April 28, 2013

recipe of the day - spagetti bolognese

suka mkn spagetti x?? aku sangat suka.....especially spagetti bolognese..pernah bljr dgn kawan2 seperjuangan...so, dah byk kali buat, campur tolak resepi2 dr kawan2, so bila buat spagetti bolognese aku akan guna resepi ni...mmg konfem sedappppp!!
so, here we go....

tumis bawang besar yg kulit kuning tu bersama 2,3 ulas bawang putih. bawang besar agak byk...3 - 4 biji bergantung kepada kebesaran saiznyer.
tumis sampai kekuningan dan naik bau yg wangi (bawang besar ni potong dadu yer)
kemudian masukkan cili giling (optional) utk sedikit rasa pedas. brp byk nak masukkan ikut selera masing2 yer. tapi ingat, cili kering ni diblender tanpa memasukkan apa2 yer..hanya cili semata2 dan air la kan, jgn pandai2 nak masukkan belacan ke..jintan ke....mmg hancus terus rasa kuah ni nanti.
then masukkan daging kisar AYAMAS...tak kisah sama ada lembu @ ayam..tips : utk kuah spagetti ni biasanya daging lembu adalah lebih sedap dan lebih kick! nampak x ada satu benda hitam kat dalam periuk tu???haaaaaa...yg tu adalah asam keping yer puan2masukkan la seketul dua sbb daging kan ada rasa manis ckit, so kita nak bg rasa masam masam manis..kacau tanpa henti sampai daging tu layu dan keluar air2 daging tu ( sekejap jer, dlm 5 min dah ok)
inilah RAHSIA utama kesedapan kuah spagetti ni yer...sos prego perisa tradisional dan cendawan + tomato puree..masukkan sos2 ni setelah daging tu separuh masak...tomato puree tu kalau nak blh letak lebih dr 1 tin sbb lagi byk lg sedap, tp jgn over sudaaa..
seorang pro sedang membuka tin... :)
boleh jgk masukkan perencah ni...tp biasanya x masukkan pun xper, kita blh gantikan dgn cheesedale..cuma nak sedikit rasa cheese jer dlm kuah tu nanti
 kalau rasa2 kuah tu mcm agak pekat sgt blh la masukkan sedikit air supaya senang nak kacau dan x hangit di bawah periuk. masak sampai kuah tu pecah minyak...tau ka pecah minyak mcm mana?? bila dah pecah minyak masukkan sos tomato dan sos cili...sos tomato dalam 1 cawan, sos cili 2 sudu besar saja yer, jgn byk sgt nanti kuah kita terlebih manis.
kemudian baru masukkan sayur2 yg berkaitan...tomato potong dadu, capsicum potong dadu, nanas potong dadu (blh guna nanas yg dlm tin), cendawan butang, shitake mushroom....etc. kalau suka blh juga masukkan kubis purple dan carrot, aku x brp suka dua2 jenis sayur tu, sbb tu mmg xkan dimasukkan...haaahaaahaaa
kacau dan perasakan...biasanya kita hanya perlu tambah secubit jer garam sbb semua sos tu semua dah bergaram..so, rasa dulu yer sblm nak tambah garam.
kuah yg dah 99.9999% masak...knapa blm 100%???
sebelum tutup api, masukkan mix herbs ni satu sudu kecil, oregano leave ni 2 sudu besar. kalau dpt fresh origano lagi best tau, tp kalau xder yg kering ni pun dah ok sgt.
 kuah dah siap.....so, nak rebus spagetti pulak :
inilah pilihan spagetti our family....ANgel Hair.....halus dan kenyal...
mula2 masak air bersama2 secubit garam dan sedikit minyak/butter. tujuannyer supaya spagetti tidak melekat sesama sendiri bila dah masak nanti
masak sehingga spagetti lembut, tp jgn keterlaluan..biar ada rasa kenyal ckit.
 sebaik spagetti dah masak, terus tuang dlm penapis dan lalukan dibawah air paip utk disejukkan. tujuannya utk mengekalkan struktur spagetti itu supaya tidak overcook bila kita biar dia sejuk sendiri. so, teruskan lalu di bawah air sampai sejuk ok....dan setelah itu barulah di toskan..sedia utk dihidang.
tadaaaa......jemput makan semua.... :)

Saturday, April 27, 2013

yang kamu patut ambik tau!!

dialog di sebuah pasar di pendalaman sebuah negeri :

pembeli : buah ni berapa?
penjual : sekilo 4 ringgit.
pembeli : timbang yg ni ( sambil memberi sebiji tembikai susu utk ditimbang, oooooo sekilo setengah, so 6 ringgit la...sambil ckp sorang2 dlm hati)
penjual : ok.....7 ringgit.
pembeli : eh!! sekilo setengah kan, knapa sampai 7 ringgit pulak?
penjual : aaaaaaaaaaa...... 6 ringgit.

