Tuesday, August 18, 2026
kisah petang semalam
Friday, August 7, 2026
Bila jumaat
Kawan srg tu ada temujanji facial, kami dua ni pun nk la sebok ikut skali. Jumaat kan, rehat lama, rasa lama sungguh dah xkeluaq healing2 di hari jumaat yang mulia😉
Sampai2 makan dulu. Pagi tadi makan pun x mcm biasa sebab ada kursus yg aku pun lupa kalau depa x peringat....abis kursus mcm2 hal kan, biasa la keja mana pernah x kalut. Sampai mouse pun tertinggal kat bilik org😝Aku kata lepas jumaat baru nk amik sbb dh balik bilik kan. Dia kata xpa dia tambat dulu x bagi lari😹Ni makanan kami tadi....Aku yg x makan pedas ni order asam pedas ikan pari....haaaa ambik, kluaq abih ayaq hidung ayaq mata punya makan. Nasib baik makan dalam ac, kalau tak panas2 xtau la jadi apa😂Thursday, August 6, 2026
OTW pi keja waktu pagi
Cerita satu hari di minggu ini area Permatang Damar laut.....kat situ mmg akan jem. Biasa 2, 3 kali traffic hijau baru lepas masa pi keja la....balik dalam 4, 5 kali kot biasa. Dalam jem biasanya aku suka tgk keliling, masa tu la baru perasan apa yang ada area tersebut. Kedai ka, orang ka or apa2 yang boleh ditengok.
Mata aku tertumpu dengan sorang brader penjual ni. Sambil2 tunggu jualan, jari jemari lincah mencarik carik roti sambil bagi kat burung2 yang ada kat situ. Dari cara dia nampak benda ni mmg slalu buat. Aku biasa bagi roti kat ikan ja, burung takutttt. Masa tu awal pagi lagi kan, pelanggan pun xda lagi, ada sorang perempuan tgh susun2 barang.....
Kita yang tengok ni jadi qalit, xtau la qalit tang mana, dekat burung2 tu ka, dekat kelincahan jari mencarik ka, kat jualan ka....kesimpulannya pemandangan tu memang menarik perhatian smpai keta depan dh jalan pun aku dok qalit lagi tgk...Mengisi masa jem aku sgh pagi tu💞
Nak bgtau, aku suka lagu ni.....sekiannnnnnkisah petang semalam
petang semalam sampai awai ckit kat rumah, dlm pukul 6.30 macam tu. Cuaca masih panas, sekarang lambat gelap, lambat cerah. Lepas letak bara...
-
boring2...surf2 the net, terjumpa ler gbr2 wanita2 ni kat satu blog, siap di rate kan lagi sbg antara wanita kacukan yg tercantik di Malaysi...
-
Sejak menubuhkan Kelab Bahasa Melanau tak rasmi dalam whatsapp ni, bersungguh kami belajar bahasa melanau. Kalau x paham pun hentam saja la....
-
Pegui TV - Menonton Televisyen...tp kalau dlm bahasa srwk "Nangga TV" Nebei Nyaem - Tiada air Temok - Mandi Iteu Ku...

