hari tu tiba2 terlayan satu telemovie kat astro citra....mula2 mcm malas nk tgk, tp bila tgk karya dan arahan si Bade Hj Azmi (husband erma fatima) maka terpaksa la layan jgk sbb biasanya kalau dia yg buat selalu citer mmg best dan berkualiti....konon2 nk tgk sekejap saja, tp bila dah tgk mmg x blh stop. movement cerita tu smooth jer....pelakon2 pun mmg menjiwai watak dgn berkesan, especially si Nad Zainal tu. sblm ni aku x heran pun pelakon2 baru skrg, tp bila tgk citer ni tetiba aku pulak jadi die hard fan Nad Zainal...mmg terbaiklah!!
cerita ni mengisahkan Sudin, lelaki pertengahan umur yang masih belum berkahwin.
Dia bekerja sebagai nelayan dan tinggal bersama ibunya yang uzur di
kampung. Kelebihan Sudin ialah dia amat mahir dalam kaligrafi Jawi.
Kehidupannya berubah selepas kematian ibunya. Hidupnya kini sunyi tanpa
sesiapa di sisi.
Pak Mail,jiran Sudin yang juga kawan baik arwah ayahnya memujuk Sudin
untuk mengahwini anaknya Dahlia yang baru saja menduduki SPM.Alasannya
dia mahu meringankan beban yang ditanggungnya. Sudin setuju dengan
permintaan pak Mail dan bermula la kehidupan baru Sudin dan Dahlia.
Pada awalnya Sudin dan Dahlia saling kekok dan mereka jarang
berkomunikasi. Sudin sanggup lakukan apa sahaja asalkan Dahlia bahagai.
Dia tak kisah melakukan kerja rumah seperti memasak,mengemas dll.
Selepas beberapa minggu, Dahlia mula menerima suaminya.
Suatu hari, Dahlia menerima khabar dari orang kampung yang Sudin hilang
di laut dan botnya karam. Orang kampung menemui dua mayat terapung.
Namun tiada berita tentang Sudin mahupun mayatnya dijumpai.
Dahlia masih percaya suaminya Sudin masih hidup dan dia setia menunggu
Sudin setiap hari ditemani dengan diari suaminya yang ditulis dalam
Jawi. Dahlia tidak memahami apa yang ditulis,memandangkan dia tidak
pandai membaca Jawi.
Setelah lama melawan perasaannya, Dahlia akhirnya membuat keputusan.
Diari Sudin diletakkan dalam plastik dan dibuang ke laut. Dia
menerimanya takdirnya dan redha yang Sudin telah tiada.
jom kita layan lagu yg best dlm citer ni.....penyanyi asal adik jamal abdillah, tp aku lagi suka penyanyi perempuan yg menyanyi blk dlm telemovie ni...masalahnya aku xtau saper penyanyi perempuan tu...waaaaaaaaa...nak cari mana ni......???
Sekuntum Haruman Hadiahmu
Di Malam Terakhir
Bunga Mawar Yang Putih
Tanda Hati Bersih Suci Mewangi
Kedinginan Malam
Seolah Mengerti Perasaan
Dua Insan Bertemu
Dalam Sendu
Pergilah Kandaku Sayang
Pergilah Nyawa
Dinda Tetap Menanti Penuh Setia
Demi Ibu Pertiwi
Perjuangan Kanda
Dinda Doa Sejahtera
Dan Berjaya
Pilu Sebak Dada
Meninggalkan Dinda Bersendirian
Namun Aku Berjanji
Engkau Dewi
Sanjungan Dijiwaku
Bunga Mawar Putih
Tanda Semangat Perjuanganku
Kanda Cuma Berdoa
Moga Cita Menjadi Kenyataan
Pergilah Kandaku Sayang
Pergilah Nyawa
Dinda Tetap Menanti Penuh Setia
Demi Ibu Pertiwi
Perjuangan Kanda
Dinda Doa Sejahtera
Dan Berjaya
Dari Riak Pandanganmu Yang Sayu
Aku Tahu Kesedihanmu
Aku Jua Rasa Terkilan Dihati Namunku
Pendamkan Dijiwa
Senyumlah Sayang Buat Azimat Kanda
Semoga Sepikan Terhibur
Semoga Sepikan Terhibur
1 comment:
Saya baru jaa tengok cerita ni, sangat cantik jalan penceritaannya bukan pasal kisah benci lalu cinta..Banyak sangat elemen yang dapat dijadikan pengajaran dalam kehidupan terutamanya tentang penerapan elemen kasih sayang. Penggunaan gaya bahasa pun sangat puitis dan indah dibaca :)
Post a Comment