Birthday Love for My Merah Delima! ❤️

Hari ni birthday dia, adik paling manja tapi garang😀....hehheeheeee.....kenal fifah masa pegi PMU, mukah, duduk sebelah meja kat opis, sama2 duduk kuarters tapi berlainan blok, geng makan, geng jenjalan, geng balik, segala geng la kalau kat sana.

Antara salah satu hikmah duduk Mukah dulu, salah satunya ukhwah mcm ni la yang bagi aku menjadikan aku seperti aku sekarang. Dengan depa sana lah sama2 menumpang kasih, berkongsi suka-duka, 24 hours bersama-sama mengharungi kehidupan yang jauh dari family dan kawan2 yang lain.

Kita datang tanpa mengenal sesiapa di sini, tanpa tahu apa yang bakal menunggu, datang dengan linangan ayaq mata yang bukan sedikit (sambil taip pun mata dah bergenang). Tapi Alhamdulillah, kita dapat harungi segalanya....terima kasih semua, terima kasih geng2 pmu......terima kasih org Mukah....kami bersyukur dapat kenal hampa.

Fifah ni baik, sangat baik......selalu membantu, bg nasihat kat akak dia yg selalu ikut rasa ja.....pensyarah yang baik jugak dan disayangi student. Bangga oooooo jadi sebahagian dari hidup dia. Fifah antara adik yang paling aku sayang kat sana.....sampai sekarang...maybe kita adik beradik berlainan parent😍. Utk birthday fifah tahun ni, ksal xdak hadiah apa2, ksal doakan awk sentiasa diberkati sehingga ke akhirnya. Moga yg baik2 saja utk awk selamanya. Apa pun yg terjadi, ksal sentiasa ADA untuk awk wpun kita jauh💘. semoga awak dilimpahi dengan apa sahaja yang awk mahukan untuk kebaikan awak...   Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari hidup ksal💗

Comments

Popular posts from this blog

8 Artis Wanita Malaysia Kacukan Paling Cantik

Mari belajar Bahasa Melanau - Part 1

Telabau Melanau - Part 2