si pembeli terus byr 6 ringgit dan terus blah dr situ dgn hati yg yg bengkek...dlm hati terus mengomel...dah terang2an timbang tu tunjuk sekilo setengah..nak tipu jgk tu...MEMANG DASAR.....bla..bla...blaaaa....eeeeeeeeee.....geram aku!!
fyi perkara mcm ni dah byk kali jgk la jadi sejak aku ddk di sini. ada beberapa penjual yg mmg suka menipu dan amik kesempatan ke atas pembeli....letakkan harga yg bukan2...pernh sekali aku beli ikan yang sama dkt penjual yg sama dgn harga yg sgt berbeza (tapi hari yg lain la kan)...xkan harga ikan blh berbeza begitu byk dalam masa x sampai 2,3 hari kan....tau x beza berapa??kata la aku beli hari isnin sekilo 35 ringgit, tp bila pi hari rabu/ khamis dah jadi sekilo 20 ringgit..puncanya, hari isnin tu aku terus jer byr, tapi hr rabu tu aku cuba jaya tawar dulu, dan blh pulak kurang sampai 15 hengget!!nampak x mcm mana deme meniaga....
so, pengajarannya kl nak beli sesuatu tu xyah nak excited sgt, tgk harga btl2, tawar menawar mmg sgt penting di sini. lagi satu masa depa timbang tu tgk jugak..yg tu la yg selalu depa dok tipu...lebih2 lagi bila tahu kita org luar....
 yes...di sini kita mmg org luar, masa 1st time sampai, beli tong gas sebijik rm180.00...so, bila kat opis tu sembang2 la dgn opismate, dia kata kalau bwk org tempatan kita blh dpt 120.00 sajer..... 60.00 tu beza...sgt byk...dah la kat sini brg2 mahal kan...tp masa tu dah beli, nak bt mcm mana lg, redha jer la..kita pun x terpikir la pulak kan kat sini sgt berbeza....tapi tu la org kata "jauh perjalanan luas pandangan". mmg betul la..luuuuaaaaasssssssssssssss sgt pandangan bila dtg sini...serius!!
so, itu la serba sedikit cerita hari ini..bukan nak mengata sesiapa, cuma utk pengajaran kpd org lain dan diri sendiri...setiap tempat of coz mmg berbeza dari tempat sendiri kan??tapiiiiiii...kat cni byk lagi benda2 lain yg best!! jom gi kaul.....x sabaq dah ni...
gara2 pesta kaul...mukah yg selalu aman damai ni pun blh jem dgn teruknya..tu blm lagi pegi tapak pesta, mmg sgt4 ramainyer kenderaan, mcm mana la nasib aku dan montel mlm ni yer...kat cni area bandar yer...sebelah kiri tu uitm, depa buat auto show kat situ...sbb tu la sesak jdnya..

Pesta Kaul

Pesta Kaul di Mukah dah start beberapa hari yang lalu, tp kami masih belum berkesempatan utk pi tgk...kata org kalau dah keja kat sini at least sekali mesti kena pi tgk pesta kaul.
"Pesta Kaul Mukah merupakan pesta keramaian yang diraikan oleh Masyarakat Melanau pada setiap tahun. Pesta tradisi ini menghimpunkan pelbagai upacara dan adat resam yang menarik dan mempunyai keunikan tersendiri.

Dahulu, Kaul dilihat sebagai perayaan keagamaan oleh Masyarakat Melanau ‘Pagan’ untuk memohon restu daripada penunggu laut, darat, ladang dan hutan agar penunggu tersebut tidak mengganggu ketika mereka mencari rezeki. Disebabkan kaum Melanau sinonim dengan aktiviti nelayan. Kaul diadakan bagi menandakan musim tengkujuh telah berlalu. Perubahan agama  dan anutan di kalangan Masyarakat Melanau turut mengubah aplikasi dan kepercayaan Kaul. Kehadiran Islam dan Kristian membawa dimensi baru kepada kaul yang lebih sesuai dilihat sebagai Pesta Sosio-Budaya. Namun, di dalamnya masih terpelihara dan terselit keunikan warisan Budaya Melanau di Negeri Sarawak iaitu masyarakat yang masih mengekalkan upacara tradisi yang disesuaikan mengikut masa.

Pesta Kaul menjadi medan perkelahan komuniti terbesar masyarakat Melanau. Pesta ini bakal menyajikan satu manifestasi khazanah budaya kaum Melanau dari aspek pakaian, kraftangan, makanan, permainan, tarian dan adat resam"
info tu aku dpt dr website...so mmg btl kat sana mmg kita dpt tgk mcm mana budaya masyarakat di sini dari pelbagai aspek...ada kuih2 tradisional depa, peralatan2 tradisional...dan mcm2 lagi
salah satu tarian yg dipersembahkan kpd pengunjung pesta...agak ramai tourist luar yg dtg, agaknyer depa mmg dah tau skrg ni musim kaul...

setiap stall dihias secara tradisional..mostly anyam2an dr daun kelapa, rumbia, rotan dan lain2..
setiap stall adalah mewakili satu kampung di area sini....rupa2nya mmg byk kampung2 di sini, cuma x pernah nak perasan pun..
cuaca sgt panas yer...peluh dah meleleh sampai ke tumit wpun br jer sampai xdan 10 min pun...eh!!bila masa pulak ada makhluk kat sobolah tu??

brg2 kraftangan pun byk...comei2 balaka
haaaaa....yg ni demo mcm mana depa dptkan sagu dr batang rumbia tu...ini mcm saluran utk asingkan sagu dr air
batang sagu sedang diparut...ada jgk yg naik try buat kat atas tu...aku??mmg xdak ler kan, binaan agak tinggi dgn hanya bertiangkan 4 batang kayu bulat...takutttt...

pagi ni (sabtu), PEHIN dtg buat perasmian....smlm tgk penari2 dok bt rehearsal...ratu2 kaul pun dah bersiap cantik. nak dtg mlm ada panggilan kenduri pulak...nyam...nyam.....sedapppppp...tgk la mlm ni kl pegi lagi, i update lain yer. smlm sbb terlalu panas, nk jalan2 pun x brp nak best...chowww...

 

Geng Makan PBU 2024 onward

 Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...