Thursday, October 9, 2014

Siapa Gila?


Seorang penduduk dikatakan gila, tetiba pergi ke surau pada pukul 10 pagi, lalu melaungkan azan.

Penduduk kg mendengar azan tu rasa pelik lalu semuanya bergerak ke masjid utk siasat. Selepas melihat org gila itu azan, ketua kg menjerit... 

Ketua Kampong: "hoi, pukul 10 pagi ni.. azan solat apa?"

Org gila: Abis tu, salah ke azan ni?

Ketua Kampong: Memang la salah... tak betul..!! (Disambut ketawa beramai2 dari org2 kampong)

Orang Gila: Ohhh... yang Azan pagi tadi pukul 6 tu betul ke?

Ketua Kampong: Haaa... yang itu baru betul-betul punya azan !!

Orang Gila: (Sambil garu kepala dan menjeling kat orang2 kampong) Huhhh... korang ni pelik... Masa azan yg betul2 pukul 6 pagi tadi aku tengok 5 orang je datang... .Tapi Azan aku yang tak betul ni satu kampong plak datang... .

No comments:

Bila bulan puasa.....

 walaupun puasa dah abih, aku baru nak update apa yg berlaku tahun ni.....xdak apa la sangat, cuma nk share xtvt utk jadi kenangan di masa a...