Aku biasa jalan kat area belakang belah marker tu, ada satu padang mainan. Aku pusing ja padang tu 3X then dah ler. Biasa bukan aku sorang, ada ja org lain yang lepak2, jogging pagi @ petang. Aku mcm biasa dgn baju kja nya, berkurungan lah aku berjalan, dah biasa.
Dengan headphone di kepala, mengumandangkan lagu2 pilihan aku, aku pun berjalan pelan2 keluar dari deretan taman menuju ke arah padang permainan. Seperti yang aku jangka, dah ramai orang dengan hal masing2. Aku sambil2 menghayati alam, sambil2 menghayati lagu. Sesekali menyeka peluh yang dah mula mengalir di muka.
Dalam dok berjalan tu, area tu ada sebuah mesin layan diri untuk jual minyak terpakai. Ada sorang perempuan tgh berurusan di situ....sblm2 ni x pernah lagi nampak org kat situ, aku abaikan saja.....selalu aku guna yang jual sabun basuh baju ja, wangi dan murah😚
Lebih kurang mcm ni la kiosk tu, tp design lain ckit la. Dah 2 round pusing, nak masuk pusingan ke-3, tiba2 perempuan kat kiosk tu panggil aku. Katanya nak mintak tolong buat, katanya dia OKU, xtau baca, so x reti nak buat mcm mna.
Aku ni mmg x suka benda2 nak kna analyze mcm ni, tapi dh org mintak tolong xkan nak tolak kan. Masa tu dh nak dkt pkl 7 mlm....Aku pi la tgk, Mashaallah step sampai 9. Nak lepas satu2 step tu punya la panjang dan x user friendly nya. Dipendekkan cerita aku cuma berjaya daftar user dan akaun touch n Go dia saja, tu pun dkt 1/2 jam baru boleh....dalam hati xtau nak marah sapa, aku yg lambat paham ke apa kejadahnya susah sgt!!!!😡
Dalam keterpaksaan aku terpaksa give up, kerana susah dan kesuntukan masa. Nak dkt maghrib dah kata aku. Dia tetap mengucapkan terima kasih dan mendoakan aku wpun aku tak berjaya😇
Itulah kisah aku petang semalam.........
No comments:
Post a Comment