Tuesday, March 24, 2026

Selamat Hari Raya

 Tiba2 dah raya kan....tahun ni genap kita posa 30 hari, setelah beberapa tahun hanya 29 hari sahaja. Jenuh yg amat, dgn panas yg x berpenghujung, dengan ketuaan yg semakin terasa, nak nangis rasa posa sehari2....tapi bila ingat Nabi dulu posa pun pi berperang, maka itulah yg jadi semangat aku sehari2.

Seperiuk masak merah ayam di ptg jumaat terakhir ramadhan tu......menggiurkan sungguh. Adik aku ja mewarisi resepi ni, kami semua x reti....16 ekoq ayam ok, nk raya mcm nak kenduri, penattttt😅
Raya pertama navi blue, sama mcm tahun lepas, kebetulan kaler ni ja yg muat size, kecik2 size kat vietnam hari tu. Kami geng jelitawan amik srg satu......nak pakai raya😀
Raya kedua hijau pucuk pisang.....bergambar dgn anak2 fruit yg masih tinggal setelah berpanasan seharian melayan tetamu....sampai mlm la masih melayan tetamu, so raya ke-2 mmg biasa di rumah saja...menunggu kedatangan orang...
Raya ketiga matcha strawberry, beli kat tiktok, gerammmm...dah la murah, cantik2 pulak tu. Lps ni dh kena sisih-sisihkan baju, almari dan gantungan dh x muat. xtau nak sisih mcm mna, semua pun sayang💕

Raya keempat kawan sekolah jemput pi rumah, dia masak mee udang! Nampak tak, besar2 dan gemok2 udangnya, 2 mangkuk aku belasah😩 Mmg kelaut la semua diet2, brisk walk aku selama ni.
Ni la kawan aku tu, dia duduk KL, kalau pi KL slalu jgk aku pi rumah dia. Dia masak sdp ooooo. Aku mmg dgn x malunya akan pi makan kat rumah dia, siap pernah tidoq lagi masa zaman2 aku ulang alik ke mukah dulu. Husband dia pun jenis x kisah, anak2 dia pun boleh jer dgn aku....kami kenal dari zaman sekolah sg acheh, sampai la ke irsyad pun sama2 pi, dpt UUM pun sama, course ja lain2. Dia ni pandai speaking, so dia amik international affair.

No comments:

Selamat Hari Raya

 Tiba2 dah raya kan....tahun ni genap kita posa 30 hari, setelah beberapa tahun hanya 29 hari sahaja. Jenuh yg amat, dgn panas yg x berpengh...