Pesta Kaul di Mukah dah start beberapa hari yang lalu, tp kami masih belum berkesempatan utk pi tgk...kata org kalau dah keja kat sini at least sekali mesti kena pi tgk pesta kaul.
"Pesta Kaul Mukah merupakan pesta
keramaian yang diraikan oleh Masyarakat Melanau pada setiap tahun. Pesta
tradisi ini menghimpunkan pelbagai upacara dan adat resam yang menarik
dan mempunyai keunikan tersendiri.
Dahulu, Kaul dilihat sebagai perayaan
keagamaan oleh Masyarakat Melanau ‘Pagan’ untuk memohon restu daripada
penunggu laut, darat, ladang dan hutan agar penunggu tersebut tidak
mengganggu ketika mereka mencari rezeki. Disebabkan kaum Melanau sinonim dengan aktiviti nelayan. Kaul diadakan
bagi menandakan musim tengkujuh telah berlalu. Perubahan agama dan
anutan di kalangan Masyarakat Melanau turut mengubah aplikasi dan
kepercayaan Kaul. Kehadiran Islam dan Kristian membawa dimensi baru
kepada kaul yang lebih sesuai dilihat sebagai Pesta Sosio-Budaya. Namun,
di dalamnya masih terpelihara dan terselit keunikan warisan Budaya
Melanau di Negeri Sarawak iaitu masyarakat yang masih mengekalkan
upacara tradisi yang disesuaikan mengikut masa.
Pesta Kaul menjadi medan perkelahan
komuniti terbesar masyarakat Melanau. Pesta ini bakal menyajikan satu
manifestasi khazanah budaya kaum Melanau dari aspek pakaian, kraftangan,
makanan, permainan, tarian dan adat resam"
info tu aku dpt dr website...so mmg btl kat sana mmg kita dpt tgk mcm mana budaya masyarakat di sini dari pelbagai aspek...ada kuih2 tradisional depa, peralatan2 tradisional...dan mcm2 lagi
|
salah satu tarian yg dipersembahkan kpd pengunjung pesta...agak ramai tourist luar yg dtg, agaknyer depa mmg dah tau skrg ni musim kaul... |
|
setiap stall dihias secara tradisional..mostly anyam2an dr daun kelapa, rumbia, rotan dan lain2.. |
|
setiap stall adalah mewakili satu kampung di area sini....rupa2nya mmg byk kampung2 di sini, cuma x pernah nak perasan pun.. |
|
cuaca sgt panas yer...peluh dah meleleh sampai ke tumit wpun br jer sampai xdan 10 min pun...eh!!bila masa pulak ada makhluk kat sobolah tu?? |
|
brg2 kraftangan pun byk...comei2 balaka |
|
haaaaa....yg ni demo mcm mana depa dptkan sagu dr batang rumbia tu...ini mcm saluran utk asingkan sagu dr air |
|
batang sagu sedang diparut...ada jgk yg naik try buat kat atas tu...aku??mmg xdak ler kan, binaan agak tinggi dgn hanya bertiangkan 4 batang kayu bulat...takutttt... |
pagi ni (sabtu), PEHIN dtg buat perasmian....smlm tgk penari2 dok bt rehearsal...ratu2 kaul pun dah bersiap cantik. nak dtg mlm ada panggilan kenduri pulak...nyam...nyam.....sedapppppp...tgk la mlm ni kl pegi lagi, i update lain yer. smlm sbb terlalu panas, nk jalan2 pun x brp nak best...chowww...
No comments:
Post a Comment